Assalamualaikum.
Cerita aku pendek je. Bila aku rindu arwah abah aku, mesti segala memori akan terbang masuk dalam kepala. Ini cerita abah aku dan al-quran dia.
Abah aku seorang yang tersangat workaholic waktu muda dia. Memang kerja jelah. Nak-nak pulak dia kerja bahagian sales. Kadang-kadang kena entertain clients lah ape lah. So faham-faham jela dugaan macam mana. Nak2 tengah muda lagi kan. Kerja abah aku ni banyak luar kawasan. Kadang2 isnin sampai jumaat kat luar, sabtu ahad baru nampak muka.
Arwah mak pulak memang garang bab mengaji quran nih. Dari kecik sampai besar, lepas maghrib memang wajib mengaji depan dia. Disebabkan aku sekolah agama, si aku mengaji kira pass. Boleh mengaji sendiri. Kakak aku memang kena monitor.kadang2 naik tangan jugak mak aku nih bila ajar Mengaji.
Mak selalu je nasihat abah mengaji. Abah baca la yassin ke mengaji satu muka sebab nak jaga hati mak. Aku sekolah asrama, so kurang tahu aktiviti mengaji diorang ni macam mana. Tapi yang pasti mak memang rajin mengaji. Sampai tahun2 akhir mak sebelum dia meninggal aku sempat lah duduk dengan dia. Dapat lah mengaji sekali, qiamulail sekali. Allah, rindunya perasaan tu.
Lepas mak meninggal, aku sambung belajar. Matrikulasi, lepas tu sambung degree. Aku memang jarang balik rumah sebab jauh. Time tu abah kena posting kat sabah. Lagi la susah nak balik kalau cuti kejap2 je. Biar jauh, tapi kami tersangat rapat. Hari2 call. Kadang2 abah call cakap rindu nasi goreng adik lah, nasi tomato lah. Finally, dia transfer balik semenanjung jugak. Time tu aku final year. Ok lah. Boleh balik selalu.
Bila dah habis belajar, aku pun balik duduk dengan abah. Abah dah tua. Tapi belum pencen lagi. Aktiviti dia pun dah berubah. Malas nak keluar rumah dah. Selesa lepak kat rumah je. Yang paling aku suka, lepas maghrib abah akan mengaji. Ye, abah baca memang merangkak2 sebab dah lama tinggal baca quran. Nak2 lepas mak takde. Alpa sekejap dalam dunia tanpa ada orang tengok.
Kadang2 aku duduk sebelah dia mengaji sekali, dengar die mengaji betul ke tak. Ada sekali dia suruh aku tulis kat kertas macam mana nak bezakan sebutan huruf sod, tho,dho dengan yang lain sekali dengan baris. Lepastu dia selit dalam quran. Bila taktau, dia tengok yang tu je. Aku belikan quran yang ada colour2 untuk tajwid tu. Cukup suka dia, boleh tau panjang pendek. Kalau tak memang ke laut sikit lah. Dia cakap mengaji dengan aku senang sikit, masa mengaji dengan mak dulu, mak garang sangat. Haha. Mak bab mengaji memang pantang, dengan suami pun jadi bekeng.
Masa aku kerja pun, dia call tanya macam mana nak baca ayat quran ni. Aku buka lah tab, tengok ayat mana. Ajar dia baca betul2. Menangis aku kejap bila tengok kegigihan abah aku mengaji. Tapi aku seronok.
Kadang2 lepas maghrib aku suka lepak dengan abah, nanti dia cerita cerita2 yang dia baca dalam tafsir quran. Aku pun tak pernah khatam tafsir quran lagi. Abah pulak kalau bercerita memang beriya sikit. So seronok lah dengar. Macam2 lah dia cerita.
Abah pernah cakap dengan aku dulu. Abah masa muda culas nak mengaji. Bila dah tua baru sibuk nak mengaji. Abah cakap kat Allah, takpelah tak dapat pahala mengaji pun, abah cuma mengaji, nak dapat membaca al-quran dengan baik je, nak kenal huruf2 quran je. Masa tu aku dah macam empangan pecah dah. Sedih weh dengar abah sendiri cakap macam tu. Walau waktu muda dia lalai, aku bersyukur dia kembali kepada al-quran.
Masa dia sakit dekat hospital, aku tanya dia nak mengaji tak, dia cakap dia tak larat. Aku cakap takpe, biar adik mengaji sebelah abah. Nak dengar surah apa, dia cakap nak surah waqiah. Aku baca surah waqiah untuk dia. Tu yang terakhir dia dengar aku mengaji untuk dia. Lepas tu dia collapsed, aku hanya mampu baca yasin untuk dia.
Dan aku akan ingat pesanan abah jangan lalai dengan quran. Jangan sampai aku rasa perasaan bersalah macam abah sebab taknak mengaji waktu muda. InsyaAllah
Sebab tu, bila rindu abah aku baca waqiah. Sebab tu surah aku dan abah.
Al-fatihah untuk arwah mak dan abah.
~anak abah
– Anak Abah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit