Monolog Rasa Depression

assalamualaikum admin iium dan semua pembaca halaman iium confession ini. Hari ni tiba-tiba terlintas nak berkongsi dan meluahkan segala yang dipendam dalam hati aku ini.Hanya satu sebabnya,sebab “depression” aku makin teruk dan aku rasa aku perlukan satu medium untuk meluahkan dan berkongsi rasa ini secara “anonymous”.

Aku takde kawan,takde pekerjaan tetap,pengajian yang hampir terhenti separuh jalan namun aku teruskan jua dengan hati yang berat, belum berkahwin dan masih menunggu masanya tiba,pendek kata aku serbi kekurangan dan yang ada hanyalah hati yang masih lagi teguh dan kuat menahan semua onak duri dan cabaran yang mendatang hari ni dan seterusnya.

Tahun lepas adalah tahun dimana aku hampir hilang kepercayaan pada agama aku sendiri bilamana aku tak solat,tak puasa dengan sempurna dan buat ibadah sunat lain pun entah apa-apa. Untuk pengetahuan pembaca,aku dah hilang salah seorang ibu bapa aku,dan depression aku ni makin teruk lepas salah seorang dari mereka meninggal dunia dek kerana merasakan hilang tempat untuk bergantung dan meluah rasa.Tapi aku tetap redah dan harungi semua dugaan tu walaupun masa tu perit sangat rasanya.

Aku cuba untuk berubah,banyak kali cuba untuk berubah namun gagal.Aku cuba buka hati aku untuk melihat sudut yang positif dalam hidup.Keinginan untuk membunuh diri itu selalu datang menjengah. Banyak perkara buruk yang berlaku sampai aku rasa allah dah tk pandang aku dan aku kerap rasa diri ni tak guna.Orang pandang sinis sebab aku tak pandai,ahli keluarga mencerca sebab aku serba kekurangan, dan pandangan sinis mereka tu seperti tertusuk dalam hati.

Namun,itu kisah lama.Aku mula berubah secara perlahan2 dan mula berpaling semula kepada Allah lepas aku terdengar satu tarbiah sentap dari seorang ustaz mualaf ni berkenaan dengan rezeki dan solat.Aku cuba untuk tinggalkan semua perkara negatif dan aku cuba untuk bangkit semula walaupun kerap kali juga hati aku ni luka parah dek kerana bila nk berubah,orang masih berkata2.

Bila aku dah dekatkan diri dengan Allah,aku rasa tenang.Namun,”depression” masih lagi datang membelenggu.Terasa susah sangat nak hilang rasa diri ini tak guna dan rasa macam diri ni tak diperlukan langsung.Aku yakin hati aku ini kuat,namun aku tak dapat nak tahan diri dari memikirkan persepsi orang terhadap aku.Aku cuba untuk dekatkan diri dengan ALLAH..aku cuba untuk selalu berzikir namun aku sedar rohani aku dah rosak teruk..aku perlukan masa.Tapi..di kala aku memerlukan masa,orang terdekat dan sekeliling langsung tak mengerti.

Bila aku terbaca tentang ada yang mengaitkan depression dengan agama,bilamana depression boleh hilang bila kau dekatkan diri dengan sang pencipta,aku rasa lelah..marah.Aku cuba untuk berjumpa pakar kaunseling,namun nasihatnya sama,dekatkan diri dengan allah,depression ni penyakit dr syaitan.aku termangu,tak sangka sebegitu hina tahap depression itu sehingga dikaitkan dengan syaitan.

Aku cuba untuk bangkit semula walaupun berbagai cabaran datang.Aku cuba untuk kuat walaupun kadang2 aku rasa lemah dan tak mampu nak hadapi hidup ni.Aku cuba untuk tak menyusahkan orang namun apakan daya aku sangat memerlukan tangan untuk membantu menarik aku dari kemelut rasa ini.Bila aku sesat,aku cuba mencari cahaya namun kadang2 ia menjadi malap kerana ada tangan yang menolak dan mulut yang menilai.Doakan aku kuat.

– itachi uchiha

Hantar confession anda di sini ->Ā www.iiumc.com/submit