Abang Aku Pemalas Hampir 15 Tahun Tak Kerja II

Untuk part I – https://iiumc.com/abang-aku-pemalas-hampir-15-tahun-tak-kerja/

Untuk confession kedua ini pula, aku nak tambah sikit lagi berkenaan abang aku. Sebab aku terlupa nak letak dalam confession pertama.

Sekarang ni abang aku dah tak tinggal dengan kami, dia tinggal dengan kakak aku. Sebabnya kakak aku tinggal seorang diri, dia kan perempuan belum ada suami. Jadi dia takutlah nak tinggal seorang diri dekat rumah baru dia.

Hubungan kakak aku dan dia seperti benci tapi sayang, maksudnya nak halau dia dari rumah tapi takut pula duduk seorang diri dekat rumah dia. Jadi mahu tak mahu dia terpaksa juga tinggal dengan abang aku

Dalam rumah itu ibarat syurga buat dia sebab tak ada mak aku untuk membebel, dia ada akses internet, dia boleh mandi ikut suka hati dia. Mula mula dia nak bayar sewa rumah, sekarang ni langsung tak nak bayar sewa rumah.

Korang faham kan, betapa rumitnya kehidupan kakak aku terpaksa bela biawak hidup.

Buat masa ini terpaksa juga bagi tinggal free sebab kakak aku tiada suami. Kakak aku ni pula jodoh agak sukar nak melekat, usaha pun dah buat tapi masih belum jumpa jodoh.

Yang kedua berkenaan arwah ayah aku, dia dah meninggalkan dunia.

Ini kisah ajaib, ayah dan abang aku tak ngam sebab sikap pemalas abang aku. Tapi waktu ayah aku tengah nazak dia lah yang tolong jagakan, pergi hospital teman ayah aku sampai dia meninggalkan dunia.

Aku ingatkan lepas arwah ayah meninggal dia akan insaf dan nak berubah tapi tidak. Aku siap cakap dekat mak aku lagi,

“Dalam keluarga ini, rasanya abang yang sulung tak akan kahwin. Dia tak minat nak kahwin,” Umur dia pun nak dekat 40 tahun.

Ok ada juga komen aku baca, abang kau kan suka tengok laptop agaknya dia main forex dapat banyak duit.

Tolong lah, kalau dia dapat banyak duit dia akan bagi pada mak aku. Macam sebelum ini dia main FX united (forex) dapat banyak duit dia bagi mak aku, lepas itu siap sembang nak beli rumah, siap melawat lagi kawasan rumah banglo untuk beli.

Yang dia buat dalam laptop tersebut tengok drama korea lah, apalagi. Forex memang ada main, tapi kau ingat boleh kaya ke dengan forex ni. Sekadar cukup lah nak dapat RM 200 setiap bulan gitu.

Satu lagi, korang mungkin tertanya pasal makan minum.

Abang aku jenis kalau ada makanan dia masak je, aku beli air coca cola. Selamba gula dia je buka lepas itu minum tanpa izin. Dia lapar, ok tak apa maggi pun cukup. Kalau ada makanan sedap, telur ke, daging burger ke, dia akan masak lepas itu makan.

Mungkin ada yang tertanya, kenapa tak sambung je halau dia.

Well, ini agak sukar juga nak cakap. Mahu tak mahu dia darah daging juga, dulu dah pernah halau tapi masih tak berubah. Masih malas nak kerja, daripada tengok dia hidup merempat better duduk je kat rumah.

Lagi pun kalau duduk kat rumah, solat dia terjaga. Kalau duduk bawah jambatan, silap haribulan dengar berita mati lemas.

Aku pun dah pernah tengok, kesudahan orang yang kena halau dari rumah. Bukannya dia cari kerja, tapi jadi lagi teruk.

Ini kisah beberapa tahun lepas, aku pernah nampak real orang kena buang dari rumah

“Wei Fulan, kau dah kena halau dari rumah?”

“Ya pakcik”

“Sebab tak kerja ke?”

“Ya betul, sebab tak kerja”

5 tahun kemudian aku jumpa orang yang kena halau, kehidupan jadi lagi teruk. Minta sedekah, pakaian selebet.

Jadi sebab itu kami biar je dia duduk rumah, dah malas nak fikir pasal dia. Sebab sekarang pun dia dah sakit-sakit, gout, migraine, demam, pening. Umur dah nak 40 asyik duduk rumah memang cepat lah penyakit datang.

Aku pernah cadang sama-sama buat content tiktok, kita jadi macam kanafly ke. Tapi dia tak nak, nak buat macam mana.

Aku sekarang pun dah malas nak fikir pasal dia, yang aku fikir adalah diri aku sendiri. Aku dah penat bertumbuk, bergusti dengan dia, lawan mulut. Sekarang aku mau tenang, healing.

Disebabkan perangai abang aku, dia kan anak sulung jadi sedikit sebanyak ada kesan pada diri aku.

Bila aku masih muda umur belasan tahun nampak dia buat perangai, aku pun terikut ikut. Disebabkan dialah. Aku tak ada ijazah, sebabnya aku rasa buat apa aku nak sambung belajar, aku tengok abang aku ni teruk je kehidupan dia.

Sekarang dah umur 30 tahun merasalah kerja tanpa ijazah huhuhu. Ni pun aku nak sambung balik belajar, nasib baik belum kahwin kalau tak. Tidak tahulah apa jadi pada diri aku.

Aku tak salahkan abang aku, sebab aku perasan bila kita salahkan orang lain, kita masih di tempat sama, jadi aku gunakan masa untuk salahkan orang kepada upgrade diri.

Satu lagi lupa pula nak cakap, ada yang tanya tak bawa berubat ke?

Well ayah aku dia ada ilmu berkaitan nak buang sihir, abang aku ni dia tak kena sihir. Dia cuma malas berlebihan sahaja.

Dia jumpa kawan sekolah dia, kawan dia siap perli dia depan mata pun dia buat tak tahu. Mungkin disebabkan selalu kena perli, dia jarang hubungi kawan sekolah dia.

Dulu waktu belajar dekat universiti, selalu juga dia hubungi kawan dia. Siap kawan dia datang ke rumah lagi.

Aku pun dah penat malukan dia depan orang orang tabligh, siap aku rasa berdosa sebab mengumpat dan mengaibkan dia. Padahal aib orang kita tak boleh cerita.

Cukuplah, sampai disini aku malas nak fikir pasal dia dan nak cakap keburukan dia pada orang lain.

– Sazali (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Oknla dia dok ngan akak buleh la temankan kat rumah tu, asalkan dia tak pengoto takde hal takat nk sedia makan minum dia. Sepupu aku ada mcm ni, da degree tapi xmo keje sebb takut hadap org, nasib baik dia lawa ada la laki amik buat bini. Cian parents la ingat susah boleh senang tp anak xmo keje terus kawen. Bg aku x amik dadah tak minum ketum, tak amik batu, aku rasa ok je abg ko. Nk buat camno dah dia tak minat keje, ada la tu benda jd kat hati dia yg membuatkan dia jd mcm ni

  2. Ntahler…Abang aku mcm ni jugak. Malas nak burukkan adik beradik sendiri. Satu je aku fikir, yang penting x hisap dadah, x gila ( yg ada delusi sampai bunuh family sendiri).

    Kau pun satu, dah tahu abang kau tu dah lama x hadap orang, dah kenapa suruh dia buat content tiktok. 1 dunia kot tgok 🤣. Orang dah lama x kerja, mestila low confident.

    Mcm nila, kau setup family bisnes, kau suruh dia buat kerja behind the scenes, kerja yg x payah nak hadap orang. Aku buat cmni, lama2 abang aku tu hidup dia mcm terurus sikit. Mungkin sbb dia dah jumpa sense of purpose dalam hidup dia. Alhamdulillah jadi orang jugak akhirnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *