Assalamualaikum semua, aku terasa nak luah perasaan sedih yang belum hilang. Aku tak reti berkarangan kalau ada terkurang maafkan aku.
26 December 2019 perginya Abah ku insan tersayang, aku rasa macam mimpi dan masih rasa arwah ada dengan aku. Sebelum 3 hari kematian abah aku ada bermimpi yang abah meninggal sebab kena patuk ular aku terus terjaga sebab aku takmau terjadi betul-betul benda tu.
Bila sampai hari 26 December jam pukul 8:00 malam, masa tu aku tengah bersembang dengan kakak aku di ruang tamu tiba-tiba kawan abah ku mai rumah aku pelik lah sebab time tu abah belum balik kerja aku pun gitau pakcik tu abah ku belum pulang.
Pakcik tu suruh kami keluar, kakak aku keluar dulu bila aku keluar pakcik tu suruh aku banyak bersabar dia bagitau abah aku dah takdak selepas asar dia meninggal dekat tempat kerja. Aku rasa macam nak luruh jantung kenapa mimpi tu jadi kenyataan aku takmau abah aku tinggalkan kami.
Aku terasa macam mimpi jaa cepat sangat benda ni jadi abah aku tadak sakit apa langsung pagi tu sebelum dia pi kerja aku tengok dia okey jaa, sebab tu aku tak percaya macam cepat sangat benda ni jadi.
Selepas pakcik tu bagitau aku dengan kakak aku terus menangis rasa macam tak percaya, aku call mak aku suruh dia balik dari tempat kerja tapi aku tak bagitau sebab takmau mak balik dengan keadaan panic, aku call abang aku suruh balik sebab dia pun tengah bekerja. Pakcik tu suruh kami pi hospital sebab nak buat bedah siasat.
Bila semua dah sampai rumah baru aku bagitau mak memang terkejut sampai hari ini masih tak caya. Kami terus pi hospital settle apa patut doktor sahkan abah aku meninggal sebab saluran paru-paru sebelah tersumbat. Mak suruh aku dengan kakak balik dulu kemas-kemas rumah sebab satgi depa nak hantar mayat dekat rumah.
Bila mayat sampai jiran-jiran aku pakat mai rumah, aku tak tengok lagi muka abah sebab tak sanggup. Aku rasa macam abah tengah tidur jaa sebab pagi pi kerja tiba-tiba malam dah tadak. Memang semua orang terkejut tak percaya sebab dok sihat elok tiba-tiba meninggal.
Lepas subuh baru aku baca yasin untuk abah sambil air mata mengalir. Abang aku tak tidur malam tu teman abah aku sambil dia mangaji, dia sorang anak laki mesti dia terasa lagih sedih.
Pagi Jumaat masa kafan tu aku tengok abah aku wajahnya bersih senyum nampak tenang jaa, itu kali terakhir aku tengok dan cium abah aku. Semua orang menangis dengan pemergian abah. Tapi aku bersyukur Allah tak seksa dengan kesakitan di dunia Allah permudahkan abah untuk pulang ke rumah barunya. Kubur abah pun sebelah kubur tok aku, mak abah.
Patutlah masuk tahun 2019 aku tengok abah banyak berubah dia solat 5 waktu selalu bangun tahajjud ku tak sangka rupanya abah dah dapat rasakan tahun 2019 tahun terakhir.
Tahun ni abah selalu ada dirumah buka puasa dirumah sebelum ni di tempat kerja. Setiap malam mesti buka surah dan ceramah tanpa jemu, aku pula suka judge abah aku buat alim tapi sebenarnya ada sebab dia berubah, YaAllah berdosanya aku.
Aku rindu dengar suaranya, bila aku keluar selalu call tanya bila nak balik, selalu tanya dengan sapa, aku rindu semuanya. Abah takdan tengok kami 3 orang kahwin, kenapa abah pergi aku masih tak boleh terima selalu rasa abah ada.
Kali terakhir aku dengar suaranya sebelum petang abah meninggal abah ada call suruh tengok gerhana matahari tapi aku tak tengok pun. Aku ada check fon abah ada video muka dia tengah tengok gerhana matahari, video tu menjadi kenangan bila kami merinduinya.
Selepas beberapa hari kawan abah mai rumah dia cakap hari ini sebenarnya nak pi tengok ceramah ustaz kegemaran arwah dekat baling tapi tak sempat.
Kawan abah ada cakap nanti abah umur 55 tahun dia nak bawak isteri dan anak-anak pi umrah tapi semuanya tak sempat. Aku sedih aku banyak buat salah dengan abah, aku tak sempat mintak maaf.
Hanya doa yang dapat aku kirimkan semoga Abah tenang disana dan semoga rohnya kalangan orang yang beriman, amin. Adik sayang Abah.
– Maria (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit