Hi semua. Yes berdasarkan tajuk kat atas aku nak cerita pasal arnab yang selalu disalah faham dan diabaikan oleh manusia- manusia di luar sana tu.
Aku nak buat confession pasal arnab untuk create awareness penternak/ pembela arnab kat luar sana tu.
Aku animal lover! Aku suka anjing, kucing, burung but the most love animal in this world for me is rabbit.
Tapi, aku tengok banyak sangat manusia expecially manusia bangsa melayu yang nak bela rabbit tapi tak ada sifat tanggungjawab, amanah dan berperikemanusiaan bila dah bela rabbit.
First thing first, rabbit is not a starter pet! For god sake, please mana-mana parents yang rasa nak bagi anak MAIN dengan arnab tu jangan gatal pandai pandai nak beli rabbit untuk MAIN.
See, aku siap bold kan perkataan MAIN tu. Y
er, banyak sangat parents atau family kat luar sana fikir “aish nk bela kucing banyak pakai cost, leceh nk bersihkan litter box, nak bagi makan kibbles lagi , baik aku beli rabbit untuk anak aku main, murah dan senang” NO! that’s a big no.
Please buang mindset macam tu. Please, Tolong…. Arnab perlukan penjagaan rapi sama saja macam kucing yang mahal-mahal tu dan kalau betul nak jaga memang makan cost sama macam kucing.
1. Arnab perlukan makanan yang berkhasiat dan berkualiti untuk hidup. Bukan sembarangan sayur, rumput atau buah yang kau dah nak buang atau tak nak makan tu ko sumbat kat arnab tu untuk makan.
Macam manusia gak, makan pelik akan sakit perut dan macam-macam penyakit boleh datang.
Tapi kesihatan arnab ni 90% bergantung pada jenis pemakanan. Tolonglah aware diet arnab ni 80% adalah hay. Hay boleh didapati dalam jenis orchard, meadow, timothy atau alfafa.
Aku tengoklah banyak rabbit owner pegi bagi makan kangkung la, kobis la. Lepas tu arnab tu mati sebab perut sakit (GI Stasis) boleh google research sendiri. Panjang aku nak explain kat sini.
2. Arnab bukan binatang untuk dikurung dalam sangkar yang kotor, sempit. Ni antara banyak sangat observation aku nampak dari rabbit owner ni.
Korang fikir “ alaaa comey ye rabbit, beli lah 3 ekor letak dalam satu sangkar sekali.” NO, NO, NO!
Arnab ni sama macam kucing, dia perlukan exercise, pergerakan.
Kesian betul arnab tu bila kena kurung ramai2 sampai sempit dalam sangkar tak boleh gerak langsung. Sampai ada arnab jadi lumpuh sebab dari kecil tak pernah di beri kebebasan untuk bergerak.
3. Tak neuter / spay bila arnab dah matang. Ni pet owner memang tak bertanggungjawab. Jenis tengok orang bela, dia pun nak bela.
Bila rabbit tu dah membiak beranak banyak-banyak kau buat bodoh. Arnab tu haiwan. Haiwan ada ke akal pikiran nak buat family planning?
Dah ko yang bela, ko lah yang kena plan untuk dia. Kalau ko bela seekor pun digalakan jugak untuk neuter (jantan) atau spay (betina) untuk mengurangkan hormone membiak dia dan kurangkan kadar penyakit dia.
Arnab ni bila dah matang memang dia akan gian untuk mengawan.
Jadi, dengan neuter/ spay ni la untuk control hormone mengawan dia. Kalau tak, boleh jadi depresi dan destructive or paling teruk aggressive. Sama macam kau lah, kalau parents tak bagi kahwin mesti kau marah memberontak kan.
4. Tak ada usaha untuk litter train arnab. Aku dah bela arnab selama 20 tahun hidup aku. 20 tahun tu lah aku litter train arnab.
Arnab ni binatang yang bijak, senang diajar dan suka sangat rutin. Jadi, kalau ko jenis malas nak bersihkan sangkar arnab, boleh la kau train litter arnab ko tau.
Sangat senang, beli bekas dan letak sekali hay dia bersama taik2 dia. Arnab ni Allah ciptakan dia jenis makan sambil memerut dengan memancut.
Jadi 3 aktiviti tu (berak, kencing, makan) dalam satu tempat yang sama. And… please be patient with rabbit.
Rabbit ni bukan manusia, kadang2 pun dia ada tersilap membuang or memancut kat tempat lain.
Alaa kita manusia yang ada otak pun selalu buat silap, apa tah lagi arnab. Jadi jangan nak marah or pukul arnab kalau dia pun tersilap tempat memancut.
5. Kasih saying dan perhatian. Nak bela bukan sebab nak ikut jiran or nak bagi anak main, tapi amanah dan tanggungjawab untuk menjaga sampai la akhir hayat dia.
Arnab ni sangat gentle dan timid, perlukan kasih sayang sama saja macam ko bagi attention dekat awek korang (contoh).
Tolong ingat, binatang ni especially yang kita bela akan di persoalkan kat akhirat. Kau abaikan dia, ko menjawab la dengan Allah nanti kat akhirat.
Banyak lagi benda aku nak cakap pasal arnab ni tapi nanti korang boring pulak. Kalau serius dan ada masa, amanah nak bela, teruskan.
Kalau tak tahu pasal penjagaan arnab, pergi la research dulu. Banyak tempat ko boleh study, google, youtube, group arnab dekat fb, local vet.
Bukan main terjah beli lepastu fikir kemudian. Aku tulis confession ni sebab banyak sangat aku nampak manusia yang sambil lewa dan tak amanah membela rabbit.
Harap confession ada lah membuka mata rabbit owner kat luar sana walaupun tak banyak yang akan baca confession ni.
– Rabbit Lover (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit