Hai, aku Fareeda (bukan nama sebenar), hari ni aku nak buat satu confession tentang Abah aku yang selalu menjadi mangsa penipuan a.k.a scammer yang kononnya menawarkan perkhidmatan pelaburan yang mampu menjana hasil berlipat-lipat kali ganda.
Aku bukan tak pernah nasihat Abah, tapi setiap kali aku nasihat, setiap kali tu lah Abah akan kata yang aku ni tak tahu apa-apa dan macam-macam lagi lah. Abah akan kata yang nak membuktikan tindakan dia betul. Sedih tengok keadaan Abah sekarang.
Aku harap confession ni mampu bagi kesedaran dan aku harap by confession ni aku dapat feedback yang boleh aku ikhtiarkan untuk tarik Abah dari terus-terus terjerumus dengan masalah yang makin meleret ni.
Al-kisah benda ni berlaku 5 tahun lepas lagi. Jujur aku cakap, aku bukan dari family yang senang. Untuk besarkan kami 6 beradik, kadang tu Abah terpaksa berhutang dengan orang.
Jadi untuk langsaikan hutang-hutang tu macam-macam ikhtiar dah Abah cuba tapi tak membuahkan hasil.
Sampai lah tiba sayu hari tu Abah terjumpa satu iklan berkaitan satu peraduan ni yang menawarkan hadiah berpuluh ribu iaitu dari company Best Product (aku mention sini supaya ramai lagi kat luar sana tak senasib dengan Abah).
Mula-mula tu peraduan tu just bagitahu yang kena lengkapkan teka silang kata lepas tu hantar borang tu ke company mereka bu post, nanti mereka akan pilih siapa pemenang.
Syarat tak berapa nak jelas. Abah pun join. Tak sampai beberapa minggu, abah dapat surat yang kata dia hampir menang hadiah tu.
Untuk menang, abah kena buat lagi satu step which is kena beli produk dari company tu dengan harga minimum pembelian 200. Bersama dengan surat tu disertakan satu lagi buku barang product yang disediakan oleh company tu. Abah pun beli lah dengan baki duit gaji dia.
Barang yang abah beli tu sampai agak lambat iaitu hampir 3 bulan, tu pun lepas Abah minta aku call kan company tu tanya macam mana dengan barang yang abah order.
Staff company tu asyik cakap barang pre-order jadi makan masa, tapi bila sampai barang-barang tu tak sama pun macam abah order.
Aku makin rasa pelik pula dengan company tu, macam scammer jer, tapi sebabkan Abah macam okay, so okay ni tak ada lah kata apa-apa. Lagi pun tu duit dia, kang aku kata apa-apa alamat terasa abah nanti.
Abah hari-hari cerita yang dia nak gunakan duit hadiah peraduan tu nanti untuk settlekan hutang-hutang dia pluss kalau ada lebih dia nak ikhtiarkan untuk jana side income sebab dia rasa gaji dia yang bawah 2000 sebulan tu tak mampu nak tampung kami 6 beradik.
Dah lah masing-masing sekolah pulak tu, Abah jer yang bekerja. Tunggu hampir berbulan-bulan, yang abah dapat cuma surat kena beli barang lagi kat company tu.
Katanya langkah betul-betul terakhir and if abah tak beli barang tu dengan segera, maka nama abah gugur dari menyertai contest tu.
Dan ya, sekali lagi abah beli barang dari company tu. Kali ni dia letakkan syarat minimum harga barang yang abah kena beli tu 500 pulak.
Aku tak tahu apa benda yang mendesak Abah untuk buat jugak tindakan membeli barang dari company tu sedangkan sebelum ni abah sedia maklum barang yang abah order dengan barang yang abah dapat tak sama langsung,
Dan kalau nak compare barang yang company tu jual memang lagi mahal dari harga market.
Bayangkan cawan mug yang buat bancuh kopi tu, dia jual 200 ringgit sedangkan kat facebook boleh dapat barang yang sama dengan harga bawah 50 ringgit.
Dan ya, benda sama jadi. Barang yang abah order tak sampai-sampai walaupun dekat 5 bulan.
Call company tu staff tu marah-marah suruh sabar barang pre-order memang lambat. Bila aku tanya pasal kenapa barang yang diorder tak sama dengan barang yang dapat, staff tu terus matikan panggilan. Siot betul!
Aku pun bagitahulah Abah pasal company tu after aku buat some investigation lah, rupanya ramai warga emas yang kena dengan company tu.
Dengan rasa kecewa akhirnya abah stop dari beli mana-mana barang dari company tu even surat dari company tu still dihantar ke abah. Aku ingat tu lah last abah kena tipu benda berkaitan duit, tapi aku silap.
The next year, aku tengok keadaan abah makin terdesak. Nak kata dia ada masalah, dia bukan jenis yang rapat dengan anak-anak. Semua benda dia pendam and dia rahsiakan.
Ibu? Ibu pun kadang tahu kadang tak tahu. Kadang tu aku tengok abah ni nampak kusut jer.
Even nampak dia macam duduk sajer, tapi dia termenung macam fikir masalah dunia tu. Abah dah tak ada ayah dan mak, jadi apa-apa dia handle sendiri.
Then, satu hari tu aku dengar dari mulut Abah yang dia nak join pelaburan dengan modal 50 ringgit.
Aku tanya dia mana dia dapat tahu pasal pelaburan tu, dia kata dia klik link kat facebook. Oh, iklan dari facebook rupanya. Then dia pun whatsapp lah individu berkaitan untuk tanya pasal pelaburan tu.
Bayangkan happynya abah bila dapat tahu yang kalau modalkan 50 ringgit boleh dapat 200 setiap hari.
Mula-mula tu memang nampak macam betul, lepas abah register apa semua, hari first dia bagi 200. Lepastu orang tu kata kalau abah nak dapat 1000 sehari, abah kena invest lebih sikit iaitu 800 ringgit.
Abah pun pulun ya kerja siang malam nak dapatkan 800 tu. Bila dah settle payment, orang tu terus block abah. Kesian abah.
Dan sekali lagi aku berharap itu lah last abah kena tipu bab duit, dan aku silap. Itu baru permulaan rupanya. Dari *cta*x sampai ke macam-macam aplikasi trader yang digembar gemburkan boleh jana income, semua tu aku tengok habuk jer abah dapat.
Abah tak ada ilmu berkaitan pelaburan, jadi makin menjadi-jadilah dia kena scam dengan sindiket scammer skim cepat kaya ni. Berpuluh ribu duit abah habis kat sini tau. Tapi dia masih tak serik.
Hutang jangan kan sikit, tu nahhh keliling pinggang. Kalau hutang adik beradik ni aku okay lagi lah sebab boleh bayar slow-slow, ni tak. Sebabkan nak join skim-skim cepat kaya tu abah tekad pinjam Ah Long.
Gaji abah hampir separuh habis kat Ah Long, tu pun baru bayar bunga. Bila abah dah dapat duit EPF dia, dia pun settlekan Ah Long.
Aku ingat dia akan stop lah jadi mangsa scammer tu, tapi aku selalu silap. Dia tak serik. Duit EPF tu pun dia guna untuk trade yang entah apa-apa. Namun, aku tak nafikan yang dia ada ikhtiar lain.
Duit EPF tu pun dia bagi kat Along untuk buat bisnes disebabkan Along dah berkahwin tapi masih duduk menumpang dengan ibu Abah.
Bagi Abah, kalau Along mampu jana duit sendiri and menyewa rumah lain, sedikit tanggungan abah dah berkurang.
Abah ni jenis malas nak campur urusan rumah tangga anak-anak, tapi bila fikirkan suami Along yang ibarat jadi biawak hidup dalam rumah tu, maka Abah usahakan untuk Along perbaiki ekonomi dia dulu.
Sayang seribu sayang, setiap kali Abah bagi Along duit untuk modalkan Along buat bisness itu ini, Along mesti buat setengah jalan. Bukan tu je, duit-duit yang Abah bagi pun tak tahu dia guna untuk apa.
Bila aku sebagai yang tengah ni tegur Along sebab aku kesian kat Abah, alamat Along akan kata yang aku ni jealous sebab Aku tak dapat sesen pun duit EPF abah.
Ya, aku ada terasa, tapi aku tak lah jealous. Aku tegur sebab sayang. Kalau Along usahakan bisnes dia and jadi, aku rasa Abah pub tak payah nak fikir macam mana nak cari duit lagi-lagi dengan cara trade ni.
Aku tengok Abah ni jenis yang suka tengok if orang tu buat jadi, dia akan usahakan buat macam tu sampai jadi.
If Along buat bisnes jadi, aku percaya abah akan buat bisnes berbanding terus-terus jadi mangsa scammer trader ni. Kesian tapi aku tak mampu nak buat apa-apa lagi.
Aku dah nasihat tapi tak jalan. Aku rasa otak abah dah terpatri dengan kata-kata scammer trader tu sampai dia rasa tu cara terbaik untuk jana income.
– Fareeda (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Â https://iiumc.com/submit