Untuk part I, (https://iiumc.com/abang-aku-robot/).
Apa khabar semua, abang aku sedang cuti lepas balik operasi. Dia ada dekat rumah.
Macam biasa lah tudung aku yang pergi kerja dia ironkan, kasut aku dia kilatkan, sambil tu dia tazkirah pasal masa lah, pasal kekemasan lah, pasal rajin malas lah.
Aku ini hanya menadah telinga sambil tengok dia buat.
Kebetulan adik bongsu aku ni pergi main bola dah pukul 6 tak balik lagi. Aku chat balik cepat sikit along ada rumah.
Balik sahaja adik aku dia bebel lah.. mak aku pulak batu api kata selalu main balik lewat dah maghrib baru nampak muka…
Tahu2 je esok tu basikal adik aku yang selalu naik tu di gantung nya atas atap rumah, 3 hari tak naik basikal pergi bermain luar.
Ada satu hari tu aku teringin nak makan nasi lemak… Sengaja bangun awal nak pergi beli… Tengok2 je dia duk menggaul nasi goreng dekat dapur, sambil tu duk cakap,
“Lain kali habiskan makanan jangan membazir ingat kita ni anak raja ke apa” sentap giler aku teguran aku dapat.
Tapi tu lah dia tu poyo nak mam**s.
Time rehat atas sofa buka youtube dengar lagu dangdut. Aku tak faham selera apa dia ni dangdut dia dengarnya.
Setiap kali adik aku mengaji dengan dia konfem menangis adik aku. Aku ni cepat kesian, aku nak kata tegas tak bertempat takut aku salah.
Teman lelaki aku datang rumah untuk kenal keluarga aku, soalan pertama dia tanya… “Kau dah pergi kursus kahwin belum?”
Kau kenal adik aku berapa lama? Berapa kali kau jumpa dia? Kau keluar dengan dia berdua ke ber tiga?
Teman lelaki aku jawab dengan tenang walaupun gugup..
Antara kata2 abang aku ni, “aku tak nak dengar apa jadi2 dekat adik aku, kalau aku tahu kau keluar berdua. Sekali dua2 aku bantai..”
“Kakak! Mulai hari ni belajar masak, takkan nanti laki kau nak makan maggie je”
Yang pelik mak aku bapak aku gelak tapi abang aku ni sikit tak ada reaksi muka macam perasaan tu mati dah.
Biasa abang2 tanya kerja apa gaji berapa, tapi soalan pertama “kau dah pergi kursus kahwin belum?”
Nampak macam nak sangat suruh aku blah dari rumah ni.
Antara rutin cuti dia adalah lipat baju sambil tengok tv, masak sambil buka radio atau pasang dangdut,
Kemas rumah sambil bebel, iron baju aku sambil bebel, yang paling aku jadi macam rimas, setengah jam sekali sikit2 sapu rumah.
Kalau malam tidur pukul 12 malam dia duk cuci jamban sapu rumah susun pinggan ikut standard dia.
Kereta aku pun dia duk tegur bagai last2 dia cuci dia kata sakit mata tengok aku cuci kereta cara aku. Sampai dalam habis dia duk vacuum lepas tu bebel.. Padahal kereta aku kot…
Entah lah tak faham spesis robot ni.
Btw dia berpangkat kapten, tapi time anak buah dia datang rumah hantar barang, aku sempat tanya diaorang abang aku tempat kerja macam mana.
Diaorang kata ok je baik je, entah lah mungkin dia sengaja sembunyikan kot.. aku tak percaya depa tu.
Aku harap dia tu lekas kahwin biar dia tahu perempuan lagi berkuasa kalau di rumah…. hehe.
– Izah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Bila baca kdg rasa lawak pun ada, rasa stress pun ada😅😂 haih bertabahla sis..
Teringin nk rasa ada abang mcm ni hahaha
Best baca cerita ni, update lagi next time.
Aku rasa abang ko ni lah contoh abang yang bertanggungjawab. Bersyukurlah ada abang yang caring mcm tu. Nanti kalau ko dah kahwin, ko akan teringat balik nasihat abang ko n rasa berterima kasih sangat dia pernah nasihat ko macam²