A Wise Wife II

Untuk part I, (https://iiumc.com/a-wise-wife/).

Assalamualaikum. Aku Mawar. Terima kasih admin kerana siarkan confessionku terdahulu. Pasti ramai yang berada atau hampir dengan situasiku, kerana rata-rata bersetuju. Ada yang request untuk aku cerita macam mana aku beli rumah. Aku rasa biasa saja, sama macam orang lain.

Aku pernah kerja, berhenti lepas kahwin atas sarana suami. 4 tahun jadi suri rumah. Kemudian bekerja semula. Tahun ke 7 berkahwin, baru aku beli rumah aku sendiri. Sekarang sudah 3 tahun aku dapat sikit positif income, tak banyak, tapi tak rugi.

Bila umur pencen, insyaAllah aku dah selesai bayar hutang rumah dan duit sewa tu boleh jadi pendapatan. Aku tak ada formula macam mana beli rumah. Aku bukan money oriented, ada rumah sendiri bukanlah target hidup aku pada asalnya.

Aku dibesarkan berjimat cermat, tapi keluargaku bukan kedekut. Kalau ada saudara susah, kami hulurkan duit tanpa minta pulangan, walaupun tak banyak. Setiap saudara yang menyambung pelajaran, kami masing-masing akan bagi duit.

Walaupun kami sendiri yatim dan mak tak bekerja. Pakaian, barang make up, aku jenis yang tak ambil kisah, jadi dah save dekat situ. Aku masih pastikan aku presentable, dan bukan selekeh.

Daripada zaman belajar, aku buat part time, aku menyimpan, bila dah kerja, ada la duit kwsp, boleh guna untuk bayar duit muka rumah sendiri. Sama saja macam orang lain aku rasa.

Bila dapat kerja semula, aku syukur ada majikan yang terima, dan maybe sebab aku presentable dan confident, aku diterima kerja.

Lepas 4 tahun kerja semula, aku rasa dah stabil, dan dengan duit simpanan sikit aku tu, sebab dah guna buat beli rumah, dan gaji bulanan yang on going, aku sambung pelajaran. Semuanya guna duit aku. Tak ada tips, aku cuma menyimpan.

Nak memujuk suami agak bukan mudah pada mulanya. Ye lah, suami nak bagi aku kerja semula, dah elok-elok duduk rumah kan, lepas tu nak sambung belajar pula.

Seperti aku kata, adik-adik aku kecil lagi, jadi kalau suami rasa mampu beri duit pada mak dan adik-adik aku yang masih sekolah, silakan. Aku berterus terang saja hal ni dengan suami.

Memikirkan suami tak mampu la, suami bagi aku kerja. Kerana sebelum berhenti kerja masa kahwin tu, aku bagi duit tiap-tiap bulan dekat mak aku. Bila aku jadi suri rumah, suami tebal muka juga, bila aku tak boleh bagi regularly dekat mak aku.

In fact, mak pula yang hulur duit dekat aku depan suami bila aku nak balik ke rumah lepas pulang bercuti di rumah mak. Reverse psychology jugak mak aku ni kan.

Masa jadi suri rumah, aku buat freelance, yang dapat high income within short time. Aku guna sikit kemahiran IT aku, tapi job tak banyak aku ambil sebab banyak masa aku tumpukan pada keluarga.

Masa ni pun dah kena sindir-sindir dengan mertua dan ipar. Aku belanja keluarga suami guna duit aku pun, ibarat aku ambil duit anak lelakinya pulak. Padahal duit hasil kerja freelance aku. Tapi tak pe lah, ikhlas aku nak gembirakan mertua dan ipar walaupun tak dihargai.

Masa jadi suri rumah ni, suami kata nak mula business, aku bagi beribu dekat suami buat modal, hasil duit simpanan aku dulu. Lepas tu suami krik-krik pulak, aku tak nampak business suami tu berjalan, hasil pun tiada.

Aku pun tak pernah minta balik duit aku tu. Naif kan. Kalau kali kedua suami buat macam tu, pandai dah aku nak counter. Hihi

Lepas aku mula kerja balik, typical suami taknak ego dia jatuh, jadi expense dalam rumah, dia kata dia masih akan tanggung as usual. Sekolah dan taska anak-anak, total aku bayar dalam 1/3, suami yang nak macam tu. Kami tak ada perjanjian perbelanjaan separuh-separuh macam pasangan lain.

Expense rumah walaupun suami kata takpe suami tanggung, aku beli juga barang rumah, walaupun aku tak declare, tapi aku rekodkan. Kelengkapan sekolah anak, baju kasut anak-anak semua aku tanggung. Barang-barang dalam rumah. Rumah dan bil saja suami bayar. Makanan pun banyak aku beli.

So, suami tahu aku macam mana, dan aku tahu suami macam mana. Aku bukan jenis meminta, bab nafkah pun aku diam. Kalau ada tu, ada lah, aku terima.

Aku hormat suami kerana dia tak kacau duit gaji aku, tak mengarah aku itu ini. Itu lah antara benda yang suami nak masa bagi aku kerja dulu, suami nak aku hormat suami walaupun aku kerja, sebab tu suami lunaskan bayaran perbelanjaan rumah.

Strategi suami supaya aku akan keep on hormat suami. Well, aku terima saja lah apa suami nak. Walaupun suami dah bagi aku tempat berteduh, aku nekad beli rumah aku sendiri bila aku sedar suami dah beli rumah kedua,

Tapi suami masih tak ingat dekat aku dan anak-anak. Diam-diam beli, tak bincang dengan aku. Rasanya kalau aku tak kerja semula, suami mampu ke beli rumah kedua. Lepas tu, suami tak terfikir nak letak nama aku dan anak-anak, again.

Masa dia beli rumah pertama, aku masih suri rumah. Bila dah kerja, aku offer untuk bayar rumah tu sama-sama, tapi suami taknak.

Jadi, kalau suami tak nak letak penama pun takpe lah. Dah aku pun tak ada sumbangan, sekadar melahir, jaga anak-anak dekat rumah, masak, basuh baju, lipat kain, kemas rumah je.

Aku tak sedih, nak kecewa pun tak. Sebab aku dah nekad. Jadi dah cukup kuat dengan beberapa insiden red flag ni untuk aku fikir semula pasal masa depan aku dan anak-anak, dan in a way, aku perlu berdiri atas kaki sendiri.

Rumah yang aku beli bukan untuk aku pun, tapi untuk anak-anak aku. Sekurang-kurangnya mereka ada tempat berteduh, tak perlu harapkan simpati orang lain untuk hidup, andai aku tiada lebih awal.

Tapi kalau anak-anak dah besar nanti, aku akan gunakan duit sewa untuk tampung hidup aku waktu tua nanti tanpa susahkan anak-anak.

Harta suami, aku tak harapkan apa-apa. Ada rezeki untuk anak-anak, ada lah. Suami dibesarkan berlainan dengan aku. Abang aku, isteri dia suri rumah, abang aku letak nama isteri, beri duit bulanan, support isteri dia buat side income, sebab abang aku tahu apa mak dan kami lalui dulu.

Mak aku tak kisah abang bagi duit dekat isteri dia. In fact, mak aku yang pesan dekat abang, kalau apa-apa jadi dekat abang, bagaimana isteri dan anak-anak dia nak survive.

Amaun kakak ipar aku terima lebih besar daripada mak. Disebabkan berterima kasih pada mak, kakak ipar simpan duit yang terima daripada abang dan belikan mak gelang emas.

Kami anak-anak masih bagi duit dekat mak sampai sekarang. Adik aku pun tinggal seorang lagi nak lepas kolej, seorang di universiti.

Seperti aku kata, aku kenal keluarga mertua dan ipar-ipar, bukan la kita doa, tapi beringat sebelum terjadi supaya tak menyesal di kemudian hari.

Suami aku, masih aku anggap baik. Aku pun tak boleh salahkan dia, dia tak nampak apa sebab aku cerita kisah aku tu kan, sebab dia tak pernah laluinya dan dia tak terbuka mata. Nak buat macam mana.

Suami ringan tulang di rumah. Tak pernah tinggikan suara, atau naik tangan. Solat, puasa cukup. Tiap-tiap hari cakap i love you. Dia pun bagi aku kerja balik dan sambung pelajaran. Tak ada sebab aku nak bercerai.

Aku cukup dah dengan diri suami seadanya. Yang bahagian nafkah aku, dah aku bukan jenis meminta, jadi bukanlah satu perkara untuk aku bergaduh besar dengan suami.

Cuma aku kena bersiap sedia, untuk kebahagiaan dan nasib anak-anak aku kemudian hari, siapa nak bela masa depan mereka nanti. Kerana seperti aku kata suami hanya pinjaman. Hati manusia berbolak balik. Kita doa mohon dijauhkan, tapi persiapan perlu ada supaya nanti tak jatuh terduduk.

Memang ada tak senang hati, nak kami bergaduh, bercerai berai. Tapi buat apa nak kisah mereka. Perkahwinan ni, ibarat graf sinusoidal. Ada naik, ada turun. Ada masa manis rasa perkahwinan ni, ada masa masam dan pahit,

Ttapi renungkan sejenak, banyak mana manis dan banyak mana masam pahit tu. Kadang-kadang sikit masam pahit tu, tapi kita buat keputusan atas masam pahit yang sedikit tu. Rugi kan.

Aku tahu mertua dan ipar-ipar masih berbulu, tapi takpe lah. Kita ada tulang empat kerat, bekerja dan berusaha sendiri. Kepuasan lebih terasa.

Aku memilih bekerja 8-5, kerana beberapa faktor. Aku rasa cukup dengan dah ada rumah dan kereta aku sendiri, alhamdulillah aku ada kereta dah, aku beli yang cukup spesifikasi untuk aku guna hari-hari saja, tanpa hutang, cuma rumah aku beli tu masih nama bank.

Kereta ni boleh kena tarik dengan bank kalau meninggal, sebab kereta masih kena bayar. Sebab tu aku taknak buat loan kereta mahal. Tapi rumah boleh dapat dekat penama.

Cuma proses tu makan masa. Sama juga duit kwsp dan pencen. Jadi isteri tetap kena ada duit simpanan, walaupun suami dah beri dan letak nama isteri dekat rumah ke, dekat kwsp ke.

Tu yang terjadi dekat kami, mujur mak aku ada simpanan hasil side income dia dulu, boleh guna untuk tampung beberapa bulan sebelum proses siap, lepas arwah ayah meninggal.

Planning aku, aku nak cukupkan tabungan anak-anak aku untuk pelajaran dan kehidupan mereka sendiri, at least sehingga mereka boleh berdiri atas kaki sendiri. Aku target setiap seorang ada at least RM20k. Aku masih berusaha ke arah ini.

Aku nak siapkan pencen untuk hari tua, sebab aku jenis taknak menyusahkan sesiapa, termasuk suami dan anak-anak aku nanti.

So walaupun aku dah tua, aku akan pastikan aku ada duit untuk makan, hidup dan kesihatan. Aku tak payah nak sedih dan kecil hati kalau anak atau suami tak bagi duit ke. Aku ambil insurans, tapi aku tak berlebihan ambil insurans, cukup untuk survival.

Zakat dan sedekah, aku takkan tinggalkan sampai aku tutup mata. Satu kepuasan dapat tunaikan zakat ni. It makes me feeling a useful person. Haji juga aku sedang menanti hari, umrah aku dah selesai.

Aku rasa target aku ni biasa-biasa saja, yang penting ketenangan hidup. Tenang tanpa hutang, ada duit, ada makanan, ada tempat tinggal. Tak menyusahkan orang lain. Bila fikir balik, banyak juga dah aku capai, walaupun ikut logik aku tak mampu pun, tapi Allah tu ada kan.

Pesan aku sebagai isteri, jangan sampai kita meminta dan jangan sampai orang pijak kita. Berpayung sebelum hujan.

Selain berdoa, kita juga kena usaha, kerana tiada siapa boleh ubah nasib kita, melainkan kita sendiri. Aku tak cakap aku terbaik, yang mana baik tu boleh ikut, yang mana buruk tu tinggalkan.

– Mawar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *