Hidup Tak Pernah Susah

Salam. Aku cuma nak ceritakan tentang kisah hidup aku yg susah satu masa dahulu. Sebabnya ada makhluk Allah ni cakap hidup aku senang, mudah je serba serbi. I dont know la sebab mengandung ke apa, tapi triggered sangat rasa berdesing telinga dengar.

Let me tell you, aku stop minta duit dari family waktu umur 16 tahun, masih sekolah. Sebab mak aku ibu tunggal, kami ni orang susah. So balik sekolah aku terus kerja untuk cari duit nak sara diri sendiri dan adik aku 2 orang. Pendek cerita, baju sekolah buku sekolah semua aku yg beli untuk dorang. Merasa lah dorang baju 2 pasang setahun dan kasut cantik sikit. Penat tau balik sekolah terus pergi kerja. Tapi seronok bila pegang duit sendiri.

Then habis SPM, mengada nak masuk matrikulasi sebab taknak pakai baju sekolah kalau masuk form6. So gigihlah pergi pejabat zakat minta bantuan nak bayar yuran. Alhamdulillah dapat. Yuran settle tak keluar sesen pun, dan barang-barang kelengkapan guna duit gaji kerja part time. Habis matrikulasi, nak masuk universiti pulak. Dah apply, dapat tawaran, tengok-tengok yuran dekat 2 ribu lebih. Ah sudah. Pergi lagi sekali pejabat zakat minta bantuan. Dapat tapi tak cukup. Nasib baik time tu ada duit pendahuluan PTPTN rm1500. Last-last cuma kena keluarkan bape ringgit je untuk bayar yuran. Terima kasih ptptn dan zakat.

Barang-barang nak masuk U dan buku-buku guna duit gaji jadi cikgu ganti dulu. Seronok time tu sebab gaji jadi cikgu ganti la paling banyak pernah dapat semenjak buat kerja part time. Sebab result matriks cun, confident lah dapat JPA. Tak apply ptptn pun. Tapi nak tunggu dapat tu lama. Duit dah makin susut. Taknak jugak mintak duit kat mak sebab tak sampai hati. Menapak la jalan kaki pergi jabatan kewangan/bendahari kat U tu. Tanya kerani ada bantuan tak untuk student macam aku ni. Rupanya ada, tapi pinjaman sementara rm500. Syukur gila aku masa tu. Dapat la bertahan sampai dapat JPA. Lepas dapat JPA, terus settlekan hutang PTPTN rm1500 yg guna nak bayar yuran dan pinjaman sementara dari U tu.

Bunyi macam senang dan smooth je la hidup aku? Tapi penat cari duit sendiri, sedih mak tak pernah datang lawat time study tu Allah je tahu. Mungkin sebab tak pernah tunjuk sedih kat orang, tak pernah share karangan panjang-panjang macam ni kat fb kot. Ya, mungkin aku agak senang sekarang tapi aku juga pernah susah macam kau. Aku merungut jugak dalam hati, tapi tak lama. Cepat-cepat aku cari jalan berusaha untuk capai matlamat aku. Ni tak, suruh pergi zakat, malu. Suruh apply ptptn, riba. Hadoi lah.

Satu lagi aku nak cakap. Ya, dalam dunia ni memang ada orang jahat, yg pandang rendah kat orang susah. Tapi masih ada lagi yg baik hati. Aku dah alami waktu mohon bantuan zakat dulu. Tapi kalau kau pergi zakat nak minta bantuan bayar yuran, pakai baju vogue siap pegang iphone lagi, siapa je tak pandang serong kat kau? Pengalaman aku, ramai orang kat zakat tu yg baik hati dan teruja nak bantu bila kita tunjuk kita ni semangat nak belajar walaupun susah.

Tu je lah kot aku nak bebel ni. Selamat tahun baru cina Malaysia

– Mrs RH

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit