Abang Aku Robot IV

Untuk part I, (https://iiumc.com/abang-aku-robot/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/abang-aku-robot-ii/).

Untuk part III, (https://iiumc.com/abang-aku-robot-iii/).

Apa khabar gais. Hari ni jom kita membawang Si Robot Sulong aku.

Masa majlis tunang aku, si abang aku ni balik. Macam biasa lah mak aku call dia, dia cakap aku nak tunang lusa.

Si abang aku ni jawab relaks je, ok je.

Lepas mak aku tutup call selang 2 minit dia call aku. Belum sempat bagi salam dia dah sound aku. Lain kali petang nak tunang pagi tu lah baru call.

Aku hanya diam sahaja. Aku dah siapkan diri aku untuk di tazkirahnya…

Esok kan harinya. Dia sampai rumah dengan uniform dia tak buka. Kebetulan mak cik aku nenek aku dah ada. Rumah duk buat persiapan.

Mak aku tanya berapa hari cuti. Dia cakap dia dapat cuti 4 hari je.

Dia pergi masuk bilik tukar pakaian terus pergi dapur buat persiapan.

Dia lah duk membantu masak untuk belah lelaki datang nanti. Sirih junjung untuk balas pihak lelaki dia lah yang buat.

Masa nak pakai inai takde. Dia lah pergi kutip daun inai tengah2 malam.

Masa tu mak cik2 aku bergurau lah. Si adik dah si abangnya bila? Dia tengah menyiang bawang tu macam takde perasaan dia buat muka bodoh tu.

Lepas tu mak aku tanya lah abang takde calon ke?

Dia cakap lah dia dari zaman sekolah mana ada awek. Zaman remaja dia busy dengan belajar. Lepas tu zaman masuk askar dia busy dengan kursus.

Dia tak pernah bercinta sampai sekarang. Sikit tak pernah.

Mak cik aku pun cakap lah, kalau lambat kahwin siapa nak jaga makan pakai? siapa nak teman?

Dia dengan selamba je cakap. Kalau makan masak sendiri. Kalau pakai semua dia urus sendiri. Setakat ni tak ada rasa sunyi. Selama ni dia single hidup je.

Dia ada cakap soal jodoh ni biar lambar asal selamat. Dan buat masa ni dia tak pernah terfikir pasal awek. Dia bagi lepas adik2 dulu.

Dia ni macam biasa lah dia punya detail tu kalah perempuan macam aku ni.

Kalau bab buat sirih jujung tu, dia lah sorang2 duk buat duk hias. Sampai inai aku pun dia duk repair. Aku pun pelik dia ni belajar dekat mana ek.

Bacaan doa majlis dia lah yang tukang bacanya. Tapi masa majlis ayah aku dengan dia lah duk tengok cincin belah lelaki lepas tu bincang bila tarikhnya.

Ayah bagi peluang untuk abang aku bercakap atau berpesan,

Ayat dia sangat deep lah masa majlis tu.

“Di fasa tunang aku nak kau dan adik aku ni banyak sabar. Sebab tunang adalah ujian sangat besar, walaupun kau status bertunang aku tak nak kau pergi mana2 berdua.

Nanti kalau kau dah sah bawak hujung dunia sekali pun aku tak kisah. Aku dapat tahu je korang duk berkhalwat ke apa ke berdua.. dua2 aku bangtai”

“Dan kau kakak.. kau tu dah tunang orang, jangan nak menggatal. Kau pulak bakal adik ipar aku ni, waktu tunang ni sabar banyak2 ada masa pergi kuliah masjid pergi belajar ilmu agama sebab kau lepas ni jadi ketua keluarga ni.”

Semua masa tu diam ayah aku diam mak aku diam dan semua jadi sunyi.

Lepas habis majlis tunang dia lah yang mengemas dari A sampai Z, dia lah yang bungkuskan lepas tu bagi dekat jiran2.

Dia ada ajak kawan dia dengan anak buah dia makan dekat rumah. Siap bungkus kan bagi dekat member kem dia.

Kawan2 dia ada lah berseloroh. Suruh dia cari awek sebab adik dah running tunang dah. Dia hanya senyum sahaja.

Bila habis majlis semua. Esoknya kan tu on the spot dia balik kem sebab ada urusan kerja katanya.

Style dia selagi tak habis kerja tak akan blah. Bila dah settle semua baru dia blah.

Habis semua kemas ikut standard piawaian dia, dia mandi packing baju dan terus pergi kem dia. Aku pun tak tahu bila lah dia berehat.

Aku dapat rasa dia ni memang tak ada pasangan..

Aku harap ada lah sudi jadi kakak ipar aku. Biar dia tahu ada bini ni macam mana. Silap2 tudung bini dia nanti dia yang tolong ironkan. Silap2 dia yang tolong make up kan bini dia.

Nanti aku akan citer macam mana dia jaga mak cik aku berpantang masa dapat baby kecil tu. Kalah mak bidan…

– Izah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Nnti kalau abg sis dh kahwin harap sis update dkt sini jgk sbb teringin nk tahu reaction kakak ipar sis tu mcm mana🤭

  2. Dik akak pandai masak air, nnti bgtau kat abg ye..hahaha…semoga ada sambungan cerita ni lagi 😌

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *