Assalamualaikum admin dan para pembaca setia di iium confession. Thanks kalau confession ni disiarkan.
Alert ya penulisan saya adalah sangat rojak dua bahasa melayu dan inggeris jadi buat mereka yang ada alahan dengan rojak bahasa ni berhati2 la ye hehe. Saya juga akan guna ‘I’ as ganti nama diri sometimes so jgn triggered pula ye.
Basically masa saya tulis confession ni, adik2 lepasan SPM 2019 dahpun selamat dapat keputusan masing2 kan?
Haa jadinya confession ni memang ditujukan khas untuk korang tapi juga sesuai untuk mereka yang lain terutamanya yang masih bergelar pelajar sekolah. Kalau readers ada adik2 atau anak2 yang bersekolah pun bolehla kot share tulisan saya ni pada mereka hihi.
But before anything, congratulations kepada semua adik2 yang dah dapat result SPM harini regardless macam mana sekalipun result you alls okay hihi.
Sebab regarding the title of my confession, that is the core message yang I nak sampaikan pada korang. And this message will be conveyed based on my personal life experience.
So sepanjang hidup saya, alhamdulillah Allah Taala rezekikan saya dapat belajar dengan baik la takde halangan yang agak berat bab belajar ni.
Dari UPSR sampai SPM alhamdulillah straight A dan memang maintain top 10 kat sekolah even though tengah2 jalan pernah jugak tak perform sekejap.
Tapi percayalah cakap I yang semua A yang I dapat tu tak bawa maksud apa2 pun except for hardwork in terms of rajin menghafal semata2. Ada sesetengah subjek tu pun hanya luck sahaja tak lebih dari tu.
Waktu di sekolah menengah , ada teacher saya pesan “Saya taknak pun awak semua sekadar berjaya cemerlang dalam exam. Saya nak anak murid saya MENGUASAI ILMU”.
So sebahagian kawan saya selalu gelakkan teacher tu termasuklah saya sekali haha jahat kan. But bila dah besar panjang ni baru la Allah tunjuk betapa bermaknanya pesanan teacher tersebut.
The grades are merely letters. Be it A+ ke, B- ke C ke. The grades NEVER define our intelligence but our KNOWLEDGE DOES. The sad trend pasal belajar ni ialah kita belajar untuk result yang bagus. Nak A+, perform dalam exam dan sebagainya.
Jarang sekali kita jumpa belajar demi ilmu. Walaupun bunyi mcm cliche tapi itulah realitinya.
Sadly even cikgu pun ada segelintir yang lebih mementingkan teknik jawab soalan dalam exam untuk dapat markah daripada more to nak faham subjek tu (lagi teruk kalau cikgu tu ustazah yang ajar agama sebab agama ni menyeluruh meliputi aspek kehidupan bukan sekadar di kertas).
Kesannya, kita boleh hafal semua fakta yang ada dalam buku teks dan muntahkan di dewan peperiksaan. Tapi kadang2 bila ditanya or disuruh explain dengan lebih detail, actually tak faham pun apa benda yang kita hafal tu.
And this is what happened to me and my several other friends yang top kat sekolah kitaorang. So normal la kan sekali sekala lepas dah tinggal sekolah pergi melawat cikgu2.
So I and sorang kawan ni pergila sekolah lama kitaorang and ada tu cikgu2 soal benda simple depan adik2 takleh jawab langsung and actually rasa malu sangat sebab walaupun kitaorang skor A+ untuk subjek berkenaan.
Tapi it turned out that kitaorang memang jenis hafal je dan dapat A+ tu pun mungkin sebab luck semata2. Lagi2 kawan I yang teman I tu best student kot semua A+ tapi bila cikgu suruh explain or jawab soalan depan adik2 dia asyik suruh aku jer geram pulak aku haha aku pun 2×5 jugak.
Cuma kes dia sampai cikgu pun ada ckp dia sekadar A+ on paper tapi knowledge wise zero or nothing. Pedih woi kalau kena haha tapi dia kena sebab dia best student so semua expect dia genius la.
Even zaman belajar dengan dia dulu pun time jadi mentor kepada kawan kelas belakang most of the time dia suruh orang lain explain atas alasan “aku tak pandai cakap”.
Aku bukan dengki dengn dia ea haha dia antara geng rapat aku tau kalau tak takde la pergi lawat sekolah dgn dia. We did talk about this and we shared the same view.
In fact aku pun banyak A+ cuma tak semua macam dia la kurg 2 camtu. And kitaorang ada persamaan yang mana kalau subjek tu kitaorang minat baru la nampak penguasaan kitaorang in the particular subject.
But for subjects yang kitaorang tak suka langsung like I said just now even dapat A+ sekalipun, A+ is literally just a freakin letter. Berdasarkan situasi I dengan kawan I tadi memang jauh sekali la our grades could be used to define us haha.
Like I said tadi I pernah ada jatuh dan bangun jugak dalam akademik ni and to be honest memang I realize yang penguasaan sesuatu ilmu tu jauh lebih penting dari sekadar skor dalam exam.
Masa kat atas orang semua puji bagus bagai tapi bila jatuh I sedih sekejap but then I realize yang grades tak penting mana pun kalau I tak kuasai ilmu like my formed teacher said tu. What for kita belajar if takleh apply the knowledge dalam hidup kan.
But as far as I cakap A tu tak penting takdela sampai nak bagitau yang tak perlu belajar sungguh2 langsung tau haha. Nevertheless, result adik2 masih penting untuk apply matrikulasi ke apa dan degree kelak.
Yang I cakap A+ tak penting semua tu daripada satu perspektif atau konteks hidup yang berbeza la like more to spiritual punya view gitu, haha. Sentiasa semat dalam hati applicable knowledge weighs more than good grades.
Dan most importantly kepada parents dan teachers, raikanlah anak2 dan anak2 murid kalian regardless of their grades. Yang cemerlang berusaha keras hafal semua kan tapi tak bermakna yang tak cemerlang tu tak berusaha langsung kan. For sure they did tried their best.
Pastikan jangan discriminate based on their grades ye. Sebab macam apa I nampak dalam family I yang result biasa2 ni la lebih bertanggungjawab dan mahir buat kerja compared to yang result bagus2 tak pandai sangat bab kemahiran (i’m one of them, haha).
So that’s all from me. Saya mohon berjuta ampun dan maaf sebab penulisan caca marba ke rojak teruk sangat ke huhu after all I’m just sharing. Dan saya harap mesej yang saya nak sampaikan tu dapat diterima la oleh readers sekalian ye. Byee.
– Nabilah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit