Abah & Sebidang Tanah

Dulu… pernah kami bertekak dengan Abah.

Kami anak-anak berbuih dah kami anak beranak tegaskan kat Abah perihal tanah pusaka arwah nenek yang telah digadaikan oleh anak beranak Pak Long dan diorang pun tidak berminat untuk menjualkan tanah tu pada kami walhal kami cuba membayar lebih dari nilai asal tanah tu.

Sampai satu tahap, kami anak-anak ni penat. Penat nak berbincang dengan orang yang tak sudi. Abah pulak? Dia masih berdegil dan berkeras nak kan tanah tu semula.

Menurut dia, sepatutnya tanah pusaka tu jadi milik dia sebab dia anak lelaki tunggal dalam keluarga dan arwah nenek pun pernah kata yang dia hadiahkan tanah tapak rumah pusaka berserta rumah yang berdiri di atas tanah tu untuk abah. Untuk anak-anak dia yang lain, ada bahagian masing-masing sendiri.

Arwah nenek cakap benda tu depan anak-anak dia yang lain masa anak-anak dia berkumpul kira-kira 2-3 tahun sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.

Tapi tanpa disangka, tak ada sebarang perbincangan mulut pun, arwah Mak Long bertindak membelakangi keputusan arwah nenek dan benda ni jadi tanpa pengetahuan Abah mahupun adik beradik yang lain.

Masa kejadian tu pulak, nenek aku tengah uzur and mudah lupa. Dia mana nak ingat apa yang jadi walaupun benda tu jadi dalam hari yang sama. Yang dia ingat, arwah mak long dan pak long ada tawarkan diri untuk teman dia ke klinik.

Padahal, pada hari yang sama, mereka berbincang mulut dan mendesak arwah nenek untuk menukarkan nama geran tanah pusaka yang masih belum dipecahkan ke nama anak-anak yang lain ke nama Mak Long sebab dia sebagai anak sulung.

Kalau ikut faraidnya, bukan dia yang sepatutnya jadi penama sebab kalau ikutkan anak lelaki tunggal dalam family tu yang patut jadi waris. Tapi tak ada angin tak ada ribut, arwah mak long dan pak long terus mendesak dan pada hari yang sama diorang tekad heret nenek ke pejabat tanah.

Katanya diorang buat semua tu demi meluluskan project permohonan rumah (PPR). Katanya lagi syarat untuk untuk permohonan tu lulus adalah mereka sebagai pemohon rumah perlu ada sebidang tanah atas nama mereka untuk mendirikan rumah.

Jadi masa tu arwah nenek aku pun sign and tukar nama pewaris tu dari nama Abah ke nama arwah Mak Long. Pak long yang menyaksikan apa yang terjadi hanya diam seakan menyokong tindakkan arwah Mak Long.

Arwah Mak Long dan Pak long lepas kes dia tukar nama pewaris tanah tu arwah nenek tu kan, diorang kunci mulut sampailah rumah yang diorang idamkan tu siap di bina di atas sebahagian tanah arwah nenek.

Kalau ikutkan memang tapak rumah diorang tu dibina atas tanah yang arwah nenek janjikan untuk diorang, tapi tak sangka diorang ambik semua tanah pusaka arwah nenek termasuk tapak rumah pusak arwah nenek dengan cara menukar nama waris tanah kepada nama arwah Mak Lomg tanpa menguruskan bahagian-bahagian tanah tersebut.

Nak jadi cerita benda ni kantoi lepas arwah nenek meninggal. Arwah nenek mana lantik mana-mana peguam ke apa ke untuk annouce kat anak-anak about pembahagian harta pusaka dia. Jadi adalah beberapa orang mak cik aku (adik beradik ayah selain mak long) pergi ke pejabat tanah untuk clear about isu tanah pusaka ni.

Pada awalnya, diorang tak nak pun pergi, diorang just tanya Abah about bahagian diorang and bila Abah nak uruskan semua tu, tapi Abah mana ada duit, and dia tahu semua tu modal, jadi dia mintak adik-adik dia yang lain turun untuk ajak berbincang tapi….

Sebabkan ada rasa something yang tak kena, mak cik-mak cik aku ni terus serbu pejabat tanah. Tup tap kantoilah yang Abah bukan waris tanah tu and bukan dibawah kuasa Abah pun untuk menuruskan pembahagian tanah tu sebab kesemua tanah tu jatuh atas nama arwah Mak Long sekaligus menjadikan arwah Mak Long sebagai pemilik” tanah tu.

Maka mula lah pertikam lidah dan perang besar. Masing-masing salahkan Abah sebab Abah ni anak lelaki, nak kata jauh dari arwah nenek tak lah.

Rumah pusaka arwah nenek memang arwah bagi abah dan keluarga kecik kami tinggal disitu manakala arwah nenek menghabiskan sisa hidupnya di sisi mak su aku yang rumahnya dibina atas tanah nenek jugak cuma letaknya tak berapa jauh di belakang rumah pusaka arwah nenek.

Bila dah jadi macam tu, arwah Mak long atau Pak Long seakan jadi saksi bisu. Tak pulak nak jelaskan apa-apa sampailah beberapa tahun lepas arwah nenek menghadap Illahi tu, arwah Mak Long pulak menyusul.

Bila mak long pun dah tak ada, jadi Pak Long lah selaku suami sepatutnya perlu clearkan isu tanah tu sebab dah ada 3 buah tanah dibina atas tanah pusaka nenek which is rumah Mak long, rumah Mak su, and rumah pusaka arwah nenek. Bahagian tanah yang lain yang sepatutnya jadi milik adik beradik abah yang lain masih tak terusik.

Adik beradik Abah dan Abah cuba berbaik about isu tanah ni and diorang try hard nak settlekan isu tanah ni dengan cara tukar balik nama waris tanah tu kepada nama Abah. Banyak duit dah dibelanjakan untuk naik turun pejabat tanah tapi isu tu tak sesimple ABC yang sekelip mata boleh siap.

Dalam 5 tahun dioarng fight benda tu tapi masalah waktu tu timbul dari sikap Pak Long yang acuh tak acuh, dia macam tak nak bagi kerjasama. Sampai satu tahap, adik beradik Abah termasuk Abah dah penat nak uruskan benda tu.

Pak Long pulak tanpa segan silu cakap, “Tak apalah korang buatlah tanah ni macam milik korang even tak ada surat hitam putih”. Paham tak perasan dia macam mana???

Lepas apa yang Pak Long cakap kan tu, adik beradik Abah yang lain macam dah malas nak ambik tahu pasal tanah tu. Masing-masing prefer beli tanah tempat lain dan uruskan tanah yang mereka usahakan.

Abah pulak? Abah mana lah kata macam adik beradik dia yang lain, so dia jalani lah hidup di rumah pusaka arwah nenek dengan ibu aku macam biasa. Pagi ke petang dia kerja, balik dah malam. Kerja pun semata nak ada duit untuk kesinambungan hidup.

2 tahun kemudian ibu pulak jatuh sakit. Dr kata ibu perlukan pembedahan segera tapi kos pembedahan tu tak tertanggung oleh Abah. Abah pergi ke hospital kerajaan, tapi Dr cadangkan Abah untuk ke swasta sebab lebih cepat sebab sakit ibu tu bukan sakit biasa-biasa yang boleh ditanggug-tangguh.

Abah cuba mintak bantuan orang sekeliling termasuk adik beradik dia tapi hampa. Duit yang dikumpulkan tak melepasi pun nilai kos rawatan ibu. Nak bayar separuh kos pun tak boleh lagi. Then anak beranak abah pulak lah usahakan untuk capai bayaran kos rawatan pembedahan ibu.

Tapi tu lah… Allah lebih sayang ibu. Tak sampai duit tu cukup untuk bayar kos rawatan tu, Ibu menghembuskan nafas terakhir di sisi Abah pada Subuh hari jumaat yang mulia di waktu orang sibuk fikirkan nak beraya mana. Masa tu raya ketiga ke ke empat, aku pun tak berapa nak ingat. Tapi masih dalam waktu raya aidilfitri lah.

Dan masa ibu meninggal tu, semua anak beranak lengkap berkumpul dirumah. Niat nak buat open house terbantut. Subuh tu suram sangat. Semua seakan pasrah dalam terpaksa. Air mata tak henti-henti membasihi pipi. Ibu pergi sebelum kami buktikan yang kami sayang dia sepenuh jiwa dan raga.

Dalam Asar macam tu pada hari yang sama, jenazah ibu siap dikuburkan. Abah??? Abah dia tak menangis pun, tapi dia lebih kepada diam dan bawa diri. Anak-anak tak berani nak tegur, takut orang tua tu menangis lagi teruk dari kami.

Lepas arwah ibu meninggal pulak, setahun macam tu Abah pulak jatuh sakit. Biasalah umur pun dah dimamah usia, jadi penyakit tua mula datang. Perangai abah seakan berubah. Kalau dulu dia macam tegas and suka bawa diri sendiri.

Start dia sakit tu dia jadi macam budak-budak pun ada. Tegur sikit nak merajuk, ada yang tak kena dimata mulalah nak marah nak bebel pastu nak merajuk. Bab merayau jangan cakap lah. Sampai satu tahap, adik aku yang bongsu lelaki terpaksa berhenti kerja semata nak jaga abah.

Kami adik beradik yang lain mampu tolong-tolong bab yang lain lah macam bayar bil api air, bil wifi, belanja dapur, kos adik bongsu untuk ulang alik ke klinik atau hospital demi rawatan abah and so on lah.

Adik bongsu aku ni pulak dia ada sejenis penyakit yang menyakitkan hati which is dia jenis suka pendam sendiri. Start abah sakit kan, anak beranak Pak Long tu macam mula tunjuk taring. Diorang seakan mempersoalkan about tanah.

Siap ada sekali tu dia cakap kat adik bongsu yang diorang ada niat nak gadaikaj tanah tu memandangkan diorang nak pakai duit yang banyak atas hal-hal tertentu. Tapi tak pulak bagi tahu hal apa. Tambah diorang lagi “tu tanah mak kami, jadi buat apa nak bincang sangat dengan korang?!”.

Menyinga aku dibuatnya bila balik rumah tu sebab nak melawat Abah tapi ketibaan aku tu tak disambut dengan hal yang diingini, which is ada notis terlekat dekat pintu yang memaklumkan about pengosongab rumah sebab tanah tu akan dijual.

Family Pak Long??? Hahahahahaha…Diorang boleh berambus awal-awal tau. Dengar cerita dari Mak Su aku, diorang dah beli rumah dan tanah lain kat Johor. Taik punya perangai! Bila kitorang call apa semua memang diorang tak menjawab ya. Jadi aku and adik beradik lain pun terpaksalah uruskan perpindahan tu.

Dalam beberapa minggu macam tu, rumah pusaka arwah nenek tu dah kosong. Semua kabinet apa semua angkut pakai lori bertrip-trip. Kami pindahkan barang tu kat rumah sewa yang lebih elok untuk Abah and adik bongsu tinggal. Yang jadi masalah waktu tu is Abah tak nak pindah.

Setiap kali kami datang dia pura-pura tidur even katil bilik dia dah kena angkut, dia tidur jugak kat lantai macam tak ada apa. Adik bongsu aku pulak terpaksa layankan perangai Abah. Tapi tak lama, kami bertegas jugak untuk angkut Abah pindah.

Akhirnya Abah pun pindah ke rumah baru dia. Aku ingat boleh lah dia enjoy life baru dia. But tengok kesihatan dia makin drop pulak. Itu pun sanggup mogok lapar so on. Dia nak kami beli tanah tu.

Kami pulak dah usahakan nak beli tanah tu, tapi pihak disana macam tak bagoi kerjasama lagi dan lagi sampailah tanah tu dibeli oleh pesara polis and dijadikan tanah kebun pisang dia. Rumah pusaka tu pulak selamat dirobohkan.

Bila tahu benda dah macam ni. Mana ada adik beradik yang sanggup bagi tahu Abah rumah tu dah roboh. Sekali tu…Abah dia buat perangai which is dia lari rumah. Masa tu memang adik bongsu tak perasan langsung lah bila masa Abah bukak kunci rumah so on. Yang dia tahu Abah tak ada tu waktu Zohor.

Masa pagi hari yang sama, Abah sempat sarapan apa semua dengan dia. Bila heboh pasal Abah hilang, adalah mata-mata yang tolong tengok-tengok kewujudan Abah tu. Tup tap kami jumpa dia kat stesen bas.

Bila kami tanya dia nak ke mana apa semua siap bagi ceramah kat dia so on, dia just tunduk and cakap “Abah nak balik rumah. Rumah abah rumah kayu. Rumah tu dah uzur dah. Dulu Abah duduk dengan bini Abah kat situ. Anak-anak besar kat situ. Abah nak balik situ”.

Nangis wehhh kami anak beranak. Malam tu lepas bawak Abah makan apa semua, kami adik beradik berkumpul untuk bincangkan isu tu. Then tergerak hati nak berbincang benda tu dekat tuan tanah yang baru untuk tanah pusaka arwah nenel tu which is pesara polis tu.

Then Allah mudahkan jalan kami, pesara polis tu akhirnya jual tanah tu balik pada kami, and kami adik beradik dirikan semula rumah pusaka arwah nenek. Rumah baru, tapi konsep yang sama.

Akan kami temani abah melalui fasa hidup yang masih bersisa di rumah yang pernah jadi saksi ibu dan abah membesarkan kami. Doakan abah kami sihat ya. Kami nak bawak dia pi haji pula..

– Usrah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Baru tadi tgk video ceramah pasal dosa berpanjangan. Ustaz tu kata contohnya buat binaan atas tanah orang. Selagi binaan tu ada selagi tu bertambah dosa. ni bukan takat buat binaan. jual terus dan nafikan hak2 waris. Apa la khabar maklong tu kat alam sana agaknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *