Pentingnya Sekufu

Hi dan Assalamualaikum semua. Aku seorang perempuan dan berusia 20-an. Sudah berkahwin empat tahun dan mempunyai seorang anak. Sebelum tu, aku nak berterima kasih pada admin kalau apa yang aku tulis ni tersiar. huhu. Hari ni, dua isu yang aku nak luahkan pasal sekufu dan perbandingan.Agak sensetif dan aku terima pendapat semua sebab aku yakin, pembaca-pembaca dalam ni ramai yang mempunyai latar pendidikan yang bagus dan pengalaman yang hebat.

Aku berkahwin masa aku dalam umur belasan tahun dan memang belum mula lagi pun nak sambung belajar. Masa tu suami aku dalam lingkungan umur 25 tahun dan dah bekerja dan ada latar pendidikan sampai degree. Jodoh ni nama dia jodoh terkejut sebab aku sendiri tak jangka dia akan datang macam tu dan secepat tu. Macam- macam cara aku buat dengan niat untuk mengelak sebenarnya tapi ending dia, kami berkahwin jugak. Lepas berkahwin, aku masih kuatkan hati nak sambung belajar macam mana pun sebab bagi aku, perempuan ni walau macam manapun perlu ada tapak sendiri untuk berdiri tak kira kau ada laki atau tak.

Mula dari situ, dugaan ‘sekufu’ tu bermula. Dengan keadaan aku yang masih budak masa tu bila sesuatu terjadi atau masalah jadi biasanya aku disalahkan sebab katanya aku tak berfikir panjang macam dia yang dah banyak benda belajar. Pada mulanya aku menerima. Tapi bila dah selalu kena aku rasa eh mentang-mentang aku budak lagi semua kau nak salahkan aku eh sebab dia lebih banyak pengalaman dari aku katanya dan dia lebih pandang ke depan berbanding aku. Benda ni yang membuatkan aku makin kuat nak belajar dan belajar lagi dan lagi. Tak daya dah selalu kena kata yang aku ni tak boleh berdikari (sebab dalam urusan penting selalu mintak tolong dia), dan tak boleh survive kalau tak ada orang jaga. Dah macam mana aku habis sekolah kau amik aku jadi bini nak hidup sorang dekat hostel pun tak sempat. Sebelum ni ayah memang sangat jaga aku sebab aku perempuan. Ibaratnya penjagaan aku terus bertukar tangan tanpa sempat aku nak pijak dunia luar.

Sesiapa je yang life sebagai pelajar, mesti tahu hidup macam mana kan? Aku pun sama. Walaupun aku ada suami dan dah ada anak, kebanyakan perbelanjaan aku ditanggung oleh orang tua aku. Hampir semua perbelanjaan aku. Aku rasa serba salah kadang- kadang. Bila aku luahkan pada suami tentang situation aku dia akan kata dia dengan orang tua aku ada perjanjian dalam hal pendidikan aku. Tapi, tak boleh ke beralah dengan isteri sendiri walaupun dengan hanya bagi duit belanja untuk makan? Kalau nak dia yang tanggung, aku kena stay duduk dengan dia. Kalau kat kolej semua tu perlu ditanggung orang tua aku. Hal belajar aku macam mana semua mana ada dia pernah tanya.

Suami aku seorang yang bekerja dalam bidang public speaking. Ada masa kalau aku ke mana-mana ikut dia, status aku selalu jadi isu. Yelah, dia nak masuk ke 30 an, dah ada pendidikan, ada harta dan aku? Umur macam ni,belajar tak habis lepastu dah kena penat-penat jaga anak dengan belajar. Ada je mulut orang kata yang laki aku patut ada isteri lain yang lebih berpelajaran dan berkejaya yang setaraf dengan dia. Seorang perempuan yang mengharapkan lelaki untuk dijaga tanpa ada tapak sendiri untuk hidup. Makcik bawang dengan life kan berpisah tiada. Ada satu hari, suami aku ada open topic pasal macam mana janda-janda dekat luar boleh berjaya dan cantik pada masa yang sama. Sebab cabaran hidup dia, kesusahan hidup dia buat dia jadi lebih baik dan berjaya. Takde la nak harap laki jaga dia, mintak duit dekat laki dia dan itu ini. Dan dia tetap cantik. Okay, yang ni seriously aku terasa hahahaha.

Kenapa aku terasa? Sebab aku selalu je kena dengan laki aku tu suruh aku berfikir macam mana aku nak ada pendapatan sendiri tanpa susahkan orang. Sebab bila aku ada minta apa-apa dari dia dia ingatkan aku kalau takde duit buat cara takde duit. Sebenarnya panjang lagi , tapi aku nak kongsikan dua sebab tu je . Aku dah buat income sampingan dengan jadi dropship sana sini dan aku sendiri tak mintak apa-apa dah dengan dia melainkan makan. Tu pun kadang-kadang dalam seminggu tu aku tak mintak pun makan kat dia sebab aku makan kat rumah orang tua aku pagi petang siang malam. Aku sedapkan hati sendiri, biarlah as long dia tak bising tiap kali nak bayar pengasuh anak, duit sewa rumah dengan kereta dia. Kenderaan aku bergerak pergi balik belajar termasuk bil telefon sekarang pun orang tua aku yang bayar . huhu. Jadi bila selalu isu bila aku nak hidup tanpa harapkan dia tu aku jadi sakit kepala sebab aku taktau apa lagi yang aku kena buat untuk ringan kan dia. Sepanjang aku belajar ni urusan keluar dengan kawan-kawan atau belanja apa-apa memang aku bergantung dengan duit ptptn dengan duit poket orang tua aku bagi.

Latar belakang keluarga dia, walau tak berpendidikan tinggi tapi diorang ada yang jadi ustaz, yang belajar pondok. Kiranya agama kuat lah macam tu. Agak berbeza dengan keluarga aku yang masih hidup dalam keadaan beragama tapi mengejar dunia sebab orang tua aku siang malam kerja kalau nak berjemaah dekat masjid macam keluarga dia tu kira boleh dikira pakai jari dalam sebulan berapa kali. Bila ada masalah dalam keluarga aku, dia akan kata sebab kami ni takde didikan agama yang kuat, mengaji berterabur, solat tak awal waktu. Yang ini aku sedih. Dia cuma berkata tanpa dia berikhtiar untuk keluarga aku. Sebab seingat aku yang buat orang tua aku ni suka sangat dan nak kahwinkan aku sangat dengan dia sebab harapkan dia boleh tolong kami dalam bab-bab yang kami kurang. Tapi hakikatnya, aku rasa aku sendiri makin jauh dengan keluarga sebab dia pun tak layan keluarga aku macam keluarga dia tak macam masa dia nak dengan aku dulu. Eh kalau dulu, dia jadi anak emas dari kami adik-beradik. Sekarang, semua dah nampak sisi sebenar masing-masing.

Lately ni, aku meletup dengan suami aku sendiri lepas bertahun aku ikhtiar untuk stay dalam keadaan isteri yang baik yang menerima buruk baik pasangan. Sesiapa je aku yakin, bila korang terima buruk baik pasangan korang mesti korang pun nak dia buat perkara yang sama kan? Tak dapat terima semua, dapat terima kekurangan kita sikit tanpa highlightkan selalu kelemahan kita tu jadi dah sebenarnya. Tapi kali ni, aku jadi tak boleh go dah bila dia highlightkan keturunan aku yang kurang itu ini camni, “ni lah jadi bila keturunan tak ada didikan agama, kalau dah keturunan teruk jadi dia dia teruk jugak tak kisah berapa keturunan pun.” Aku jadi sedih sebab dia ada anak yang mengalir darah keturunan aku. Jadi aku rasa, cukup lah satu keturunan aku untuk dia yang memang dah ada ni.

Kisahnya panjang lagi, tapi aku tak boleh kongsikan semuanya. Apa yang aku kongsikan untuk pembaca tak kira lelaki dan perempuan tahu yang, tak kiralah seburuk mana sejarah keluarga atau pasangan korang, jangan terus pukul sama rata. Setiap individu tu mesti ada cara sendiri dan jangan disamakan dengan mana-mana keburukan yang terdekat bila kau nampak flaws dia. Terima pasangan seadanya, dan baikilah kalau ada yang tak kena. Setiap kata perlu ada perbuatan kalau kau nak kata ke tapi kau tak berikhtiar kau tu pun tak guna. Aku sendiri pegang tu sebagai prinsip aku. Dan sekarang ni, aku lebih kurangkan bercakap dan lebih pada tindakan. Action speaks louder than words kan? Sebaik saja kau terima dia sebagai pasangan, jangan kau pertikaikan latar belakang kehidupan dia sebelum ni sebab kau dah sama-sama rela untuk berkongsi kehidupan, terima buruk dan baik dia, hidup serumah sebantal dengan dia, lahirkan keturunan kau dengan dia dalam sebuah ikatan yang diredhai tuhan. Rasa dia pedih bila partner sendiri pertikaikan kita dari orang luar sebab dia hidup dengan kita kan orang luar tu tau apa.

Untuk perempuan, pilih pasangan ibarat kau memilih masa depan. Jangan main redha je. Ada sebab kenapa Islam pentingkan sekufu (sama taraf) dan aku sendiri makin lama makin nampak hikmah dia. Secinta mana korang pada lelaki, tetap kena letakkan cita-cita tu disisi. Aku tak nak guna phrase yang nanti kalau kau kena tinggal kau boleh survive. Tak . Its more too untuk kau berjaya dan bahagia pada masa yang sama. Imagine bila anak- anak pun akan tengok yang mak diorang perform well dalam cita-cita dan keluarga. Apa-apa yang jadi just stay amik hikmah tanpa putus asa. Hikmah yang aku dapat sekarang pun aku lebih sabar dan makin bersemangat nak jadi ibu muda yang cantik lagi berjaya hahahaha. Dan sekarang, aku tengah slow-slow untuk survive sendiri demi anak, diri sendiri dan untuk keluarga aku sendiri. Semua tu layak untuk diperjuangkan.

– Young mom

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit