Cara Untuk Move On

Hello everyone !
I’m Inah (bukan nama sebenar). Umur 23 tahun. Tahun depan akan graduate di sebuah Universiti area KL. Nak cakap pasal paras rupa ni hmm. to be honest saya Melayu campur (Arab, Bugis, Jawa). Baru je single. Saya dah lama duk usha2 semua confession dalam FB Page IIUM Confession ni terutama sekali kisah-kisah yang patah hati sebab kene tinggalkan yang tersayang la dapat jodoh dengan itu ini and cara nak move on. Saya terasa juga nak luahkan kisah kene tinggalkan ni dengan cara saya cuba the best nak move on dari semua ni.
Secara ringkasnya, saya dah banyak kali ditolak cinta oleh laki itu ini dan baru-baru ni baru break off with this guy yang katanya single, beriya-iya nak kenal dengan saya. Tapi dia bagitahu yang dia rupanya tunangan orang. dia kata bersyukur sebab kenal dengan saya lah tapi takleh macam ngam jiwa saya dengan dia la. Entahlah nak, saya bersyukur jugak tak lagi dengan dia. Silap saya juga kot sebab terlalu mudah percayakan dia and not less than 1 weeks we were in relationships la. Saya try untuk terima kekurangan and sayangi dia tapi itu lah kalau bukan jodoh, maka bukan dialah jodoh saya. Sebelum dia datang dan broke my heart, saya dah lama admire dekat someone lain uni. ni tapi Allah macam bagi saya petunjuk yang dia bukan untuk saya sebab kawan kepada dia yang saya kenal kata dia dah berpunya tapi tak sure dengan siapa and macam ada rasa petanda kurang baik la bila tau pasal dia gitu. Well, itulah cerita simple saya about diri saya dalam dunia LOVE ni. Saya selalu cakap pada diri “Aku tak nak ada any serious relationship selama belajar ni, menyusahkan jela”. Tak sangka apa saya cakap tu it’s like Allah dengar dan yeah Dia halang saya dari saya berterusan ada serious relationships dengan laki tu. Sekali lagi saya tegaskan yang saya bukan kemaruk nak cari laki tapi saya pun nak penuhi fitrah yang bernama CINTA ni.
Sekarang ni saya tengah dalam proses untuk MOVE ON aka BANGKIT DARI SEDIH. So, saya try la ye share dekat korang cara nak move on ni k. Kalo rasa nak ikut certain or semuanya, ikutlah. kalo tak setuju tu tak apa lah. So ni la tips nya :-
1) DEKATKAN DIRI KEPADA ALLAHINDEED !. Hati kita ni especially wanita sangat FRAGILE. Mudah tersentuh, mudah marah pe semua tu la kan. Hati kita mudah bolak-balik sebab Allah yang pegang hati kita. So, dalam hal ni, kalau dah kes macam saya kene tu, banyakkan mohon keampunan kepada Allah sebab kita dah buat salah dekat dia, lalai dari laksanakan tanggungjawab Dia. Reflect balik dosa-dosa kita pernah buat. Kemudian, jangan pernah berhenti berdoa pada Allah agar Allah gantikan dan ketemukan kita dengan jodoh yang lebih baik dari kita pernah JUMPA. Banyakkan buat SOLAT HAJAT, SOLAT TAHAJUD dan solat-solat sunat yang korang tahu dan mampu. Lazimkan dengan baca Al-Quran, berzikir dan amalan sunat yang lain. Harus yakin dengan tiap doa korang tu bukan tak dijawab tapi akan terjawab juga bila tiba waktunya. Banyakkan bersyukur kat Allah yang dia bagi kita ujian tu ini sebenarnya dia sayangkan kita, dia tak nak kita terusan buat benda tu. Yakinlah apa yang berlaku ni semua adalah suatu penghapus dosa. Jangan lupa fikirkan hal dan persiapan kematian kita ya sebab kita tak tahu either JODOH atau MAUT yang datang kt kita ni.
2)MENANGISLAH SEMAHUNYASaya tak nak komen panjang-panjang pasal point ni, tapi boleh katakan yang MENANGIS BOLEH BUAT KAU KUAT. Tapi ingat ya, jangan menangis melampau sangat sampai kau tak berada di alam realiti ok. Ditakuti ada Jin ke unsur-unsur negatif kuasai kau pulak dah jadi satu masalah. Lepas dah rasa puas nangis tu, tarik nafas kemudian lepas sampai kau rasa tenang. Lepas itu SENYUM walaupun rasa payah. Pergi cuci muka, urut-urut wajahmu agar dia tegang kembali dan senyumlah depan cermin. Cakap kat diri kita “AKU KUAT!”, “AKU YAKIN AKAN DAPAT YANG LEBIH BAIK DARI SEKARANG INI”, “AKU AKAN BERUSAHA UNTUK HIDUP NORMAL WALAUPUN TANPA DIA LAGI”. “DIA BUKAN TERBAIK UNTUK KAU”, “ALLAH SAYANGKAN KAU SEBAB ITULAH ALLAH BAGI UJIAN MACAMNI DEKAT KAU”, “KAU TAK SESUAI DIMILIKI OLEH YANG BUKAN BAIK UNTUK KAU, KAU LAYAK UNTUK YANG TERBAIK UNTUK KAU”. Ni lah some of words saya cuba the best untuk jadikan penguat jiwa dan minda saya dalam meniti fasa MOVE ON. Cakap sorang ni bukan maksudnya kita gila ok tapi kadang-kadang orang sekeliling bukannya faham kita. Percayalah setiap words kita keluarkan dari mulut ni, Allah dengar. So tu yang orang kata CAKAP BAIK-BAIK INSYAALLAH KAU AKAN DAPAT YANG BAIK CUMA LAMBAT ATAU CEPAT JELA.
3)DO WHATEVER THINGS THAT YOU LOVE IT !Saya punya hobi suka membaca buku, sukakan kucing, budak-budak dan paling penting sekali TRAVEL TO MANY PLACES AS I CAN. Kene ingat ya, kita ni harus bahagiakan diri kita sendiri sebab itulah kepuasan untuk diri kita. Bangkitlah dan buatlah benda-benda yang korang rasa akan bagi kebahagiaan untuk kita. Saya insyaallah plan nak lanjutkan travel saya tahun depan insyaallah.
4)BANYAKKAN BERDAMPING DENGAN ORANG YANG KITA SAYANG DAN PERCAYAISaya jenis susah nak percayakan orang di sekeliling saya, cuma ada beberapa orang sahaja saya tengok dia ok dan saya boleh percaya. Untuk kes saya kene, saya bagitau dekat BFF saya dan so far dorang support saya dalam hal move on ni. Bagitau lah kepada seseorang yang kau rasa selesa ya.
5)JANGAN MUDAH PERCAYA BULAT-BULAT APA YANG DIA BUAT DAN MENGAKU DEKAT KAUMaksud saya, kaum wanita terutamanya kan. Kalau ada laki yang dekati kita tu, jangan mudah percayakan dia sepenuhnya sebab takut-takut dia gunakan kita as game penghilang bosan gitu la. Maaf ya kepada kaum laki-laki ada yang terasa kalo ada baca ni korang kecik hati dan jangan marah ya. Saya cuma bagitau apa yang saya dah terkena ok. Siasat juga tentang laki-laki yang nak kenal dengan kita tu via media sosial atau lagi bagus kawan-kawan dia yang secara kebetulan kita dah kenal sebelum si laki tu muncul dalam hidup kita. Peringatan dan pengajaran untuk saya, kalau ada any guys nak dekati kita, nak layan tu boleh tapi jangan lebih dan jangan nampak kita terhegeh-hegeh nakkan dia. Laki-laki juga gitu ya, kalau dah berminat kat wanita tu, jangan main serbu dan masuk aja ya, harus siasat dulu. At the end, macam saya kene tu la. Ya Allah silap nya saya masa tu dan terima kasih ya Allah tunjukkan siapa diri dia sebenarnya. Cepat pulak tu.
6)BUKA KAN PINTU HATI KITA UNTUK TERIMA SESIAPA PUN DALAM HIDUP KITAAda orang yang jenis lepas dah kene tinggal tu, tawar hati nak berhubungan dengan yang baru lepas dan take time juga pintu hati dia untuk terbuka la kan. Ada orang yang lepas je kene game or break off tu, terus ada yang hinggap di hati dia. Percayalah dengan ayat dari Al-Quran yang katanya “Sesungguhnya tiap kehidupan di muka bumi ni hidup berpasang-pasangan”. Orang-orang di sekeliling kita selalu ingat kita sekejap kenal dengan itu ini dia pikir kita ni jenis tak setia, padahal tu maksudnya dia bukan yang terbaik untuk kita dan itulah namanya proses kenal-kenalan ni. Kalau ada yang nak kenal dengan kita, jangan sombong ya, anggap dia kawan macam biasa dulu, kalau tak rasa ok bagitau dia awal-awal. Kalo dia dari mula kita kenal tu nampak macam ok, lanjutkan jela perkenalan tu ok. Lagi bagus kalo perkenalan tu dia betul-betul mahukan kita as teman hidup dan yang halal untuk kita based on gaya lah. Actually saya nak ada teman hidup tapi takut sangat tak kahwin which is ANDARTU. Allah ciptakan manusia dengan bermacam-macam ragam sebab nak kita jadi kuat dan cekal hatinya.
7)JANGAN AMBIL TAHU APA PUN TENTANG DIA TU LAGIYang ni selalu terjadi dekat kita yang baru putus cinta, duk teringat-ingat yang lama tu. Hey! Wake Up! Sedarlah dia dah hancurkan hati kita jadi down, sedih dan marah takkan korang nak dia kembali, for me, IT IS SUCH STUPID THINGS OK. Ya, memang sukar dan ambil masa untuk lupakan dia tu, tapi you kene paksa juga dirimu untuk lupakan dia sebab ditakuti akan effect kepada diri korang terutama sekali study dan benda-benda yang penting. Kalau contoh terpaksa ketemu dalam 1 perjumpaan sebab 1 team la kan, saya sarankan anggaplah kehadiran dia tak wujud dan buat-buat tak kenal kalau nampak dia tu. Ni yang saya cuba buat lah. Paling penting, MINTA PERTOLONGAN KEPADA ALLAH AGAR ALLAH TU BANTU KITA LUPAKAN SEGALA APA PUN TENTANG DIRI DIA TU DARI INGATAN KITA DAN DAMAIKAN LAH HATI KITA SEBAIK MUNGKIN. INGAT YA, ALLAH LAH YANG MEMEGANG HATI KITA OK. TIADA APA YANG MUSTAHIL DI SISNYA. Lebih baik yang kembali yang lama lagi, sebaiknya carilah yang baru ok. KUATKAN HATIMU YA UNTUK LUPAKAN DIRI DIA DARI INGATAN KITA YA.
8)KALAU BERKEMAMPUAN, BUATLAH UMRAH ATAU CHARITYSaya memang dah lama simpan impian atau hasrat nak buat umrah sebelum berkahwin, insyaallah mungkin tahun depan atau 2020 akan ke sana jika panjang umurnya ni. Saya nak berdoa banyak-banyak dekat Allah agar Dia bagi ketenangan hati untuk saya cekal hadapi dugaan hidup, diampunkan dosa dan diketemukan dengan seorang laki-laki/wanita yang baik untuk dunia dan akhirat dan ciri-ciri yang korang nak. Insyaallah kalau berdoa dekat any places yang dikatakan mustajab doanya di Makkah dan Madinah pasti akan terkabul juga. Doa apa pun as long as benda baik la ya dan yakin kepada Allah. Tapi kalo korang belum ada rezeki untuk buat umrah, do charity as many as you can macam join volunteers itu ini, feed the homeless dan yang memerlukan dan banyakkan bersedekah seberapa mana korang mampu. Insyaallah dia boleh sucikan dan rawat hati kita nanti. PAHALA PUN DAPAT. Bila dah banyak aktiviti itu ini kita join, kita akan kurang sedih dan lama-lama akan lupa tentang benda yang bikin kita sedih tu la.
9)JAGA HUBUNGAN SEKELILING KITAYang ni kadang-kadang kita tak perasan atau sedar yang kita ni mungkin dah buat orang-orang yang kita kenal tu ada rasa sakit hati ke marah dan sebagainya. Jadi, untuk elakkan hal yang sama terjadi kembali, cuba elakkan ia berlaku ya. Paling penting jagalah hubungan kita dengan orang tua kita sebab bila tak jaga maka hilanglah suatu keberkatan dalam hidup kita dan mungkin menjadi kepada terhalangnya doa kita untuk dikabulkan.
10)JAGA KESIHATAN KITA DENGAN SEBAIK-BAIKNYAAntara salah satu nikmat yang Allah bagi yang kita selama ni tak perasan is Allah bagi kita kesihatan yang baik untuk kita jalani hidup seharian. Jangan sebab frust dengan suatu benda, korang abaikan kesihatan macam tak makan, kurungkan diri dalam bilik yang gelap dan sunyi, fitness tak dijaga, tidur pun tak cukup. Jangan macam tu selamanya ya. Nak hilangkan stress kalo cara saya selain dari kita solat itu semua kan, saya akan dengar lagu-lagu yang happy yang menjadi kesukaan saya, pergi cafe kejap minum-minum, senyum selalu, tarik nafas banyak-banyak untuk melegakan kesedihan dan kemarahan, mandi, tidur sebentar dan menulis, Saya suka menulis apa pun benda yang terbuku dari fikiran saya. Jauh-jauhkan diri kita dari pergi tempat-tempat yang tak sepatutnya macam pergi clubbing lepas tu teguk arak. Jangan ok. INGAT YA, JANGAN SAMPAI KITA BUAT BENDA YANG MEMBAHAYAKAN KESIHATAN DIRI OK. HARUS FIKIR BANYAK KALI SEBELUM BENDA TAK ELOK TU KITA NAK BUAT.
Mungkin setakat itu sahaja ya kot tips-tips saya cuba share dekat kalian untuk proses Move On ni, ya ia suatu benda yang susah sebab melibatkan perasaan dan masa kita. TAPI PERCAYALAH TIAP DUGAAN, KETAKUTAN DAN RINTANGAN ALLAH BAGI DEKAT KITA NI SEMUA DIA NAK YANG TERBAIK UNTUK KITA, DIA TAHU YANG KITA MAMPU MELAKUKANNYA DAN MENGATASINYA. JANGAN PERNAH BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH. SELEPAS HUJAN PASTI ADA PELANGINYA. KAU TAKKAN BERSEDIH SELAMANYA, ALLAH AKAN HADIAHKAN SUATU BENDA YANG KAU TAK SANGKA-SANGKA SELAMA NI. ALLAH SEDANG UJI KAU, JADIKAN APA YANG DAH BERLAKU ITU SUATU PENGAJARAN UNTUK TIDAK BUAT LAGI DI MASA AKAN DATANG. KAU LAYAK DENGAN YANG BETUL-BETUL HARGAI KAU DAN TERIMA DIRIMU SEADANYA. YOU NOT ALONE.
Maaf ya apa yang saya share ni tak seberapa sangat, DOAKAN SAYA KUAT YA UNTUK MOVE ON. DOAKAN SAYA DIKETEMUKAN DENGAN SEORANG LAKI YANG BAIK UNTUK DUNIA DAN AKHIRAT SAYA. Sudah penat kene reject lah.
Saya sedia terima komen-komen dari kalian ya kalau korang dah baca luahan saya ini ok. Teringin juga nak dengar pendapat korang yang berbeza-beza ni. Have a good day.
Assalamualaikum.
– w
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit