Assalamualaikum readers, ini kali kedua saya post confession di sini. Kali ni saya nak bercerita mengenai orang yang jiwanya kacau.
Dari dulu lagi saya sangat meminati ilmu berkaitan psikologi dan kesihatan mental. Sebabnya saya antara orang yang jiwanya kacau, mentalnya bercelaru.
Saya dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang miskin bandar. Ayah saya berhijrah ke keyel kerana mendapat tawaran yang lebih baik.
Ayah saya dapat kerja dalam sektor kerajaan. Sudah tentu orang dulu2 (generasi lama) sangat suka kalau dapat kerja kerajaan.
Sebabnya, of coz lah sebab dapat duit pencen dan adanya jaminan pekerjaan (kemungkinan untuk dibuang kerja untuk jimat kos sesebuah organisasi sangat rendah, kemungkinan organisasi jatuh bankrap juga takde dll.)
Ibu pula suri rumah. Ibu pernah bekerja sebelum kahwin dan berhenti kerja selepas berhijrah ke keyel.
Pada mulanya, kos sara hidup tidaklah berat utk ditanggung ayah kerana masih hidup berdua dan tidak mempunyai anak lagi. Kos sara hidup semakin meningkat bila bilangan ahli keluarga bertambah.
Macam mana saya tahu kisah ini sedangkan saya belum lahir lagi?? Ibu dan Ayah saya suka bercerita. Itu jawapannya.
Apabila keadaan kewangan yang semakin sesak dan sempit mula menghimpit kehidupan, ayah dan ibu mulai tertekan. Orang kata duit bukan segala-galanya tapi duit juga diperlukan untuk survival hidup. I guess it’s true cash is king.
Keluarga kami terasa sangat sesak. Semua benda nak berkira. Ayah sangat marah kalau wang dibelanjakan tidak mengikut kehendaknya kerana ayah cuba untuk berjimat sehabis mungkin.
Ibu pula berbelah-bahagi kerana anak-anak sering meminta-minta dan suka tantrum kalau kemahuan mereka tidak ditunaikan. Ibu cuba berniaga secara kecil-kecilan utk membantu ayah, ibu juga mengambil upah menjaga anak orang.
Oh ye, lupa pula nak cerita yang ibu dan ayah juga bukan dari keluarga yang senang. Mereka juga struggle dari kecil. Part ni penting supaya readers tak confuse bila saya bercerita mengenai broken soul nanti.
Berbalik semula pada kisah ini, to cut it short, tak pernah satu pun kemahuan kami adik-beradik tertunai bila kami minta apa-apa. Situasi ini sukar kerana kami tinggal di bandar. Circle kami semuanya org yang berkemampuan.
Saya ingat lagi saya pernah minta pencil shaker dekat ibu sehingga saya sanggup menangis terjerit-jerit annoying gila sumpah nak mampus.
(Bila saya dah dewasa saya sendiri tak tahan hadap budak macam saya dulu) semata-mata untuk se-level dengan rakan sekelas saya tapi hampa kerana tangisan saya itu tidak diendah.
Pada mulanya saya dipujuk dan akhirnya saya dirotan dengan getah paip kerana masih berdegil. Saya marah sangat kerana permintaan saya itu sangat kecil tapi itu pun saya dipukul.
Saya fikir apalah sangat permintaan saya itu berbanding anak-anak lain yang sebaya saya yang meminta PSP mahupun PS1 bagi lelaki, koleksi barbie doll ataupun kitchen’s set bagi perempuan.
Apatah pulak saya tak mintak pun beg roda berjenama Swan. Belum lagi minta pensil warna Luna dan Stabilo.
Saya banyak menggunakan barang terpakai kerana saya anak di tengah-tengah.
Impian saya waktu kecil dahulu sangat simple, saya mahu barang first hand dan disebabkan itu saya mempunyai satu perangai buruk iaitu saya sangat kedekut (doakan saya dapat buang perangai mazmumah ni)
Ibu dan ayah sering bertengkar. Itu menambah lagi keserabutan dalam diri saya. Ingat tak lagi di awal2 saya cakap saya sangat sukakan ilmu psikologi dan berkaitan dengannya? Saya memerhati dan menganalisis mengikut cara tersendiri.
Saya notice sesuatu dalam diri ibu dan ayah saya. Mereka juga adalah broken soul macam saya.
Ayah sangat berkira dengan wangnya tetapi apabila pulang ke kampung halamannya, ayah berbelanja sakan. Samalah juga bila wang itu dibelanjakan untuk keperluannya sendiri.
Dia langsung tak berkira untuk berbelanja besar sehinggakan saya yang kecil masa tu fikir yang pastinya permintaan saya akan ditunaikan jika saya minta masa ini tetapi hampa… kerana ayah beli untuk dirinya dan keluarganya sahaja.
Vice versa, ayah sangat lain apabila berada di keyel dan di kampung ibu. Wang rm1 pun berkira. Masa saya kecil, saya memang tak faham. Bila dah besar saya mula faham sedikit demi sedikit.
Ayah mempunyai ramai adik-beradik dan semuanya berjaya dengan gaji besar. Ayah buat demikian seolah-olah untuk mendapat acknowledgement. Orang ramai yang melihat situasi ini mungkin menyangkakan bahawa ayah seorang yang loaded. Nak nak lagi kerja di keyel.
Ibu pula banyak memendam perasaan sehingga memakan diri. Entah kenapa ibu tidak banyak bercakap apabila di kampung ibu. Walaupun bersama dengan adik-beradiknya.
Saya pernah terfikir yang ibu begini mungkin kerana tidak ngam dengan adik-beradik sejak kecil. Factor age gap agaknya (ibu anak yang hampir bongsu) mmg ketara age gap dengan adik-beradik yang lain.
Entah kenapa ibu susah untuk meluahkan isi hati. Saya yang sewaktu kecil dulu memang tidak faham. Bila dah dewasa, saya mulai faham.
Situasi ini kelihatan sangat rumit. Saya develop banyak sikap yang tidak baik kerana faktor sekeliling. Saya menjadi seorang yang sangat berkira, saya suka marah2 untuk melepaskan stress saya dan banyak lagi. Cukuplah selebihnya saya je yang tahu.
Saya terfikir bagaimana saya mahu berkahwin sekiranya saya orangnya yang broken soul?? Saya tidak mahu anak-anak saya merasai apa yang pernah saya lalui. Sampai sekarang pun saya masih dalam healing proses.
Saya tidak didiagnos dengan mana2 penyakit mental (syukur alhamdulillah) kerana ujian saringan kesihatan mental yang pernah saya ambil beberapa kali menunjukkan saya di tahap sederhana.
Tapi saya juga sedar pengalaman dahulu yang ‘melahirkan’ saya sekarang bukanlah seorang yang baik dan tidak cukup bagus untuk mendidik anak. Saya mahu generasi akan datang dapat lalui kehidupan yang lebih baik.
– Pendosa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit