Abang Aku

Aku tak pandai sangat nak menulis ayat ni dan aku di sini pun hanya untuk meluah.

Okey, sedikit perkenalan, aku Riri (bukan nama sebenar), perempuan dan merupakan anak bongsu dalam family. Kisah aku hari ini adalah berkaitan dengan abang aku.

Untuk pengetahuan, aku ada 3 abang. Aku gelarkan Along, Angah dan Achik. Hari ini aku nak bercerita tentang Angah. Mulanya nak cerita tentang Along, tapi kalau pasal Along, 5 part pun tak habis, hehe.

Ceritanya begini, dari Tingkatan 1 lagi Angah ni dihantarkan ke sekolah tahfiz dengan harapan jadi anak yang soleh dan imam masjid.

Tapi sampai je umur dia 17/18, dia dah macam tak nak duduk tahfiz lagi. Dia buat hal di tahfiz tu dan kena buang. Lepas tu ibu daftarkan kat tahfiz lain. Baru sehari je masuk tahfiz baru, dia lari dari tahfiz.

Sampai akhirnya, ibu ayah dah give up. Dia duduk saja je kat rumah tanpa buat apa-apa. Umur dah banyak tapi duit asyik minta ibu.

Ada satu hari tu, kami nampak perubahan kat diri dia iaitu dia makin kurus dan pipinya cengkung. Kami jadi pelik. Untuk pengetahuan, tahun ni dia dah umur 21 (dan masih tidak bekerja dan harapkan duit ibu ayah).

Ada satu malam tu, kami tengah berkumpul dalam rumah dan tiba-tiba ada chat masuk kat telefon ibu, kakak, dan Along (Along tak ada kat rumah masa tu). Chat tu merupakan chat dari sebuah syarikat Ah Long. Kami semua terkejut sebab kat situ ada muka Angah tengah pegang IC.

Kami tak expect dia berbuat begitu dan anggap itu scammer. Ibu pun tanya Angah dan dengan yakinnya dia cakap tu scammer (sambil buat muka tak bersalah) dan siap ajak pergi buat report polis lagi. Kami pun ingat betul lah apa dia cakap masa tu.

Tiba-tiba nombor tu ada call ibu, dan bila ibu jawab, suara perempuan Cina yang bercakap yang Angah ni hutang sama dia. Dia cakap Angah hutang RM200 dan ibu tanya lah berapa total yang kena bayar. Perempuan tu cakap RM2800.

Betapa luluhnya hati kami bila dengar nilai yang sangat besar tu. Ibu pun cuba nego dan dapat RM2500.

Untuk pengetahuan, Angah berani buat macam tu sebab dia anggap ibu ayah kaya mampu bayar (ibu ayah cikgu SMK).

Pada 5 Mac 2023, Angah ditangkap disebabkan oleh Along yang report (Along kerja kat negeri lain masa tu). Bila buat ujian air kencing, rupanya dia positif pil kuda. Ya, pil kuda. Dan dia berhutang sebelum ni pun untuk beli benda tu.

Pada 7 Mac 2023, sekali lagi sampai chat yang sama tapi dari syarikat yang berbeza. Dan ya, dia hutang dengan 2 syarikat. Kali ni dengan jumlah yang lebih besar iaitu RM3500. Tapi kami tak boleh buat apa-apa masa tu sebab Angah dah kat dalam. Nak tak nak, mesti kena bayar juga.

Pada bulan Mac 2024, sekali lagi dia ditangkap dan kali ni direport oleh ibu sendiri sebab ibu dah tak tahan dengan perangai dia. Masa dia dalam perjalanan nak ke penjara tu pun, sempat lagi masuk satu chat dari syarikat. Kali ni jumlahnya RM700.

Untuk pengetahuan juga, pada tahun 2023 dan 2024 Angah masuk penjara tu, kedua-dua tahun itu jugalah Angah berpuasa dan beraya di dalam.

Sebenarnya banyak lagi benda yang dia buat. Ini pun aku dah ringkaskan tapi macam tak best pula sebab ringkaskan. Takpe, biar aku sebut apa lagi yang dia buat.

Dia pernah masuk bilik kakak dan ambil duit kakak, duit ibu, jual cincin ibu, duit aku, dompet Achik, jual telefon Achik dan banyak lagi.

Tipu tu benda normal. Antaranya tipu nak beli baju tapi tak beli pun. Tipu nenek, cakap ibu suruh minta duit nenek dulu sebab barang ibu sampai (masa ibu kat sekolah) padahal tak ada pun.

Sebenarnya, masa bulan Disember 2022 dia pernah kena tangkap tapi ibu bayar jamin dengan harapan dia akan berubah tapi tak. Bulan Mac 2023 dan 2024 dia masuk lagi. Dan masa dia tak ada kat rumah, hanya Tuhan je tahu betapa bahagianya kami sekeluarga bila dia tiada.

Lepas dia keluar penjara, gemuk balik sebab tak makan benda tu. Tapi dalam 4 bulan selepas tu, perubahannya sama macam dulu – kurus dan cengkung. (Perubahan ni sama lepas keluar penjara 2023 dan 2024)

Ibu dah suruh dia cari kerja tapi tak ada yang nak ambil dia sebab sijil SPM tak ada. Ada sekali tu dia dapat kerja basuh kereta dan kedai makan, tapi tak lama sebab dia buat hal kat tempat kerja.

Kami tak boleh suruh dia pergi merantau untuk cari kerja sebab dia masih terikat dengan lapor diri di AADK setiap bulan.

Kami dah penat dengan perangai dia. Apa yang kami harap sekarang, kami harap dia mati dan tak ada lagi kat dunia ni sebab masa dia tak ada, hidup kami sangatlah bahagia dan tak ada langsung masalah yang datang.

Mungkin kalau korang baca, korang rasa kami teruk sebab nak suruh dia mati, tapi kami terseksa dan derita dengan perangai dia yang lagi teruk dari apa yang aku ceritakan ni.

Cerita dari anak bongsu yang ingin bahagia,

– Riri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Astaghfirullahhh.. banyak korang sekeluarga tanggung beban disebabkan si Angah ni. Stay strong ye. Btw cerita la pulak pasal Along kau tu. Curious lak nak tau hahah

  2. actually we are in the same boat, cerita lebih kurang dengan adik bongsu saya cuma beza adik saya ambil HEROIN, after few years my family terbeban dengan Ah long, dan macam macam lagi, pecah rumah, pecah rumah jiran, pecah masuk klinik my mom, curi emas dan duit my mom, banyak lagi benda jadi, sangat sedih. 4 kali my mom jamin dia tanpa rasa kecewa kerana mengharapkan dia berubah. Now dia dekat dalam atas sebab mengedar dadah secara kecil kecilan. Sedih setiap kali jumpa dia, dan sangat berharap dia berubah bulan 11 ni dia akan keluar.

    memang kalau fikir sakit hati kita nak dia mati cpt sebab menyusahkan semua orang terutama mak ayah. tapi percaya atau tak dia jadi mcm tu pun sebab kurang perhatian, duduk jauh dengan mak ayah, kurang kasih saying, cepat terpengaruh kawan dan dari pengaruh kawan kawan. ini ujian untuk dia dan ujian untuk kita. setiap kali visi adik saya mesti saya rasa sedih tau, berharap Allah buka lembut hati dia dekat dalam.

    semua ni terjadi ada sebab, awak dan family adalah moral physical support dia, orang macam ni dorg dah tak ada sapa kecuali family. kita kena dorong dia walaupun kita taktahu adakah dorg betul berubah atau tak. btw utk Bawah pengawasan boleh je suruh dia keluar dari situ tapi kena ada surat bukti kata dia bekerja diluar Kawasan dan minta permission utk sign dekat aadk dan balai dekat dengan Kawasan dia kerja. Semoga abang awak berubah, minta doa untuk dia selalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *