Assalamualaikum dan hai. Aku Anonymous. Seorang yang gemar melayari internet dan melayan media sosial so hobi aku adalah baca komen2 para netizen.
Jadinya based on pengalaman aku yang taklah seberapa ni aku dapat detect satu trend dalam kalangan netizen ni ialah KECAM. Aku ambil satu isu yang sentiasa panas iaitu lgbtq (hence the title)
First of all aku bukanlah penyokong lgbtq ya tuan2 puan2 semua. Benda memang salah takkan jadi betul so takkan nak sokong. Apa yang aku nak sentuh is more to stereotype netizen kita terhadap golongan lgbtq ni.
Basically pendapat aku berdasarkan pengalaman baca di iiumc dsb, aku dapat simpulkan yang faktor seseorang terjebak dengan lgbtq ni banyak. Ada yang lahir2 mmg ada perasaan tu, ada yang didorong oleh cara mereka dibesarkan dan banyak lagila.
Dan berdasarkan banyak kisah yang aku baca, mereka yang terjebak dengan lgbtq ni kebanyakannya masih ada secebis rasa untuk berubah kejalan yang benar. Ada yang berusaha untuk tinggalkan perkara tersebut.
Tapi yang menyebabkan mereka putus asa ni antaranya sebab netizen kita sendiri. Suka sangat judge, kecam, kutuk hina seolah mereka confirm masuk neraka manakala yang mengecam tu confirm dijamin syurga.
Lagi teruk bila yang kecam tu guna alasan dakwah untuk halalkan kerja mengecam diorang.
Boleh tengok sendiri di IG berapa ramai instafamous buat video parodi geng2 lgbtq ni pastu buat hashtag parodi untuk dakwah bagai la tak rilek gila tunggang agana. Bila followers beratus ribu buat IG review untuk produk2 sampah.
So aku jadi ragu kat situ samada betul2 ikhlas nak berdakwah atau sekadar mengambil kesempatan nak kaut keuntungan? Yela dah perangai netizen kan bila dapat kecam orang je memang puas hati semua support.
Tengok yang terbaru la sambutan hangat terhadap lagu Bunkface tu. Tengok komen semua macam anti lgbtq konon dakwah tapi realitinya seronok sebab dapat kecam jer kan.
So ni part yang penting dalam confession aku ni. Kalau tak kecam macam mana nak setelkan geng lgbtq ni? Jawapan dia senang jer. Contoh yang pertama korang ignore je jangan famouskan diorang jangan gossip pasal diorang jangan up langsung apa2 berita pasal diorang.
Masalah netizen ni hari2 bawangkan geng lgbtq ni. Diorang pun dah tak kisah kena kutuk bagai yang diorang tau diorang boleh perasan femes mengalahkan artis2 lain. Nak insaf?
Ambik contoh nursujut (bukan nama sebenar) la berapa tahun dah orang kecam dia termasuk la instafamous yang edit buat video parodi dia tiap2 hari ada ke nursujut tu insaf? Makin galak ada la. So nak hapuskan diorang kena la senyapkan diorang. Kan simple.
Yang kedua ialah dekati mereka dan santuni mereka sebagai saudara seagama.
Ambil contoh Ustaz Ebit Liew la. Takde pun nampak dia kecam golongan lgbtq ni dia approach baik2 lagi la slow talk jumpa depan2 mata. Malah aku percaya banyak je program pemulihan di luar sana khas untuk golongan2 lgbtq ni berubah ke jalan yang lurus semula.
Cuma peranan kita je yang memerhati ni nak bantu diorang ke tak bawak diorang ke tempat berkenaan. Ataupun just pandai jadi tin kosong je menyalak kuat kat media sosial konon dakwah tapi realiti zero.
Yang ketiga ialah undang2 khas untuk mereka yang famous terlebih dan kebal dengan segala kecaman dan nasihat netizen. Masalah dengan kerajaan kita regardless parti mana pun so far takde tindakan tegas untuk golongan lgbtq ni.
Hukum dah ada terang2 salah lelaki berpakaian perempuan tapi sejauh mana tindakan diambil?
Ada sorang tu bekas menteri agama sekadar luah rasa kecewa je tapi takde nak ambil tindakan ke apa. Sebabtu la golongan lgbtq ni bermaharajalela. Marilah kita berdoa supaya kerajaan baru ni lebih tegas hendaknya, aamiin.
Itu sahajalah yang aku nak bebelkan dalam confession ni. Kalau tak sampai mesej tu baca la lagi sekali ye, haha. Moga Allah rahmati negara kita Malaysia tercinta ini aamiin.
– Manusia biasa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit