Hai semua. Maaf kalau cerita aku berterabur sebab aku tak pandai sangat nak bercerita.
Nama aku Lili (bukan nama sebenar). Aku nak ceritakan tentang abah aku.
Aku bukanlah nak buka aib abah aku tapi aku sekadar nak meluah. Aku sangat trauma dengan abah aku sendiri.
Masa aku kecik2 masih budak dalam umur 8-9 tahun.. tidurpun dekat luar sebab rumah aku masa tu ada 1 bilik sahaja.
Dan aku kena tidur diruang tamu depan tv dengan kakak aku. Manakala adik2, ma dan abah aku tidur dalam bilik.
Aku fobia dengan abah aku sebab tengah2 malam abah akan pasang DVD lucah. Dan tonton sambil melancap.
Walaupun abah alihkan tv menghadap ke arah lain tapi masih dengar walaupun abah slow kan volume.
Abah aku memang seorang yang gatal nampak perempuan pakai ketat2 mesti dia akan snap gambar senyap2.
Dalam telefon dia penuh gambar2 perempuan yang pakai seksi. Kalau anak jiran aku datang rumah dia suka perati je atas bawah lepas tu snap gambar.
Ya Allah aku sangat malu dengan perbuatan abah.
Kalau pergi mana2 aku tak ajak abah aku,aku keluar dengan mak aku je sebab pernah bawak dia tapi keje nya snap gambar orang je.
Abah aku dah tak kerja. Duduk rumah tidur bangun makan je keje nya dan layan tiktok perempuan gelek2.
Kalau aku tengah tidur atau baru lepas mandi dia akan masuk cam gitu je dalam bilik aku katanya nak ambik baju la apa la.
Naik menyampah banyak kali kena macam tu. Benci. Meluat!
Tengok benda tak senonoh depan anak aku. Ajar cakap bukan2.
Ya Allah aku stress setiap kali balik kampung, aku balik kampung sebab nak tengok mak aku je..
Mak aku sakit kencing manis, jantung dan ada buah pinggang tahap 4. Semua kerja rumah mak aku dah tak larat nak buat.
Bila mak aku mintak tolong dia buat apa2 kerja dekat dapur mesti diherdik nya mak aku.
Kesian mak aku dengan luka dikaki belum baik. Semua kerja rumah mak aku yang buat.
Mak aku selalu call nangis2 ngadu dekat aku. Bila aku balik kampung bukan main rajin ye depan anak2. Bila anak2 takde dia hambakan mak aku…
Aku dah makin hilang hormat dekat abah aku. Aku rasa benci, jijik dan fobia dengan abah aku sendiri.
Apa aku perlu buat? Takde jalan lain ke untuk ubah abah aku ?
– Lili (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Acik pernah ada pengalaman hampir serupa.
Tapi acik bangga sama diri sendiri.
Biar dunia salah sangka.
Tapi Allah berada di pihak acik
Acik sejenis mulut lepas. Acik tak suka ada salah terus tegur.itu BUKAN derhaka.
Islam tak ajar anak kena diam bodoh biar bapak maksiat.
Acik tak pernah jatuhkan maruah bapak acik, acik tegur dia depan mak acik yang tahu perangai buruknya.
Tanggujawab acik dah lepas.
Silap kau biar bapak kau sampai tua kutuk tengok maksiat.
Acik selamba sorok dan rosakkan laptop nak bagi bapak acik stop tengok benda keji.
Perli tepat pon banyak kali.
Diam diam acik doakan supaya berubah.
Tak berubah tuh biar ja dia mampos.
Camno mak kau tak sakit.dah bapak kau syaitan bentak mak kau.
Buang saja jantan tak guna tuh dah susah tahulah dia bertaubat.
Asing mak tuh.ambil tinggal sama kau
Orang Tua gatal tuh kau kantoikan aja beritahu imam surau minta pantau dan tarik bawa jemaah jadi ahli ibadah. Takut anak orang lain jadi mangsa. Pesan pada lelaki beriman yg kuat berkuasa untuk tolong bapak kau berubah.
Kau diam, sampai mampos si tua kutuk tuh jadi babi.
Ambik telefon.biar dia guna Telefon rumah atau telephone tanpa camera dan internet padan muka tak boleh gatal