Assalamualaikum semua.. Sebenarnya saya tak tahu mana nak tuju dan rujuk. Buntu jadinya.
Saya ni perempuan, bekerja jauh di selatan. Tak kahwin lagi. Mak sekarang duduk dengan abang.
Kisahnya abang saya ni ambik ice. Saya tak tahu la sejauh mana jenis-jenis dadah lain yang dia ambil. Setakat ini itu jer la yang saya tahu.
Dua tahun yang lepas dah pernah jadi kes dia tetiba hilang ingatan (tak tahu term apa yang sesuai). Dekat mana entah, dia lari tinggalkan kereta tepi jalan.
Lepas tu lari masuk ke hutan. Lari dan lari sampai ke kongsi pekerja indonesia. Pekerja situ yang cuba selamatkan dia. Yela dah macam orang gila pun ada.
Mungkin sebab doa mak saya, baru dia okay semula (2 3 hari juga masa dia hilang ni).
Elok saja dia berjalan ke masjid mintak sedikit bantuan duit minyak & kembali ke kereta dia. Sejauh mana kesahihan cerita ni saya tak pasti tapi itu lah apa yang mak saya cerita kan.
Sebabnya sebelum kejadian, dia ada telefon mak saya cakap nak pegi airport. Sebab kononnya nak pegi selamatkan mak saya yang kena culik.
Mak saya pujuk dia elok-elok suruh balik & lepas tu lah mak lost contact dengan dia.
Dia balik ke rumah dengan kaki yang penuh calar-balar & bengkak & demam.
Mungkin ada betul la kot dia berlari tak ingat apa tempoh hari tu. Habis phone rosak masuk air (patutlah call dia tak dapat) sebab dia main lari jer & terjatuh dalam parit air.
Saya masa tu tak tahu nak buat apa. Tapi ambil keputusan balik jugak ke kampung sebab mak dah menangis gila-gila dah.
Bila sampai kampung, abang saya tengah berehat dekat bilik dia. Nampak dia semakin ok dalam 2 3 hari. Dan saya kembali semula ke selatan.
Lepas kejadian tu, adalah mak hantar dia masuk pusat pemulihan. Nampak ada perubahan & hari-hari berlalu dia pun dah bekerja dan duduk di rumah semula.
Ni malam ni tetiba mak saya call sambil nangis-nangis mengadu abang saya buat hal lagi.
Dia jadi ‘gila’ balik. Asyik berkurung dalam bilik pastu jadi penakut sangat. Asyik mengikut jer mana mak saya bergerak dalam rumah tu.
Kebetulan ada orang tengah buat excavation parit depan rumah pun dia bole tak sedar apa. Siap tanya lagi kenapa kat luar rumah ramai sangat orang. Dia macam hidup dalam dunia dia.
Entah lah, saya bingung. Segalanya serba tak kena bagi sayang. Dengan mak makin tua & tak sihat.
Dengan abang sebegini. Dengan ayah yang pun sakit nyanyuk (mak ayah dah bercerai lama dah) tapi ayah tinggal berdekatan. Selama ni abang saya tu la dok pegi jenguk gitu-gitu.
Orang kampung pulak pakat mengata bila tak pergi tengok ayah. Sesiapa yang datang dari broken family, boleh faham lah hubungan anak-ayah ni.
Malas saya nak cerita lebih lanjut lagi. Panjang kisahnya. Cukuplah pengalaman tu buat saya memilih untuk membujang sampai ke saat ini.
Sambung balik kisah saya tadi.
Saya sedih dengar suara mak menangis. Tapi saya pun tersepit. Saya ada komitmen bulanan. Kalau saya ambik keputusan berhenti kerja, saya memang takda income dah.
Dengan kerja saya sekarang la setiap bulan saya kirim pada mak, beli itu ini apa keperluan ubat ke, makanan ke dan lain-lain.
Pendek kata, dengan gaji tu saya sara hidup saya di tempat orang & bagi ke mak. Kalau balik kampung, mati kutu saya nak survive bayar hutang.
Hutang tu hutang kereta jer. Tapi faham-faham lah living cost sekarang makin naik. Apa jer kerja saya bole buat. Saya tak reti buat kerja kampung.
Ada sesekali terlintas kenapa saya diuji macam ni. Saya rasa penat dan letih. Tetiba bila teringat, mula lah air mata mengalir dan moody jer.
Tidur sambil menangis. Esoknya habis bengkak muka dan sembab. Abang yang saya harapkan pun tak boleh harap.
Kekuatan apa lagi yang tinggal untuk saya? Setiap kali balik kampung, saya berperang dengan emosi saya. Saya sakit hati tengok abang saya yang tak berubah-ubah tu.
Kadang ok kadang tak. Entah apa yang ada dalam fikiran dia. Mak tu dah berhabis usaha nak selamatkan dia tapi dia degil. Segala nasihat hanya lalu di telinga dan keluar balik.
Kalau ikut rasa hati, nak jer saya lari tinggalkan semua. Sebab saya tak mampu dah nak kawal. Saya benci hidup begini. Dari kecil sampai dah besar tua gini, tak pernah rasa ada family yang bahagia dan harmoni.
Tapi saya masih ada mak yang perlu saya santuni. Syurga saya walaupun saya bukan anak yang baik. Mungkin kalau mak pun dah takde, abang tu entah lah apa jadi dengan dia.
Nak kecam saya pun kecam lah. Saya terima & telan. Tapi tetap juga saya nak tanya, apa tindakan terbaik untuk saya ambil? Kes abang saya tu kat mana lagi boleh saya rujuk?
Saya sanggup bayar mana-mana institusi kalau itu tempat terbaik untuk pulihkan dia & mak saya pun tak perlu risau menangis pasal dia lagi.
Kalau saya resign & balik ke kampung tapi abang saya masih macam tu takda guna jugak. Sebab saya risau saya pulak yang gila tengok dia jadi macam tu dekat rumah.
Selama ni ada pujuk mak suruh dia ikut jer mana saya pergi bekerja.
Tapi mak tak nak dan salah satu puncanya, abang saya tu la. Konon kalau biarkan lagi hanyut abang saya tu. Tapi tengoklah apa yang mak & saya perlu hadap. Sungguh saya letih. Otak saya jadi sesak.
– Jada (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit