Jangan Mengata Orang Gemuk

Assalammualaikum. Nama samaran aku Fleur. Umur aku 28 tahun. Aku nak bercakap berkenaan jenis kelompok manusia yang suka cakap pasal kegemukan/ketembaman orang lain. Yang biasanya lah kan, orang kurus (bajet) lah suka menegur tentang saiz badan orang ni. Aku memang tak faham kenapa mesti kena ada orang yang jenis tak reti nak jaga air muka orang lain ni.

Orang gemuk atau berbadan besar ni ada banyak jenis. Aku sendiri jenis berbadan besar. Tapi besar kat bawah. Semua lemak turun ke kaki dan punggung. Ada jenis memang dari kecik dah comel dan bila besar kecomelan tu taknak hilang. Nak buat macam mana, bukan dia tak usaha nak hilangkan kecomelan dia tu. Tapi kadang tak lut agaknya. And they remain cute until old age. Ada juga yang lepas kawin baru berisi, ada yang memang tak reti jaga badan. Ok yang ini memang takleh nak cakap apalah. Dah jenis kuat makan, dan dia tak pernah minta duit kau orang pun nak makan tu kan.

So apa aku nak cakap kat sini, kenapa mesti orang berbadan besar ni seolah diperlekehkan. Macam aku contohnya, bukan aku tak usaha nak kecikkan paha dan punggung aku. Aku exercise hari-hari kot. Segala mak nenek squat aku buat. Senaman kaki sampai nak tercabut kaki semua aku belasah buat. Makan aku jaga. Aku memang tak ambik air manis. Nasi ofkos aku makan tapi sehari sekali. Kadang ada masa aku cheat jugak. Alah bukan selalu kau nak makan kek coklat kan. Tapi alhamdulillah, aku disahkan juga sihat dari sebarang penyakit seperti darah tinggi, kolesterol tinggi, jantung dan sebagainya. Doktor kata I am good in health. Nothing to worry about tapi jaga pemakanan sihat dan gaya hidup sihat. Sebab doktor kata tak semestinya sekarang sihat, akan datang pun akan sihat manjang. Dan tak juga orang yang KURUS tu sihat saja juga sampai ke tua. So sesiapa pun amatlah digalakkan untuk jaga pemakanan dan gaya hidup sihat.

Aku ada ramai kawan kurus. Dan biasalah, bila berjumpa dorang mesti tegur “Weh kemain kau. Bambam ek. Kuruslah sikit. Penyakit macam-macam skang weh. Takut” Kata dorang sambil makan Dip n Dip, makan chicken chop dan disulami air milkshake apa tah. Diakhiri dengan dessert berupa brownies ice cream plus banana split. Such an irony. Aku yang hanya minum air suam dan makan salad je, duduk satu meja dengan kau. Oh… kau yang KURUS boleh melantak apa saja sambil menasihati aku supaya jaga makan dan kuruskan badan sebab penyakit macam-macam sekarang ni. Penyakit macam-macam tu tak kena kat kau pulak ye. Oh ye… sebab kau kurus macam bihun. So takkan kena penyakit lah. Confirm?
Hello, kau kurus ke, kau gemuk ke, kalau penyakit nak datang, ia tetap datang. Selalu sangat orang kurus ni beranggapan yang dorang ni sihat walau makan macam jin. Sebab apa, badan tak naik. Mentaliti orang kita masih fikir, orang kurus ni sihat dan boleh makan apa saja. It is totally wrong. Semua pun kena jaga makan juga. No excuses. Cuma janganlah terlalu judgemental. Memang ada orang yang kurus yang jalani gaya hidup sihat, jaga makan semua. Dan dorang memang fit. Tapi ada juga orang yang badan besar yang totally sihat juga. Jaga makan, jaga kesihatan. In fact, lebih sihat dari orang kurus yang tiba-tiba didiagnos ada penyakit berbahaya, contohnya kolesterol tinggi dan darah tinggi.

Aku tak bercakap sebab nak sebelahkan orang gemuk. Cuma aku tak berkenan dengan sikap orang kita yang kurus-kurus ni yang asyik nak mengukur hidup orang (orang gemuk) dengan cara yang tak adil. Kita tak tahu macam mana struggle nya dia nak dapatkan tubuh badan yang sihat. Dia pun tak minta jadi kurus macam model, cukuplah diberi kesihatan yang baik. Aku juga struggle weh walaupun doktor sahkan badan aku sihat dari sebarang penyakit. Yes, at the moment. Tapi aku takkan biar aku terus selesa tanpa jaga kesihatan dan amalkan gaya hidup sihat. I am trying and till now, I am still trying. Biarlah badan berisi pun, janji masih diberi nikmat sihat. Yes, aku akui. Setiap senaman yang aku buat, ada kesan pada aku. Aku dah loss huge number of KGs. Tapi tak nampak kurus sangat macam kawan-kawan aku yang macam bihun tu. Maybe keturunan aku pun main peranan agaknya. Tak apalah, janji aku ada usaha tu.

Jadi di sini, aku betul-betul nak nasihatkan pada semua, terutama mereka yang kurus dan rasa sihat sangat tu. Jangan sentiasa rasa kita sihat hanya sebab kita kurus dan boleh makan apa saja tanpa rasa bimbang. Kadang-kadang, hanya disebabkan kita rasa kita kurus, kita boleh makan segala benda kerana kita maklum kita takkan gemuk. Tapi ingatlah, penyakit ni tak kira badan kau macam mana. Macam aku cakap awal tadi, penyakit ni tak pilih orang gemuk saja untuk dia dampingi. Orang kurus pun boleh. Jangan selalu hinakan orang gemuk, tegur direct, malukan dia. Tolonglah jangan. Menjatuhkan maruah dan singgung perasaan dia. Kalau betul nak nasihat, cuba dengan cara berhemah. Orang badan besar ni sensitif. Kau tak pernah tahu segala usaha dia. Kau takkan pernah tahu how hard they’ve tried. Just stop the bully lah. Come on.

Dari kau mengeji, jom ajak sama-sama pegi Fun Run. Show some courages and motivation. It helps though. Serious.

– Fleur

– Fleur

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit