Assalamualaikum buat pembaca IIUMC sekalian. Kenalkan aku Din. Bukan Din jiran kau, bukan Din sepupu kau bukan Din sesiapa. Senang citer orang tak kenal aku lah (dah nama pun bukan nama sebenarkan). Hahaha.
Aku ada satu perkongsian yang sangat bermakna untuk lelaki handsome seperti aku. Aku memang pencinta wanita namun aku bukan buaya. (Tiberr). Huhuhu.
Korang tahu kan lelaki dengan video p0rn tak dapat dipisahkan. Lagi lagi lelaki bujang seperti aku dahlah takda bini macam mana aku nak lepaskan air yang da sampai ke otak?
Jadi bila aku tak tahan aku layanlah p0rn0 bukan layan perempuan, dah aku bukan buaya darat.
Lama-lama benda tu jadi habit. Bila aku nampak perempuan s3ksi di media sosial especially Instagram fuhh melambak awek2 s3ksi cun melecun dan di depan mata, aku jadi terangsang.
Patutlah kenapa Allah kata tundukkan pandangan! Inilah sebabnya wahai kaum Adam sekalian.
Bila tak dapat kawal pandangan maka akan datangnya nafsu jahat nak ber0nan1, nak layan video p0rn0 dan berzina. Dah tak tahan sangat bini pulak takda dan aku pelik macam mana pulak si suami yang ada bini tapi still makan luar? Aku tak faham why.
Korang yang dah berbini boleh lepaskan hajat pada bini tapi pada golongan yang masih bujang seperti aku ni nak lepas kat mana? Para suami patut bersyukur ditemukan jodoh, dapat merasai kenikmatan yang halal tapi nak jugak korang ‘makan luar’?
Yang orang bujang macam aku ni nak lepas kat mana? Takkan pada awek2 di luar sana? Nauzubillah sampai hari ini aku takut nak buat macam tu. Jadi kalau aku tak tahan, aku buat sndiri. Lalala. Dan disebabkan ini jugalah kenapa berpuasa itu juga sangat dituntut gaiss.
Aku pelik jugak aku ni menjaga solat, tapi habit layan video lucah aku tak boleh tinggalkan. Aku selalu tertanya-tanya pada diri aku kenapa, kenapa dan kenapa.
Aku pergi kelas agama aku jumpa macam-macam ustaz. Ustaz cakap sebab solat aku tak dapat menghalang aku dari melalukan kemungkaran which is solat aku tu tak ada Nur. Nur Solat itulah yang akan membimbing korang kepada amar ma’ruf nahi mungkar.
Jadi aku rasa aku dah cukup solat 5 waktu tapi mungkin dalam solat tu aku kurang khusyuk, tengah solat boleh pulak aku teringat hal dunia, hal lepas ni nak makan kat mana, jap lagi nak buat apa dan sebagainya.
Khusyuk inilah yang mendatangkan Nur pada solat sebenarnya dan rukun2 solat kena betul dan tertib wei. Korang da hafal rukun solat?
Berapa ramai antara kita solat laju macam kereta ferrari? Toma’ninah pun takda. Solat asal boleh je. Wudhuk pun tak sempurna. Patutlah aku rasa aku solat tapi aku tetap buat benda buruk.
Ustaz cakap kalau kita solat tapi still buat jahat, itu petanda solat kita itu tidak diterima di sisi Allah. Nauzubillah. Sedihnya aku.
Kau bayangkan kau penat-penat solat di dunia, dah rasa masuk Syurga last-last di hari perhitungan semua itu seperti debu-debu yang beterbangan. Allahu Akbar. Aku terkedu masa Ustaz terangkan.
Ustaz tanya aku, lepas solat aku buat apa? Aku cakap aku berdoa. Ustaz tanya ada tak aku berwirid berzikir, berselawat. Aku cakap kalau aku rajin. Geleng kepala beb ustaz tu.
Ustaz cakap itulah masalah aku. Bila rajin baru buat padahal benda itulah yang Allah suka. Kau buat apa yang manusia suka tapi bila part Allah suka kau malas pulak macam mana kau nak hidup tanpa dosa kalau macam tu? Macam mana kau nak hidup tenang?
Lagi sekali aku terkedu. Lama aku termenung sampai Ustaz panggil aku “Din.. Din..” Baru aku tersedar dari lamunan aku.
Ustaz pesan solat-solat juga tapi bab wirid, zikir dan selawat jangan tinggal hatta kau sedang memandu kereta sekalipun kau boleh je berzikir dan berselawat. Benda paling senang free of charges je ringan di lidah tapi kau malas jugakkan?
Dan ustaz juga pesan bila kita nak berubah, banyakkan buat Solat Taubat Nasuha sampai kau betul-betul tak buat dosa tu. Yang kaum Adam rajin-rajinkan lah diri pergi berjemaah di masjid.
Pergilah berbakti pada guru-guru agama ,masuk kelas agama, dekati orang-orang Soleh. Hakikatnya kita ini kena mengaji ilmu sampai akhir hayat.
Paling penting pilih la guru yang betul dan benar manhajnya yakni manhaj Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Pilih kawan yang baik-baik. Kalau kau ada group lucah dalam WhatsApp sila left sekarang kerana benda itu juga salah satu punca kau lagi nak bermaksiat.
“Bila Allah sayang seseorang hamba itu, Allah akan dekatkan dia dengan kebaikan dan bila Allah hina seseorang itu Allah akan sibukkan dia dengan urusan dunia dan maksiat.” Nauzubillahi min zalik.
Peringatan Ustaz paling gerun buat aku terasa di kalbu aku paling dalam. Terima kasih banyak Ustaz. Yang penting bukan Ustaz Madi dalam drama Nur.
Aku balik rumah. Aku buat Solat Taubat 2 rakaat. Aku menangis dalam sujud aku minta Allah ampunkan dosa aku, jauhkan aku dari segala maksiat dan sebagainya. Lepas tu aku berzikir dan berselawat.
Sekarang setiap kali solat fardhu aku takkan tinggal zikir Lailahailallah (33x), istighfar Astaghfirullahaladzim (100x) dan selawat ke atas Rasulullah SAW (100x)
Disamping doa “Ya Allah jauhkan aku dari zina dan maksiat.” Aku akan ulang sebanyak 3 kali doa-doa aku agar lebih mustajab (ini juga sunnah Rasulullah ulang doa sebanyak 3 kali).
Kadang-kadang kalau aku buat kerja, aku memandu, aku akan berzikir dan selawat. Alhamdulillah sudah beberapa bulan aku berjaya tak melihat video p0rn0. Aku juga da unfollowed segala perempuan2 s3ksi tak ingat akhirat tu agar lebih selamat pandangan aku.
Aku bersihkan akaun media sosial aku daripada perkara2 yang mendatangkan nafsu syahwat bergelora aku. Baru beberapa bulan pada aku ianya berhasil tapi aku berharap agar ianya menjadi kejayaan sampai akhir hayat aku.
Korang kena tahu, kalau perempuan kena jaga aurat lelaki pulak kena jaga pandangan. Jangan salahkan sesiapa salahkan diri sendiri.
Kepada kaum hawa yang suka layan video p0rn0 juga harap ini juga dapat membantu korang. Kita cuba sampai berjaya. Jangan pulak hari ini kau berselawat, berzikir semua esok kau dah tengok video p0rn0 itu maknanya kau yang kalah dengan nafsu kau.
Sambil buat sambil tahan. Allah lihat usaha dan keikhlasan kita berubah baru Allah beri jalan dan mudahkan. Aku pun sekarang cuba sibukkan diri juga pergi ke majlis agama.
Aku lelaki dan kalau aku nak jadi pemimpin yang baik aku kena ada ilmu. Kalau aku nak Allah sayangkan aku, aku kena berlari mendekati Allah. Usaha, doa, dan tawakal itu kuncinya.
Mudah-mudahan perkongsian aku ini dapat ganjaran di sisi Allah.
Doakan aku juga guys mudah-mudahan aku kekal istiqamah dan dipercepatkan bertemu jodoh yang baik-baik yang boleh sama-sama berubah ke arah kebaikan dengan aku. Abang memang dah lama mengidamkan ruamhtangga sakinah mawaddah warahmah.
Dalam Al-Quran , Allah Subhaanahu Wata’ala berfirman, artinya:-
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Mahamengetahui apa yang mereka perbuat.”
Katakanlah kepada wanita yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya.”
(QS. an-Nur [24]: 30-31)
Pergi ke kedai naik beca,
Naik beca sambil makan,
Korang dah baca,
Terima kasih diucapkan dan cubalah praktikkan.
Sorrylah tak pandai buat pantun, tapi saya pandai menjadi imam awak. Chia chia chia.
Assalamualaikum.
– Din (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit