Abahku

Assalamualaikum dan hai pembaca page IIUM.. aku tak tau la andai kata confessor approvedkan ke tak luahan hati aku ni , if approve kan aku nak ucapkan terima kasih. Aku ada follow cerita yang pasal ABAH tu dan memang terkesan sangat dekat hati. Maybe kisah aku boleh jadikan pengubat rindu bagi sesiapa yang baru kehilangan abah. Aku tak nak sentuh pasal mak sebab mak ni tak terhitung pengorbanan dari awal melahirkan sampai laa dah besar panjang.So memang aku nak cerita pasal abah a.k.a ayah je.

Abah aku baru je pergi menghadap ilahi raya baru ni. Tah laa aku tak boleh bayangkan hidup aku tanpa abah. Ya Allah menangis rase hati. Abah aku dah takde , takde!! abah pergi buat selama- lamanye. Rindunya kat Abah. Sayangnye dekat abah .. Abah aku seorang yang sangat garang dengan anak- anak tapi kalau dengan org lain kemain peramahnya. Abah ak jenis bnyak borak. Kalau jumpa orang tak kenal pun abah aku tegur borak macam member- member. Abah aku walaupun nampak garang tapi penyayang. Abah tak besarkan kiteorg dgn kemewahan tapi tunjuk dgn cara dia bekerja. Abah aku kerja sendiri, kekadang ade sumber pendapatan, kekadang kurang tengok atas rezeki. Adik beradik aku ramai , so bayangkan gigihnya abah ak cari rezeki untuk kami anak beranak nak bagi cukup makan pakai

Abah takde harta. Harta arwah nenek dengan toki sesen pun abah tak dapat sebab abah aku bukan anak kesayangan cuma ada laa tanah paya sekangkang kera bukan boleh duduk pon kawasan berpaya tu pun dah jual nak besarkan kami adikberadik. Penah sekali tu abah aku cakap “bia laa bukan harta Kita, susah harapkan harta org ni”. Abah aku anak lelaki sulung , Masa abah aku meninggal dia takde tinggalkan harta Kat kami. Aku respect kat abah sebab bagus cara dia taknak bagi berebut harta pusaka. Org sekarang berebut harta pusaka sampai pecah belah keluarga. Abah aku taknak kiteorg adikberadik berpecah belah sebab harta. Duit simpanan tu ade laa , tapi aku tak ambil sesen pun. Abah, kalau la abah tau betapa sayangnya owg Kat abah, ya Allah menitis air mata bila kenangkan semua ni.

Abah banyak jasa dia pada kami. Dari kecil sampai la besar. Abah ak jenis dy kuat beleter, pot pet pot pet… Kekadang merah telinge tahan dia beleter , siap pakej maki hamun hahaha tapi aku suka wei cara dia mendidik.. dia beleter maki memang terkesan dalam hati penuh dengan nasihat. Kalau dengan mak aku tak sah kalau tak gaduh sampai ada nak lari rumah… Tu la kenangan sebenarnya dan alhamdulillah kiteorg adik beradik semua bejaya masuk universiti.Terima kasih abah.

Keluarga mak aku tak bekenan dekat abah sebab perangai abah. Belah mak aku alim sikit, kalau nak compare kan dengan abah aku memang jauh beza langit dengan bumi. Anak beranak ustat ustajah belaka. Walaupun abah aku kurang didikan agama, tapi aku suka cara abah sebab kekadang ada je sesetengah orang hipokrik alim acah acah baik padahal tak pun. Abah ak walaupun tak alim mana tapi dia punya tahap baca Quran power kau.

Sampai sekarang aku duk terbayang je abah aku , cara dia bersembang cara dia marah beleter bagi tips kerja macam macam laa , Dan kalau abah bab politik ekonomi memang no.1 . Haihhh rindu lagii abah. Abah aku hembuskan nafas terakhir dekat hospital sebab masalah kesihatan. Meninggal di sisi mak , cinta hujung nyawa abah sebab abah memang sayang sangat dekat mak . Terima kasih abah sebab jodohkan owg dengan seorang lelaki yang boleh jaga anak abah ni. Anak abah yang keras kepala. Owg sentiasa doakan abah tenang di sana, abahlah segala-galanya. Okey laa banyak nak cerita pasal abah tapi cukup sampai sini je. Kenangan terindah Allah pinjamkan dekat aku seorang abah. Terima kasih Ya Allah

– Miss S

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *