Ab4h dan M4k II

Salam semuanya, Huda kembali lagi hehe. Kalau korang tak sempat baca ni confession aku yang pertama, (https://iiumc.com/ab4h-dan-m4k/)

Okay semua agak lambat eh aku sambung kisah ni, maklumlah busy sikit cuti-cuti ni. Okay aku dah baca komen di muka buku, agak ramai jugak yang suruh hantar kakak aku ke pusat pemulihan.

Aku lupa nak cerita yang sebenarnya sebelum ni abah dah pernah hantar kakak aku ke pusat pemulihan dalam setahun lebih akak aku duduk sana. Dia keluar pun sebab masa tu covid teruk pkp @ pkpb macamtu.

Masa aku tengah menulis cerita ni pun, aku tak tahu apa khabar kakak aku, dah makan ke minum ke ada tempat tidur ke. Tapi kalau dia takde duit dia akan whatsapp aku pinjam duit.

Hahaha ramai cakap anak bongsu manja tak boleh berdikari, tapi sebenarnya aku ni dah macam tulang punggung adik beradik. Sebab kalau diorang takde duit diorang taknak susahkan mak abah dorang akan pinjam dengan aku.

Kemana sumber duit tu pergi aku tak tahu sama ada dorang menda**h ke atau apa tapi dorang tak pernah bayar pun duit aku, tapi takpe aku halalkan semua demi abang – abang dan kakak aku.

Kakak aku banyak kali whatsapp mak dan abah cakap nak berubah lah, cakap ta knak buat lagi lah. Mak dan abah sampai dah lali dengan alasan kakak aku.

Sepanjang aku membesar ni, cukup makan pakai aku kasih sayang dari mak dan abah pun aku dapat rasa.

Aku ada baca komen cakap yang kakak kurang kasih sayang dirumah, apa yang kurang pun tak tahu. Rumah aku macam – macam ada. Nak makan ada tv wifi ada coway semua ada.

Lepas dia keluar dari penjara & pusat pemulihan. Abah dan mak tak pernah suruh dia kerja, aku pun banyak kali nasihat dengan dia kalau nak duit mintak aku tak cukup @ apa bagitahu aku

Kalau orang cakap didikan mak dan abah yang salah aku rasa benda tu tak betul.

Mak dan abah dah pernah pergi haji. Solat tak tinggal abah dan mak adalah pasangan yang kalau tengok mesti orang akan ingat anak-anak dia adalah orang berjaya.

Mak dan abah selalu paksa kami adik beradik untuk solat bersama, abah tak garang mak pun sama. Yang selalu tegur anak – anak dirumah adalah abah. Kalau mak tegur selalu berjela kerana berbebel je.

Mak dan abah tak salah, kakak aku yang buat pilihan hidup dia untuk jadi macamtu. Umur dia bukan belasan tahun taktahu mana baik dan buruk. Mak abah adik beradik semua dah habis kata nasihatkan dia.

Kalau orang cakap kami sekeluarga tak buat apa apa korang salah. Abah sampai nak kahwin kan kakak aku dengan suami orang tu sebab tak sanggup nak tanggung dosa anak dia.

Aku sekadar meluah je apa yang aku pendam selamani, aku kesian dengan abah dan mak. Kalau dorang dah takde macam mana lah aku adik beradik.

Mak dan abah orang yang sangat baik, baik dengan semua orang. Mak abah selalu tolong adik beradik dia yang susah,

Tapi kenapa Allah bagi ujian yang berat ni. Mak dan abah selalu tutup kesalahan anak-anak,

Setiap tahun kalau kakak atau abang aku tak dapat balik beraya sekali, abah akan bagi alasan kakak dan abang aku tak dapat cuti. Padahal diorang berdua dalam penjara.

Aku mintak sangat korang doakan kesejahteraan dan kesihatan mak dan abah aku. Semoga kakak aku dapat hidayah untuk pulang ke rumah dan tebus balik kesalahan dia dekat mak dan abah.

Aku selalu ingatkan dia jangan sampai mak dan abah mati baru kau nak balik. Kau akan menyesal seumur hidup

Pengajaran untuk semua, aku dulu pun jahat makan da**h tapi tak kena tangkap je dan mak dan abah tak tahu. Aku berhenti dan pulang ke pangkuan yang Maha Esa.

Jahat janganlah selamanya, hidup kita masih panjang. Kalau ada peluang dan jalan untuk berubah, cubalah benda tu untuk kebaikan diri sendiri.

InsyaAllah kalau ada masa aku sambung pasal abang aku pulak ye. Maaf kalau tulisan agak panjang berjelar. Assalamualaikum semua

– HUDA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *