Salam. Kali ni confession saya adalah berbentuk songsang.
Bosan kan baca cerita2 IIUM yang berjela-jela dan narative? Kali ni kita buat pendekatan lain. Sila baca dan jawab persoalan ni sampai lah dalam minda korang akan tergenerate korang punya own version of confession heheh.
Cukupla aku ni di kenali sebagai someone yang layak sangat nak mengkaji hal2 doula-ng ni.Kita kan tengah hot pasal hal-hal home birth segala. Hah ni korang mak mak jemah akak-akak bawang sama ada bawang merah atau putih atau bawang yang tak laku di pasaran cuba korang jawap soalan di bawah ni:
Dengan kualifikasi doula-ng belaja selama beberapa hari or minggu utk dapat sijil homebirth yg budak2 SPM pun bole print sendiri kat umah tu…agak-agak kan…
1. Kalau baby keluar ada tali pusat tersangkut kat leher 3 lilitan doula-ng nak buat apa eh?
2. Kalau baby keluar tak menangis langsung sebab termakan najis sendiri sampai muka dia super biru doula-ng nak buat apa eh?
3. Kalau baby songsang korang nak tarik apa dulu eh..tarik bahu baby? kiri ke kanan? ke tarik kaki ibu yg meneran tu? ke doula-ng perlu tarik diri?
4. Kalau tiba-tiba terperasan baby dalam perut ada kembar..yg satu lagi tak boleh nak keluar ..doula-ng nk buat apa eh? korek sampai ke hujung rahim?
5. Kalau lepas beranak koyak dari atas sampai ke belakang doula-ng jahit dengan apa eh?
6. Kalau pendarahan tak berhenti sampai berkilo-kilo liter darah doula-ng nk compensate macam mana eh kat rumah?
soalan ni ada banyak lagi. tapi tengok lah pada admin n virality kalau ada permintaan sy sambung lagi. haha ni pun misti ramai yang dah cuak fikir jawapan untuk soalan di atas ni.
Untuk Doula-ng, tak yah kut acah-acah nak buat literature review sangat takat baca dr google biasa. Baru baca satu artikel dah gelabah tepek kat wall FB. Sampai Pitocin jd picisan. hahahha. Kalau nk buat..buat betul2. Buat pakai CONSORT guideline la at least utk tengok higher level of evidence lepas tu baru la buat conclusion. Jangan buat kat google… kalau rasa nak up pakai la Google Scholar at least. Baru la NAMPAK pro.
Gelak tu gelak jugak. Yang nak d sampaikan kat sini ialah, kalau bende tak betul n yakin tak betul tak yah la sebarkan sangat. Kita kaum melayu dah lama makan belacan. Kalau tiba-tiba ada group anti-belacan buat statement belacan ni penyebab kanser dan berkempen #sayNOtoBELACAN dah tentu takde sapa nak percaya. hahahah
ok. adios
– DOULA-NG-GAR TATASUSILA
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit