A & C Student

Penat membaca perihal A yang tak habis habis kat sini.

Tolonglah bangkit wahai anak muda kebenaran. Kebenaran tidak pernah mencari pasal.

Apa tujuan kita belajar sebenarnya? Matlamat di mana? Gajinyakah? Kepuasan hidupkah? Akhiratnyakah? Kalau boleh, jangan lama sangat di awang-awangan dengan A yang berderet tersusun tu. Cukup-cukuplah. Itu masa lampau.

Yang penting, Now & Next. What’s next? Mungkin boleh perlahan-lahan ubah mentaliti dan mindset dari sekarang untuk tidak cari soalan-soalan bocor interview bagi gaji 6K-10K yang diidam-idamkan. Cukup ke dengan cost of living sekarang ni? Tak cukup der. Gaji 3K pun dah kategori miskin tegar kalau kau hidup kat KL ni.

Memanglah duit tak jamin kebahagiaan. Tapi kalau tak berduit, kau nak bahagia pun kau kena fikir banyak kali. Kalau kau boleh belajar bertahun-tahun azab nak habiskan untuk berfoto ceria di hari konvokesyen, bunga pun merengek mintak family belikan, maknanya kau boleh buat lebih bagus daripada C student. Jauh lebih bagus.

Beza C student, dia dah fail. Tapi dia taknak selamanya gagal. Dia pastikan walaupun dia C, dia make sure dia hire sekurang-kurangnya degree holder, A student, best student, segala anugerah dekan bla bla bla to work like dog for them. Dengan pengalaman yang ciput, dia dapat jimat banyak bagi gaji paling minimum.

As for A student, you forsure can do better. Much better. Otak bergeliga. Sayang kalau tak fikir luar kotak. Tengok keliling. Kalau pandai sangat accounts, kau calculate atau riki2 dulu berapa hengget peniaga selekeh tepi jalan boleh buat. Kau compare balik dgn gaji idaman kau. I can guarantee jauh berbeza, peniaga berpeluh-peluh berbaju comot tu boleh dpt.

Janganlah limitkan kebolehan masing-masing dengan benda atas paper. It’s just a piece of paper. Teori proven penting. Bukti kau hebat hafal formula dan sebagainya. But in the end, action and practical yang win.

Mohon jangan juga underestimate kawan kawan yang keluar dari institut kemahiran. Kena cara dan kesungguhan, the reality is, they can make more money than yang graduate universiti tersohor sana sini.

Please. Kukuhkanlah ekonomi. Jadi bangsa dan agama yang disegani. Barulah Islam bangkit kembali. Berniagalah. Biar lebih ramai umat Islam kaya, supaya kita dapat bantu antara satu sama lain. Supaya lebih banyak zakat yang kita boleh keluarkan untuk org susah. Rapatkan jurang. Bukan yang kaya bertambah kaya, yang miskin bertambah haprak.

Untuk generasi akan datang, mohon jangan bebani anak-anak dengan benchmark A yang tak berkesudahan itu. Buat sesuatu, tanya diri. Apa yang aku buat harini, yang boleh buat anak cucu aku bangga dengan aku? Apa? Apa?

Jangan sampai, hmmm….atok nenek aku dulu mmg hebat belajar. Cari duit tak reti. Patut ke belajar pandai-pandai dapat pencen 3K, 5K dan KKK tu. Padahal boleh buat lebih dan lebih dan lebih lagi.

Aku bukan C student. Sama ja bijak pandai macam u all. Cuma nak buang stigma merapu tu. Yang penting berapa RM boleh buat sehari. A tu kenangan je. Biar mereput la kt frame gambar. Semoga kita sama-sama berjaya dunia, cemerlang akhirat. Amin.

* Yang susah dapat kerja, tahniah dan bersyukurlah. Anda selangkah je lagi ke alam perniagaan. Find tune. Try and adjust. Ada tu gen bisnes dalam diri. Confirm ada.

* Tajuk sipi sipi je kan? Itu buku wajib baca, sila cari sendiri di bookstore. Tak dapat nak suap.

– Truth Hurts

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit