Salam,
Sebelum mula, sedikit pengenalan, saya seorang lelaki, husband to a beautiful wife, and about to be a father in a few months. Alhamdulilah rezeki Allah, hidup normal, kerja macam orang biasa, hidup sederhana dan cukup seadanya. Makin hampir menjadi ayah ni, buat aku selalu cuba ingat balik zaman kanak kanak aku. cara aku dibesarkan, nilai nilai didikan aku untuk aku didik anak aku nanti. dan makin kerap aku teringat kepada abah aku.
abah aku seorang lelaki biasa, membesar di kampung di pantai timur, anak pertama kepada adik beradiknya, kerja biasa. Dari apa yang aku dengar dari pak cik dan mak cik aku cerita. abah ni disebabkan die seorang anak sulung, banyak tanggungjawab yang dipikul untuk bantu keluarga. Mak cik aku pernah cerita abah aku ni kerja ladang, jaga lembu atok aku, dan macam macam lagi kerja kampung waktu remajanya. Jadi, perangai die sedikit keras dan ego dengan orang luar, dengan anak anak pun keras jugak tapi bukan selalu. aku dan adik beradik dulu, kalau buat salah, mmg getah paip, tali pinggang, penyangkut baju jadi makanan kami. Tapi kami faham, itu cara dia dididik dan cara dia mendidik kami untuk jadi manusia yang tahu erti bertanggungjawab atas apa yang kami buat.
Sekeras-keras dia pun, ape yg anak die nak, dia akan cuba tunaikan, zaman aku sekolah kalau aku nak pergi lawatan sana sini mesti dia akan usahakan duit. Abg sulung aku mencecah je form 4 dapat handphone butterfly, aku masuk form 4 pun dapat handphone. Tapi aku tahu abah aku kerja macam mana. Gaji tak besar tapi dia akan cuba usahakan. Apa yang dia nak cuma kami tumpukan perhatian dkt pelajaran dan jadi lebih baik dari dia. Alhamdulilah semua menjadi. Nak keluar malam, jangan mimpilah. Pukul 7 tepat kene ade dkt rumah, pukul 10 dah kene tido, zaman tu WWF start pkul 10, esok bile pegi sekolah kwn kwn aku sembang psl The Rock, Stone Cold, Undertaker, Kane, Big Show tu sume. aku mampu dengar jelah, abah aku gelar TV tu setan sebab ganggu fokus ktorang belajar. Soal agama memang sangat penting, tinggal solat, merasa lah penangannye. amik wudhu laju, abah aku dgn mak aku akan suruh amik wudhu balik, dan kali ni, dorang akan tgk. Berani la mengelat, mmg pelempang naik atas belakang. Aku rasa aku paling manje dgn abah aku, sbb abg aku ni jenis bersendiri sikit. die rapat dengan mak aku. Aku mmg rapat dengan abah, sbb aku rajin picit kepala die, picit badan die semua. Dan aku je yg selalu ade dkt rumah. Abg aku selalu keluar main sukan. Aku pulak jenis suke membaca, mastika, ujang, doraemon, dragon ball tu sume berapa kali khatam dah. Dan aku ni kaki bangku, jadi dari kene bahan, duduk rumah sudah.
Abah aku ni, waktu aku remaja macam tu. aku dapat tahu die dah bernikah satu lagi, jadi rumah tangga kami waktu tu macam kucar kacir sikit. Tapi siapalah kami nak mempersoalkan takdir Allah. Mungkin ada hikmahnya. Life goes on, kami membesar dengan mak, dan mak kami ialah SUPERWOMEN. membesarkan anak anak sampai kami semua jadi orang mcm ni, mungkin itu lah hikmahnya. Mungkin juga berkat mak selalu kata “walau macam mane pun, abah tetap abah, hormat die dan sayang die” Tapi abah masih keep track pelajaran dan hidup kami walau tak duduk serumah. Nak tusyen, takde masalah, die bagi duit. yang penting result kene ngam lah. nak motor, takde masalah, tapi kalau kantoi merempit, melepak dkt divider ke, mmg depan kwn kwn tu jgk die bedal.
Masuk universiti, abah pukul canang dkt kampung, die bangga kami adik beradik masuk universiti, waktu tu dah lama tak jumpe abah, bercakap pun ikut telefon je, abah cakap die sibuk, lagipun die ade anak kecik dgn bini kedua die. last aku jumpa waktu pendaftaran uni. Dekat 3 tahun tak jumpa, satu hari abah nak jumpe aku dkt Uni sbb kebetulan die ada disitu, aku terkejut jumpe abah, Abah dlu badan besar, bermisai, sekarang kurus kering, macam tak terurus. aku tanye abah sihat tak, die kata sihat. Lepas tu dah tak jumpe dah, sampai satu hari pak cik aku call, inform abah aku masuk hospital dkt kampung atok aku. Malam tu juga mak aku ajak ktorang sume balik, bertolak malam, pagi baru sampai terus pergi wad, terkejut jumpe abah, kurus sangat2. Abah menangis minta maaf dengan mak, dengan anak anak semua. Allah je tahu perasaan aku time tu, sebak dan amat sedih sebab abah aku yang dulu badan besar, seorang yang bengis jadi kurus dan tak terurus. Bini baru die aku mmg tak nampak. Malas ambil tahu. Kami teman abah di hospital sampai abah habis operation. Lepas tu kami balik KL sebab semua dah okay. abah pun nampak ceria waktu kami nak balik tu. Lepas tu, macam biasa, call semua melalui phone sahaja. Dan adat remaja kot, kami masing masing sibuk hal sendiri, macam dah tak ambil endah tak endah dah psl abah. bile abah call je ktorang cakap.
Beberapa tahun kemudian, Bila abg aku dan aku kahwin ktorang insist abah kene ada, abah happy time tu. saudara mara semua terkejut jumpe abah dah kurus semua, nampak kusam sebab sakit. Aku nampak abah ceria sebab die happy anak anak die jadi orang, kerja bagus, macam yang die harapkan. bile abg aku dapat anak, die datang melawat, ambil gambar dengan baby semua. Time ni, abg aku yg selalu berhubung dengan abah. Aku kdg2 je die call tnye khabar semua.
tahun lepas, abg aku call aku, die cakap abah masuk hospital sebab strok, terus aku dengan adik beradik ke hospital melawat abah, abah minor strok, still boleh bercakap. die asyik pesan psl rumah rumah yg die dan mak beli untuk ktorang dan mintak ktorang uruskan kutip duit sewa sume. Die pesan dengan abg aku. time ni bini die datang dan aku dengan ikut kemarahan aku kepada penyebab punca keluarga kau porak peranda. aku cakap dkt die, tunggu ktorang balik baru die boleh tengok abah. Esoknye abah keluar hospital, kami tak sempat melawat kali kedua sbb bini die dah bawak die balik.
Sebulan lepas tu, abg aku call aku pagi2, cakap abah coma dkt hospital, terus aku semua bergegas ke hospital, tengok abah semua dah dipenuhi wayar. Doktor paru paru abah sebelah dah ada infection, buah pinggang dah rosak. sekarang bergantung dkt alat bantuan je. doktor cakap keadaan kritikal dan tengok keadaan boleh pulih atau tak. adik beradik abah dari kampung semua datang melawat, mak aku datang melawat, Mentua aku datang melawat, die masih coma. Time tu aku start contact dengan bini die untuk tnya apa yg jadi dan tnya khabar anak anak abah aku. Sekolah nak start, jadi kami adik beradik sepakat nak bantu mana yang tak cukup, tapi bini abah cakap abah dah uruskan semua sebelum die jatuh sakit. baju dah beli, duit yuran dah standby. Macam abah yang kami kenal. Ada sehari tu, hati aku kuat suruh aku pergi hospital malam tu. Jadi, aku pergi dengan adik aku, gilir2 melawat sebab dah lewat malam. Aku yg last, kebetulan ade doktor dkt situ, doktor cakap keadaan masih kritikal. Aku duduk lama dkt situ, pgg tangan abah yg lame aku tak pegang, aku bercakap dengan abah, beritahu abah psl kerja aku, hidup aku, rumah tangga aku, aku cakap aku salah sebab lama tak jumpe abah dan aku cium tangan abah banyak kali malam tu walau abah masih dalam koma. Tapi org cakap, org koma masih boleh dengar. nurse dtg nak bagi susu ikut tiub, nurse beritahu tghri tadi abah ade bukak mata, pandang sekeliling lps tu tutup balik. Aku rasa abah akan sembuh tak lama lagi, malam tu pukul 2 pagi aku keluar dari wad dengan harapan esok pagi aku dtg, abah dah sedar, sebelum balik aku pesan dkt abah esok aku datang lagi.
Pagi tu tepat jam 6, phone isteri aku berbunyi, aku tengok screen, mak aku call. aku angkat, mak tnye kenapa tak angkat phone, aku cakap lupe nak on ringer sbb smlm duduk wad aku silentkan phone. Phone aku banyak miscall dari hospital, bini abah aku dan msg dari bini abah aku. Mak beritahu yang abah dah takde, berderai jatuh air mata aku, dalam hati aku time tu penuh dengan penyesalan. Terkenang balik waktu aku kecik abah salam aku pagi2 sebelum pergi kerja, sejuk tangan die sebab die baru lepas berwudhu, teringat bunyi motor die hantar nasi lemak untuk aku makan dkt sekolah. Teringat senyum die, teringat nasihat die, teringat call die tnya psl pelajaran aku. semuanya terlintas dlm fikiran aku. Penyesalan aku waktu tu adalah aku tak sempat beritahu die “ape pun, saya tetap sayang abah” walaupun die selalu tahu sebab aku lah anak die yang call die dkt ofis tnye die ‘abah sayang saya tak” sebelum letak telefon waktu aku kecik2. Sampai hospital, aku,abg aku dan semua adik beradik lelaki aku yang berbinkan nama abah aku mandikan jenazah dengan penuh kasih sayang. Pak cik aku yg solatkan jenazah abah aku, dan kami adik beradik yang masukkn abah dalam tempat berehat die selama lamanya. Rezeki abah, kami dua keluarga berbaik, mak cakap dengan bini arwah abah ‘yang lepas tu biarlah lepas’ dan aku usap kepala adik adik aku yg masih kecil.
sekarang, giliran aku pulak bakal jadi abah kepada anak aku, aku harap aku dapat jadi bapa dan suami yang sempurna untuk keluarga aku. Semoga ape yang arwah abah dan mak ajar aku sampai aku jadi orang, boleh aku berikan yang sama dkt anak aku.
untuk arwah abah.
Al-Fatihah. Semoga abah ditempatkan bersama mereka yang beriman dan bertaqwa. In shaa Allah
– seorang anak
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit