Untuk part I, (https://iiumc.com/abang-aku-robot/).
Untuk part II, (https://iiumc.com/abang-aku-robot-ii/).
Semalam aku dapat miss call 7 kali. Rupanya si sulong call.
Aku asalnya takut nak angkat sebab takut kena bebel berguni nanti.
Tapi aku gagahkan diri aku angkat call.
Mulanya dia bebel dahulu kenapa aku tak angkat call, macam biasa lah dia suruh buang telefon tu kalau tak nak angkat call, sebab ada telefon buat apa.
Lepas tu dia mintak tolong dengan aku. Dia tanya lusa free atau tidak. Aku pelik tanya kenapa.
Dia mengajak aku pergi majlis makan malam rejimental dengan pasukan. Dia kata setiap officers perlu bawa pasangan tanpa gagal.
Jadi dia mintak tolong aku ni jadi pasangan makan malam beradat tu.
Lepas tu dia balik rumah dia siapkan baju seragam makan malam tu. Aku nak sebut aku tak tahu. Sekali kasut kilat dia tu.
Aku pergi rumah di kuaters dia tinggal sorang. Dia suruh duduk dulu sebab ada hal kerja.
Aku masa lepak rumah dia. Aku takut sangat nak pegang, hatta nak duduk buka tv pun takut sebab kalah hotel dia kemas.
Maghrib sahaja dia suruh mandi, pakaian semua dia dah siapkan aku hanya pakai sahaja. Lepas tu aku dengan si sulong ni lah bergerak ke hotel.
Dalam kereta dia ada cakap yang datang ni kerabat di raja dan dato2 panglima.
Dia cerita cara nak duduk cara makan, dia cerita lah antara adat dan etika secara ringkas. Lepas tu dia diam.
Aku hanya main phone scroll insta. Dia macam biasa buka dangdut dia tu.
Tapi muka dia sikit tak ada reaksi. Sampai di hotel parking kereta aku dengan dia berjalan di lobi dan pergi daftar nama.
Lepas tu dia cakap pergi duduk dengan geng2 bakat dekat ruang menunggu.
Aku mulanya tak tahu bakat tu apa.. Rupanya persatuan bini2 askar. Geng2 bakat ni terkejut lah aku ni siapa ahli baru ke.
Masa tu aku berkenalan dengan mereka aku kata lah yang aku teman abang aku kapten D ni.
Suasana makan malam beradat tu sumpah aku rasa macam terkejut. Makan ikut musik. Kalau musik habis maknanya berhenti makan. Sebijik macam British style.
Makanan pun sikit giler. Rupanya macam ni majlis makan malam rejimental.
Lepas tu habis makan malam diaorang ada nyanyi, tapi abang aku ni dia tak berapa minat. Dia just duduk sebelah aku sambil tengok2 je.
Dia ada cakap dekat aku. Kakak kalau kau tak malu pi lah nanyi… aku hanya gelak kecil, tapi dia tu sikit tak gelak.
Aku buat lawak bodoh pun dia tak gelak, dia macam biasa tak ada perasaan.
Entah lah aku tak faham. Adakah wayar kepala otak dia dah putus kot.
Tapi jujur aku cakap. Dia ni dah banyak berkorban dekat adik2 dengan mak ayah.
Dia selalu cakap.. Aku susah tak apa, sebab aku pernah rasa susah. Aku tak nak adik2 aku susah.
Jarak aku dengan dia pun dalam 5 tahun. So masa aku zaman sekolah pun dia jarang ada rumah sebab sibuk kursus, sibuk operasi semua. Jadi aku dengan dia kurang bercakap.
Tapi aku tengok gaya dia ni macam nak rapat dengan adik2 tapi mungkin dia tak reti kot. Ataupun dia ego. Entah lah.
Maaf ye akak2 semua. Saya kongsi ragam abang saya ni bukan nak menunjuk dia terpaling baik. Nak kata dia baik… Takde pun, sebab kuat membebel sampai bernanah telinga.
Cuma saya nak share itu lah dia pewatakan abang sulong ni.
So yang mana jadi anak sulong aku respect lah dekat korang….
– Izah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Dik abg ko single lagi tak? Berkenan;)
mmg pattern gitu sojer2 ni :)