Assalamualaikum & Salam Ramadhan. Disini aku tertarik dengan salah satu artikel, (https://iiumc.com/a-world-of-married-versi-keluargaku/).
Oh ya, mungkin kita senasib. Jujur aku cakap, aku bukanlah jenis yang suka melayan drama tapi aku tertarik dengan pengalaman si Penulis.
Here we go,
Zaman budak-budak dulu aku pernah mengidolakan bapak aku sebagai role model untuk aku cari calon suami yang baik tapi tak ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Untuk kisah aku ni aku nak korang tolong aku macam mana nak elak hujan di tengah hari tu?
16 tahun hidup aku yakin bapak aku adalah lelaki yang paling baik, setia dengan mak aku tapi masuk tahun ke-17 semuanya berubah sejak bapak aku jumpa bekas kekasihnya (sebelum kahwin dengan mak aku).
Si dia ialah janda yang meninggalkan sang suami yang berstatus penagih dadah. Masa ni aku SPM. Aku dapat tahu pom melalui mesej yang ditinggalkan tanpa dipadam. Zaman dulu mana ada whatsapp seingat aku.
Semakin hari semakin bahagia, semakin galak bercerita tentang aktiviti masing-masing melalui pesanan ringkas (ah meluat aku!).
Takde sape tahu tentang status bapak aku dengan si janda tu. Adik beradik aku sendiri pun aku tak bagitahu sebab aku taknak ada rasa benci/ralat dengan bapak aku. Biarlah jela aku yang hadap rasa ni. Kadang aku terpikir kenapa Tuhan takdirkan aku kenapa semua ni ?
2 tahun kemudian aku dapat sambung degree, tahun pertama pengajian semuanya terbongkar. Takdir Tuhan siapala yang mampu menghalangnya. Hubungan bapak aku dengan perempuan tu diketahui dengan hanya satu panggilan telefon je.
Bapak aku yang mamai ni cepat-cepat angkat call dan jawab phone kat luar rumah. Ewah-ewah dia! Tang ni mak aku dah syak.Sebab bapak aku tak pernah buat perangai laguni.
Tepat tekaan aku. Menggila mak aku marah. Cek bil phone bapak aku on the phone time dia pergi keje. Tulaa sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jugak. Aku nak mak aku tahu sebenarnya tapi pada masa yang sama aku tak nak mak aku tahu.
Aku takut jadi macam-macam. Yang aku takut tu la yang jadi sebenarnya. Mak aku serang bapak lepas balik keje. Kau bayangkan jap ea kita penat-penat balik keje ada orang ajak gaduh. Apolagi haaa drama wresling la oi.
Mak aku call time aku duk study, mengadu bapak aku naik tangan. Lepas mak aku letak phone, aku tutup buku masuk dalam selimut menangis tertido sampai pagi esok. Sedikit sebanyak tragedi tu makan jiwa mak aku, kurus.
Macam-macam cara bapak aku pujuk tapi tak jalan. Makanan yang bapak aku beli pom tak berjamah. Haa biar dia rasa sakitnya hati seorang wanita. Pernah mak aku persoalkan mana lagi kurangnya. Mak aku lawa kacukan Melayu-Siam-Cina. Kulit putih melepak.
Lama kelamaan aku prasan bapak aku dengan phone dia dah tak jadi bestfriend. Siap boleh abaikan phone tu atas meja. Aktiviti wajib mak aku tiap2 bulan adalah cek bil phone. Alhamdulilah, mungkin dah boleh tarik nafas lega di pihak mak aku.
Beberapa tahun kemudiannya aku sambung Master.
Sekali lagi bapak aku buat perangai. Mak aku tak tahu bapak aku ada scandal dengan janda yang sama. Sumpah aku taktahan dengan semua ni. Jiwa muda aku memberontak. Aku tak puas hati deria aku lagi kuat dari mak aku.
Buat perangai betul la bapak aku, ada phone lain rupanya! Siap ada password bagai. otak aku kuat bekerja. Semua nombor password bank, facebook, Email aku try match tak sesuai. Yang aku perasan ada lekat cap jari pada screen phone.
Yesss.Aku dapat bukak. Masatu aku aim 2 bende galeri dan whatsapp. Selongkar punye selongkar dalam phone bapak aku ada jumpa gambar janda dengan anak dia.
Anak dia tu pernah add aku kat facebook. Selongkar pulak dalam whatsapp Tuhan je yang tahu perangai kau ustazah. Murah. Dia try goda bapak aku melalui whatsapp. Bapak aku reply “ish ish, teruk sangat”.
Tatkala aku duk merancang nak sambung phD dan plan nak kawin tak lama lagi, lepas traweh semalam sekali lagi aku terbaca di whatsapp web bapak aku, janda tu reply “nak mengaji jap bang”. Ringan je tangan aku nak reply tapi aku pikir maruah bapak aku lagi penting.
12 tahun aku simpan kat perut rahsia ni. Aku rasa sikit masa lagi nak meletus. Gais, patut atau tak patut aku tanya dengan bapak aku pasal hubungan diorang ni?
Sebenarnya aku dah pikir masak-masak kalau aku tanya confirm la sedikit sebanyak akan terjejas hubungan kami anak beranak.
Bantu aku gais, please.
– Ucu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit