Ab4h Tolong Sedar

Nama saya Ana. Tujuan saya menulis di sini sebab buntu dengan sikap ayah saya yang dipanggil ‘Abah’.

Abah berumur 50 an dah bakal mendapat habuan KWSP tahun ini. Tapi ‘Abah’ cukup boros dalam berbelanja.

Abah bekerja biasa2 sebagai pemandu lori dan sudah pun mengeluarkan sebahagian besar KWSP nya untuk urusan2 lain sebelum ini.

Ana sebagai pengendali akaun KWSP nya tahu berapa baki KWSP abah.

Kisah bermula bila Abah dah bercadang beli kereta import dengan duit KWSP sedangkan hutang2 Abah dengan orang sekeliling masih belum dijelaskan.

Abah juga ada mentaliti, biar habis duit KWSP, selepas habis nanti, abah nak anak-anak yang sara sepenuhnya kehidupan Abah yang boros.

Ana ada 4 orang adik beradik dan semua adik beradik yang lain golongan B40 yang asyik meminjam dengan Ana setiap bulan (alhamdulillah Ana dalam golongan M40, itupun sikit lagi nak masuk B40).

Ana bayangkan kalaulah Abah habiskan semua duit KWSP nya, sudah tentu Ana yang kena cover semua perbelanjaan keran adik beradik lain pun meminjam dengan Ana.

Ana dan mak dan penat nasihat dan tegur abah, tapi Abah keras kepala.

Abah juga sejak dulu lagi menyebut penat bekerja sejak Ana di bangku sekolah lagi sedangkan Abah ketika itu masih sihat walafiat.

Pernah abah beri surat perletakan jawatan dalam masa 24 jam kerana bergaduh dengan rakan sekerja tanpa sebarang simpanan dan menganggur selama 6 bulan.

Masa itu, Ana juga yang kena keluar belanja sehingga makan kasi dan ikan kering sahaja. Ana juga ada keluarga perlu disara.

Bila Ana kira2, selepas beli kereta tu, KWSP Abah hanya boleh bertahan 6 bulan sahaja.

Ana dah stress dengan abah sebab dari dulu pentingkan diri. Bukan Ana tak bagi langsung duit kat mak,

Tapi jumlah yang aku beri tak mampu nak cover perbelanjaan abah seperti duit rokok sahaja sebanyak RM300++ sebulan, duit dedak ayam hutan abah, duit bill phone abah RM150++, dan sebagainya.

Jahat ke Ana sebab nak Abah sedar tentang isu kewangan sekarang? Sedang Abah tiada langsung simpanan di bank.

Pernah abah mengungkit pasal kena bayar untuk pendidikan anak2.

Ana cukup terasa sebab sejak Ana di sekolah rendah hingga naik ke universiti, Ana dapat full scholarship sebab Ana budak straight A.

Dari RMT, Bantuan baju sekolah, Yayasan itu ini, dari kerajaan negeri, sponsor M***, sponsor Pet***** semua Ana dapat.

Setiap tahun Ana pastikan Ana dapat tertinggi semua mata pelajaran dan anugerah lain macam nilam sebab hadiah dia dalam bentuk duit

(Masa tu RM10 untuk tertinggi satu mata pelajaran & RM50 untuk nombor 1) dan hadiah dalam bentuk buku latihan dan alat tulis dari koperasi sekolah.

Memang Ana matang dari kawan seusia Ana sebab tekanan hidup. Ana juga dapat sponsor masuk maktab dari yang biasa hingga la masuk bitara.

Semua duit yang Ana terima, akan guna untuk biaya kos PIBG dan sebagainya untuk tahun seterusnya campur dengan duit raya Ana.

Setiap kali abah mengungkit pasal guna duit untuk anak, Ana teringat Ana kena habiskan masa cuti Ana menoreh getah,

Sebab Abah sesuka hati berhenti kerja dari syarikat nya kerana dia tiada ‘mood’ bekerja dengan orang.

Selain tu, anak juga pernah kerja di kilang sawmill sebab abah jadi ‘lead’ dekat sana untuk mesin tarik papan.

Bila tiada pekerja, Ana yang kena ganti untuk tarik papan. Semua Ana yang kena buat sedangkan Ana ada 3 adik beradik lelaki lain yang juga pentingkan diri. Sungguh Ana penat.

Ana cuba jadi anak yang baik tapi perangai Abah buatkan Ana rasa putus asa.

Ana sampai terfikir, bila sampai masanya, Ana nak bawak mak Ana tinggal dengan Ana je (walaupun rumah abah duduk tu rumah pusaka mak Ana). Jahat ke Ana?

– Ana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *