A respond to “Melukut Di Tepi Gantang”.

Hi, namaku Bella (bukan nama sebenar). Ringkas tentang aku, berumur pertengahan 20-an, belum berkahwin dan merupakan anak tunggal perempuan dalam keluarga.

Apa yang aku nak sampaikan ni terilham selepas aku baca confession tentang kisah Lyn, Dani dan Ameera tu. Ya, aku tahu confession tu dah lama, tapi setiap kali aku baca kisah Lyn, mesti aku akan menangis teresak-esak.

Okay sebelum aku teruskan menulis, sesiapa yang belum baca confession tu bolehlah korang baca dekat sini, (https://iiumc.com/melukut-di-tepi-gantang/).

Baik, dah baca kan? Aku percaya ramai yang terkesan dengan kisah Lyn. Aku baca komen2 pun ramai yang sedih dan bagi kata2 semangat buat Lyn.

Sejujurnya, selepas aku baca confession tu, aku secara tak langsung membayangkan aku berada di tempat Lyn. Sedikit sebanyak, menghasut fikiran aku dengan pertanyaan, bagaimana kalau aku ditimpa nasib yang sama jika aku melangkah ke alam perkahwinan kelak.

Korang boleh bayangkan tak betapa hancurnya hati mak ayah bila tengok anak perempuan yang dia besarkan dan curahkan sepenuh kasih syg menangis, lembik, putus harapan selepas ditinggalkan sang suami?

Tapi itulah mak ayah, walau sejahat atau seburuk mana pun kita sebagai anak, mereka lah yang akan datang kutip kita when we’re at our lowest point in our life. Tak ada mak ayah yang sanggup tengok anak mereka dalam kesusahan.

Macam kisah Lyn, aku sedih bila baca macam mana mak ayah dan abang2 dia pulihkan semangat dia selepas diceraikan Dani. Sedar tak kita, apa2 pun yang terjadi, akhirnya kita akan pulang ke pangkuan keluarga kita jugak?

Bila mana orang di sekeliling buang, hina ataupun benci kita, keluarga tetap ada di hadapan menanti dengan senyuman dan dengan tangan terbuka menerima kita kembali. No family is perfect, we argue and fight. Tapi merekalah support system kita yang paling kuat dlm dunia ni.

Aku tak nak ada negative thoughts pasal marriage, tapi kadang kala aku takut membayangkan jika tiba2 suatu hari suami aku decides yang dia dah tak sayang aku lagi, aku takut aku tak akan sekuat Lyn.

Aku tahu mak ayah dan adik lelaki aku akan ada di saat jatuh bangun aku, tapi aku tak sanggup tgk mereka kecewa melihat aku kecewa.

Aku ingat lagi abah aku pernah kata dekat adik lelaki aku,

“anak lelaki ni banyak tanggungjawab nya, sampai hujung nyawa. Apa2 nanti, ibu abah nak harap dekat anak lelaki kami lah, anak perempuan lepas kahwin kena ikut suami. Tapi kalau suami dah tak nak dekat anak perempuan abah ni, baliklah semula pada abah dan jadi anak abah selama2nya.”

Aku sebak dengar ayat tu, sebak sangat2. Tapi aku tahan sebab tak nak nangis depan abah. Hehe.

Betullah orang kata, ayah merupakan cinta pertama bagi setiap anak perempuan. Being the only daughter in the family, aku dapat rasa yang abah aku sgt sygkan aku. Dia protect aku semahu2nya. Aku pun banyak bergantung kepada dia.

Kadang2 tu, nak buka botol sos pun kena mintak tolong abah (saja nak bermanja hihi). Abah tak pernah halang aku berkawan dengan mana2 lelaki, sebab katanya dia cuma mahukan yang terbaik untuk aku, yang dapat jaga aku sebagaimana dia menjaga aku.

Aku pun tak pernah serius berkawan dengan mana2 lelaki sebab aku dah baca banyak confession di page ni, dan kebanyakannya buat aku risau untuk berumah tangga.

Dan secara jujurnya lagi, aku pernah sukakan seseorang, tapi aku pendam. Melihat dia bahagia dengan orang lain, aku rasa sakit sangat. Aku tak mampu buat apa2. Aku macam Lyn jugak, tengok dari jauh, update status dan bila dia view, aku rasa happy sgt walaupun dia tak reply.

Aku paham perasaan Lyn bila dia kata dia ‘pathetic’. Aku pun rasa yang sama. Aku sedih, tapi apalah sangat sedih aku ni kalau nak dibandingkan sedihnya seorang isteri yang ditinggalkan/diabaikan suami tanpa sebab2 kukuh.

Hati perempuan ni lembut walaupun di luar sikapnya tegas dan garang. Allah cipta hati perempuan ni mudah tersentuh. Lagi2 dengan orang yang dia sayang. Apa2 pun, korang doakan lah aku dipertemukan dengan jodoh yang baik2, yang dapat menjaga dan syg aku sampai bila2.

Aku jugak berharap Allah panjangkan umur ibu bapa dan keluarga aku, sebab kalau apa2 terjadi kelak, aku cuma ada mereka utk sambut aku bila aku rebah dikecewakan manusia.

Dan buat Lyn, semoga dipermudahkan urusan kehidupan sekarang dan masa2 mendatang. Semoga Allah temukan awak dengan orang yang betul2 sygkan awak dan bukan sekadar pilihan di atas pilihan.

Okay, sampai sini je aku nak tulis. Dah lama sebenarnya aku nak ulas pasal kisah Lyn tu, cuma aku kurang pasti nak ulas yang mana satu. Jadi aku ulas je lah mana yang terlintas dekat otak aku ni.

Maaf kalau idea/ayat berterabur sebab emosi aku pun terumbang-ambing lps baca confession Lyn. Aku harap wanita2 di luar sana tak dipertemukan lah dengan lelaki spesis Dani tu.

Yang menulis,

– Bella (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *