Abang Aku Pemalas Hampir 15 Tahun Tak Kerja

Salam sejahtera semua, kenalkan aku Sazali berumur 30 tahun.

Confession kali ini adalah berkenaan abang kandung aku yang hampir 15 tahun tak nak bekerja.

Abang aku ini kelulusan degree dalam bidang komputer, selepas dia habis belajar. Dia sambung intern kerja kerajaan.

Kami sekeluarga ingatkan kerjaya dia akan semakin naik dan poket dia akan semakin tebal, tapi siapa sangka dia ambil keputusan untuk berhenti kerja selepas habis intern.

Kalau ikutkan dia boleh je sambung kerja kerajaan sebab performance dia pun agak bagus tapi dia ambil keputusan berhenti dan tak cari kerja. Bukannya berhenti cari kerja lagi bagus, dia duduk rumah setiap hari main laptop.

Sebelum dia berhenti, aku dengar dia ada tak puas hati dengan salah seorang staff permanent perempuan dekat tempat intern dia. Aku tak pasti sebab apa, sebab dah lama sangat peristiwa berlaku.

Berbulan bulan juga dia duduk rumah, sampai ayah aku tak puas hati dan halau dia dari rumah.

Dekat sini aku buat keputusan bodoh, aku pergi perkenalkan beberapa kawan aku yang buka kedai di pasar malam. Mereka berkenalan dan akhirnya dia kerja di pasar malam sementara waktu.

Inilah kesilapan terbesar aku buat sebabnya dengan halau dia dari rumah abang aku sepatutnya mungkin boleh belajar, kalau tak kerja hidup kau akan terumbang ambik. Jadi homeless dan nak makan pun tak ada duit.

Sebab waktu dia dihalau, dia cuma bawa beg pakaian dan tak berduit.

Tapi disebabkan aku memperkenalkan dia dengan kawan kerja pasar malam, perangai malas nak cari kerja yang lagi bagus hilang.

Ketika itu bila ditanya kenapa dia nak berhenti kerja, dia asyik cakap nak berjaya dalam bisnes MLM. Aku tak nak sebut nama company apa tapi dah lebih 50 tahun company tersebut.

Bagi aku dia penipu, kalau betul kau nak berjaya kau akan pergi jumpa orang dan cerita kelebihan produk MLM kau. Aku pernah ajak dia

“Abang, jom lah aku teman kau pergi rumah jiran ni. Kalau kau malu sangat, aku teman kan kau, bagi salam lepas itu kau ceritalah pasal kelebihan produk kau”

Tapi hampeh, dia cakap dia belum bersedia.

BTW abang aku ni introvert, pernah sekali makcik aku yang paling bongsu datang (makcik aku memang cantik, orang nya putih, gebu tapi pendek). Abang aku nampak terus tutup muka, malu nak jumpa.

Jadi aku nak bagi semangat pada dia supaya tak malu, aku nak teman dia. Tapi itulah dia yang tak nak.

Tahun berganti tahun, sekali dia macam insaf kejap. Dia nak kerja jadi rider bawa makanan, dia pinjamlah duit nak beli motor. Dalam 1-2 tahun je kerja, lepas itu sini sakit lah, dekat luar panas lah, migrain lah.

Dia dah banyak join skim itu ini, pernah sekali dia perkenalkan skim dana raja-raja melayu yang terkandas dekat negara omputeh. Keluarga aku bagi lah duit, RM1000, RM3000, aku pun terjebak bagi juga ratus-ratus.

Akhirnya kemuncak, ada seorang kawan dia datang minta duit dah berbulan kata akan dapat tapi duit tak masuk pun.

Katanya dengan invest duit usaha nak masukkan dana raja-raja ni kita akan dapat imbuhan, tapi nama pun scam mana nak dapatnya.

Ada satu lagi skim, FX united. Dulu kecoh benda ni, waktu permulaan boleh nampak lah abang aku berduit sebab ada kawan dia yang siap invest Puluhan ribu masuk under dia. Tapi sekarang senyap, duit pun dah lesap.

Nasib baik kawan dia tak salahkan abang aku, kalau tak. Tak tahu nak jawab macam mana.

Ada sekali, kawan ayah aku minat nak jodohkan anak perempuan dia dengan keluarga aku. Ayah aku setuju, sebab mungkin dengan dia ada isteri dia dapatlah berubah tapi hampeh tak juga.

Seingat aku, abang aku tak minat nak kahwin. Mungkin dia sedar, dia pemalas nak bayar makan minum anak dara orang macam mana? Jadi dia tak jadi kahwin dengan perempuan itu walaupun taaruf dah buat.

Aku ada kerja nak bagi dia, memandangkan dia duduk rumah sahaja. Tapi dia tak nak, gaji hampir RM1500 pun dia tak nak alasan dia, dia suruh aku ambil kerja itu, lepas itu dia buat nanti gaji tersebut bagi dia.

Kerja senang jaga FB page je, tapi dia tak nak sebab dia takut nak interview. Dia suruh aku ambil, untuk aku pergi interview dan nanti kerja itu dia yang buat. Alasan dia satu je, sebab dia tak nak interview.

Abang aku sekarang dah gemuk, perut dah besar, kepala dah botak. Mungkin dia malu dengan kondisi dia untuk interview. Orang yang nak interview itu pun lelaki juga adeii.

Macam-macam cara aku cuba buat, ajak pergi surau, ajak keluar tabligh tapi hampeh masih tak kerja lagi.

Sedikit sebanyak dia bawa pengaruh buruk pada aku, sekarang ni dah 30 tahun aku nampak dia aku jadikan dia contoh orang yang gagal.

Dalam otak aku, jangan jadi macam dia. Sekarang ni mak aku masih hidup boleh lah dia menumpang serumah, nanti kalau adik beradik aku dah kahwin, mak aku dah dijemput Allah. Dia nak tinggal kat mana?

Jadi daripada pengaruh buruk, aku jadikan dia contoh tak nak jadi macam dia.

BTW aku ingatkan, spesies dia ni ada dekat family aku je. Tapi bila aku venture ke luar, aku perasan ramai rupanya orang yang macam abang aku ni, dah banyak kali aku terserempak.

Ada keluarga aku terserempak, aku tengok adik beradik dia ok, berkeluarga, ada duit dan beragama tapi sampai abang dia hancur. Homeless, duduk menumpang, tinggal solat.

Aku pun tak pasti kenapa jadi macam ni, nak kata dia berdendam dengan ayah aku tak juga. Sebab dia dulu dimanjakan juga nak mainan still dibelikan.

Ok itu je confession aku, aku minta pembaca doakan aku jadi manusia berguna. Doakan abang aku berubah. Thank you for reading.

– Sazali (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

10 Comments

    • Sudah, ayah saya pandai check orang kena sihir ni.

      Dia tak ada apa-apa cuma malas berlebihan

  1. Maaf sy dah jumpa 2-3 keluarga yg ada lelaki tak function even dah berumur. Sejak dari muda diorang tak nak pegang apa2 tanggungjawab, hidup atas ihsan mak ayah, tak berani buat ape2 dan tak kisah kepada apa2. Sehariannya habis utk diri sendiri shj spt main game, tidur, makan. Ada makan, dia makan. Tak ada makan pun dia tak kisah. Apatah lagi kalau ada anak bini, memang buat tak kisah. Lelaki mcmni tak layak berkahwin.
    Walaupun diberi pelbagai dorongan dan sokongan utk memajukan diri, tetap tak akan ke mana. Malahan dia akan tarik org sekeliling utk jadi mcm dia pula. Aura negatif dia berlegar dalam keluarga.
    Lelaki mcmni tak akan berubah.. Dia akan terus kekal mcmtu sampai akhir hayat dia. Sebab dari usia muda, dia tak tau erti susah. Erti mencari duit utk sebutir nasi. Dia tau dia menyusahkan orang, tapi dia tetap tak kisah. Atau jika dia kisah sekalipun, dia tak boleh nak kick-start lagi hidup dia. Umur dah tua, badan dah gemok, tenaga dah kurang. Habis masa muda hidup berangan.

    Salah juga masyarakat Melayu selalu bersikap simpati dan sayang pd anak lelaki. Tak diajar berdikari dan jadi bertanggungjawab. Satu cara nak ajar, kena halau dari comfort zone dia. Halau dari rumah. Tukar kunci dan mangga. Percaya yg dia boleh ubah nasib diri sendiri. Beri dia tekanan sampai dia berubah. Lelaki yg bermaruah tak akan duduk diam je di rumah makan duit ibu bapa dan adik beradik.

  2. Dia kena jumpa psikologis atau psychiatrist..ramai yg mcm ni sbb low self esteem dan undiagnosed masalah mental.

    Adik aku pon ade sorang cmni weh.Dah 34 tahun da umur.Kesian pon ada tp kitorng da smpai fasa,lantak ko la labu.
    Mmg kalau pi jumpa vacancy yg lumayan kitorng offer tp hmmm pelbagai alasan tercipta ya.gitulah.

    Semoga mereka mendapat hidayah.

  3. Abang aku ada sorang macamni taktahu la lepas habis belajar ade la jugak kerja sekejap dekat kedai runcit tapi kena tipu gaji tak habis ..ambik kesempatan pulak tu.then abang aku kerja nga pakcik aku sekejap adalah dia Tanya macam mana nak buat resume masa tu umur dia 24 ..terus lepas tu duduk umah tak buat apa lepas tu last year Ada la tolong dekat sawit mak aku ,n tolong pakcik aku dekat kedai makan tapi sebab pakcik aku ambik on off ganti orang je konon tak boleh ambik bekerja sebab. Tak mampu bayar gaji last menganggur tapi yang baiknya abg aku ni cukup solat ,kalau ramdhan tu selalu pi masjid tahajud semua nga mak aku selalu jugak la tolong buang sampah uruskan umah tu je ..yg lain semua sama nga abg ko .Tapi atuk aku dh panggil org berubat ntah maybe lepas ayah aku meninggal sikit struggle nak buat semua benda sorang ..mak aku jenis kalau anak minta duit baru bagi kalau tak dia ingat ade duit hahah mana la ade duit student ..mak aku jenis lemah lembut gitu ..yg rugi je abg aku ni jenis budak pandai drpd dulu lagi mmg jadi Harapan keluarga la ..sama nga abg ko xnak kahwin makcik aku suruh kahwin pon tk Nak maybe dia tahu dia xmampu Sara anak orang..

  4. macam tu pula… kalau dilihat, kira ada byk kelebihan, ada pendidikan tinggi, ada family yg support kewangan.. apa²pun kita tak tahu rahsia Allah.. semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua.. Macam kes abang aku pula kesian, tahun ni umur dia dah 36 tahun.. dia ada diploma je, dan lepas dia habis belajar tu, macam² interview dia pergi, tapi macam susah sangat orang nak ambil dia bekerja.. entah apa kekurangannya.. kadang² macam nak nangis tengok usaha dia.. sampai skrg banyak interview dia dah pergi tapi semuanya hampa.. dia pernah sehari tu ada sampai 4 interview dia pergi tapi semua tak ada jawapan.. ya allah permudahkan urusan abgku😭.. last kerja dia, dia ada buat kerja berat dalam tahun 2020.. dan kerja cleaner.. tu pun dia diterima kerja sebab dia tipu masa interview dia cakap dia cuma ada spm je.. sbb jawatan tu perlu spm je.. tapi malang menimpa abg aku, masa dia kerja cleaner dalam tahun 2021 tu, dia terlibat pemberhentian pekerja, syarikat dia buat pengurangan pekerja sebab covid-19 masa tu… besar ujian dia.. sampai skrg abg aku masih aktif cari kerja.. pergi interview sana sini.. tapi sampai skrg semua interview tak ada jawapan.. abg aku pernah kata, ada kemungkinan dia tak diterima kerja sebab dia tak ada kenderaan sendiri dan belum ada lesen memandu.. sebab dia kata semua interview yg dia pegi mesti diorng tanya pasal lesen dean kenderaan sendiri.. tapi abg aku kata dia akan ambil lesen memandu lepas dia dah dapat kerja nanti.. tapi yg itu kami faham sebab keluarga kami keluarga susah.. ibubapa kami tak bekerja, sebijik kereta pun keluarga kami tak ada, sebab kami memang keluarga yg betul² susah… kami tak pernah salahkan dia atau kata dia pemalas sebab kami nampak usaha keras dia.. semoga dipermudahkan urusan kita semua.. amin..

    • Cuba search youtube channel Mah Bayu Engineering.

      Dia ada ambil pekerja yang kosong dalam bidang eletrik.

      Nak kerja dengan dia 5 tahun sahaja, dia akan ajar cara nak rewiring rumah, pendawaian.

      Yang penting rajin dan dengar cakap, jangan sesekali minta gaji dinaikkan.

      Kalau bagus je dia naikkan gaji, kalau hampeh dia tak naikkan.

    • inshaallah.. terima kasih.. semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua dan semoga diberi jalan penyelesaian untuk setiap permasalahan kita semua.. amin..

  5. Ada kebaikkannya dia x kahwin. sekurang2 nya dia tak meminta2 duit mak ayah sbb nak tanggung bininya. Kes abg sy lg parah, dia dgn isteri dua2 bekerja kerajaan, tiada anak. Abg sy keje sbg kerani, isteri pen.peg. tp duit mereka sentiasa xcukup. Komitmen sgt tggi kerana terikut2 lifestyle. Rumah di cyberjya 2 tingkat, kereta H. Setiap bulan, abg sy mesti minta dekat ribu2 pd mak, kerana ketidakcukupan wang. Lg parah. Andai mak sy tiada suatu hr nti… bagaimanalah keadaannya.. penat nak ckp/tegur sbb umur pun bukan muda lg, mid 40s dh. Hanya Allah tmpt berserah utk didik abg sy ni.. Mak pun dah pasrah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *