Apa khabar semua? Hari ni saya nak ceritakan pasal abang saya.
Abang saya ni macam tak ada perasaan langsung. Umur dia dah 33 tahun tapi masih bujang.
Dia sangat strict. Macam aku nak pergi kerja kasut berhabuk dia memang akan bebel 5 guni.
Dia kalau balik rumah kalau pinggan mangkuk di dapur dia tak bagi orang lain basuh tapi dia yang basuh.
Susun pinggan pun macam pembaris dah.
Tudung aku pun dia yang gosok dia kata sakit mata tengok cara aku gosok. Aku tak tahu lah dia bawa budaya askar dia tu.
Kalau bab masa memang sharp giler. Kalau dah berjanji pukul 6.30 gerak 6.20 dia dah tunggu aku.
Paling dia pantang kalau iron baju tak ikut kehendak dia… padahal baju aku kot.
Adik bongsu aku kalau pergi sekolah dia balik cuti dia lah yang cakna iron seluar iron baju siapkan kasut.
Tapi dia tak pernah pulak marah adik aku kalau balik comot..
Kalau dia takde rumah aku rasa lega… Tapi tu lah kadang sunyi jugak.
Kalau dia balik dari dapur ke luar semua dia urus… Masak dia yang buat… Kalau buat lauk mesti sekali makan sahaja.
Contoh kalau lauk tengah hari, dia masak sekali je… Kalau makan malam dia masak menu lauk lain.
Dan dia akan paksa habiskan kalau makan tak habis. Kalau tak habiskan konfem dia bebel..
Aku pergi kerja pakai kasut kulit… Malam2 dia lah yang kilatkan kasut aku bersihkan kasut aku. Dia cakap sakit mata tengok kasut tak kemas.
Kalau bilik dia, takde sape pun di benarkan masuk.
Ade sekali aku masuk dia punya katil kalah hotel. Baju dia lipat pun tersusun ikut line warna. Kalau warna hitam semua hitam..
Kalau balik rumah cuti baju mak aku ayah aku dan baju aku dia yang lipat.
Dia selalu cakap. “Cara lipatan kau tak ikut standard aku… aku tak suka sini aku lipat”
Adakah dia ni ada penyakit perfectionist adakah budaya askar ni ajar skema sangat…..?
Dia tak pernah naik tangan dia ni kuat bebel…
Siapa ada abang atau keluarga macam ni?
Persoalan dari aku… Adakah budaya askar macam ni?
– Izah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Ye mmg mcm tu. Laki aku askar jgk kdg kdg pening nak ikut standard dia. Last last mmg bagi dia je la buat. Tapi tu la mmg sejenis ya suka membebel tak tahan 😂 Part punctual tu mmg samaaa, kalau dia ckp nak pick up pukul 5 pukul 430 lagi dia dah whatsapp “Syg siap sedia jam 1655 dah pacak bawah ya ready jam 1700 tayar golek” 😂😂
Klu aku seronok dpt abg gitu biar kan je dia buat semua, kita tahan telinga je lah 😂😂