A Sinner

Namaku Nia, aku wanita yang terlalu berdosa untuk diri sendiri dan untuk keluargaku. Nama watak lain dalam kisah aku ini adalah Roy.

Kami berkenalan melalui sebuah perbualan yang mungkin kelahiran 90-an sahaja mengetahuinya.

Kami  melanjutkan perbualan melalui pertukaran nombor telefon sebagai wadah untuk berhubung.

Pada awalnya aku sedari dan telah meletakkan sebuah halangan untuk kami tidak bermain cinta kerana beliau merupakan SUAMI ORANG.

Niat aku pada awalnya adalah mendapatkan sebuah layanan istimewa melalui wang ringgit sahaja (pasti kebanyakkan orang akan mengatakan aku ini teruk dan menjijikkan, iya tidak aku menidakkan).

Hari demi hari, kami berhubung sehingga telah meletakkan sebuah perhubungan yang tidak jelas. Hatta buat diri ku mahupun beliau.

Mungkin padanya, ia hanya sekadar hiburan waktu senggang yang perlu diisi sewaktu beliau bercuti.

Namun, tidak bagi aku. Aku mulai merasakan ia sesuatu yang serius malah tidak lagi aku meneruskan niat aku lagi waktu itu yang mana hanya untuk mempergunakan beliau.

Sehinggalah suatu tahap, aku ingin segalanya nyata jelas dan minta untuk berjumpa agar aku mampu diperlihatkan sejauh mana kejujuran beliau kerna waktu itu beliau sudah berasa fasa yang sama.

Awalnya, perjumpaan hanya dirancang sekadar berjumpa kasual di kedai makan namun entah apa yang tidak jelas dalam diriku sehingga berani untuk bertemu di sebuah hotel.

Iya perjumpaan pertama yang berkuasakan nafsu. Jujur aku tidak pernah sebegitu. Aku bertudung dan berkeluarga baik. Tujuan asalku bertukar dalam pusingan asal yang mana ingin melunaskan nafsu ringgit.

Saat itu segalanya diserahkan tanpa sedar kerana dituruti keinginan asal yang mana bukan atas dasar cinta dan sayang.

Berlalunya masa, rasa sayang dan cinta hadir dan diselangi bersama makan hati. Awalnya tidak kisah apabila pertemuan kami di cancelkan saat saat akhir bagi memberi masa bersama isterinya.

Kalau dia ada bersamaku, aku layannya denga baik. Jika  dia bersama isterinya tidak pernah lagi aku menghalang malah aku bahagia dengan caranya menjadi suami yang bertanggungjawab

Ianya memang seksa namun aku redha. Kelamaan, aku mulai rasa tersakiti yang tidak nampak. Komunikasi kami masih biasa dan dosa berterusan terjadi.

Aku sedar, Ianya masih dalam sedar. Namun tak mampu menolak nafsu yang menghasut sehingga perjumpaan terakhir kami, aku nyatakan untuk berkahwin. Beliau diam dan tidak betah melanjutkan perbualan.

Aku? Ya, terkedu dan malas ambil pusing dan melayan perasaan. Aku layannya baik. Sebaik mungkin bagi menjaga kedua dua hati. Baik dia dan juga aku

Bukan lah kerana aku mengandung akibat perbuatanku sendiri namun kerana ingin sesuatu yang jelas. Tak mengapalah. Aku undur diri. Ya kini aku sendiri tidak lagi di cari dan mencari.

Sedikit luahan hati untuk si dia, ketahuilah aku di sini terseksa yang mana pembalasan kini telah aku sedia peroleh . Jika benar pengakhiran kita begini, aku terima.

Meskipun aku tak pernah mengeluh dan menyoalkan (hakikat tidak layak), namun hadir dan layani aku seperti manusia yang punya hati (kini tidak perlu lagi)

Sedikit saja aku minta hanya jaga dan hargai hati orang sekelilingmu. Maafkan aku membawamu ke lembah dosa yang aku sendiri tidak ketahui dan kenali.

Tak mengapalah akan aku teruskan perjalanan yang panjang ini Buat isterinya, maafkan aku juga yang kau sendiri tidak kenali kwujudanku, sementara layanilah suamimu dengan sebaiknya.

Beruntungnya kamu, segalanya kau peroleh, masa, harta, nafkah dan cinta. Ianya diterima tanpa culas.

Ketahuilah aku sendiri yang menggalakkan suamimu untuk sentiasa menjaga hatimu bagi mendapat redhamu sebagai isterinya.

Aku tak minta MENJADI WANITA YANG MANA BERADA DI JALAN HIDUP YANG DIBENCI DAN STATUS YANG DIHINA OLEH RATA RATA WANITA.

AKU JUGA TAK MINTA MENJADI WANITA PEROSAK RUMAH TANGGA APA LAGI PERAMPAS. Tidak terlintas hati ini ingin menjadi pencetus kepada pengkhianatan cinta suci kalian.

Teruskan meraih kebahagiaan cinta kalian.

Buat pembaca, doakan aku sentiasa kuat, dan tidaklah mendoakan keburukkanku kerna pasti aku akan terima saat nya nanti.

Tidak lah jua mengharapkan kata-kata yang baik baik. Cuma mohon doa sahaja dari semua. Semoga perjalananku lebih baik.

– Nia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *