Aku Aishah, bekas penuntut Universiti Awam ternama. Aku nak cerita tentang perkenalan aku dengan “abang angkat” aku. Ada lagi ke sekarang pakai kakak angkat dengan abang angkat declare sendiri ni? Macam lawak, tapi aku ada.
Aku kenal dia dari website tagged. Kalau korang pernah main lah. Dulu memang aku rancak disitu. Page lebih kurang myspace tapi lebih open. So, macam- macam la kau jumpa. Dari Anonymous kepada orang yang rapat dengan aku. Sampai lah aku jumpa abang aku tu.
Masa first contact dia dah cakap dia ada bini dan 3 orang anak. Aku mula-mula layan jela sebab aku memang layan semua. Dalam ramai kenalan aku jadi rapat dengan abang ni sebab aku rasa dia jujur. Walaupon yang lain tu ada saja single tapi aku lebih serasi dengan abang ni.
Dari tagged ke whatsaap. Time tu abang selalu ambik berat sangat pasal aku. Hari-hari dia whatsapp atau call. Aku tak pernah jumpa dia pon. Tapi rasa tu sangat dekat macam boyfriend aku. Tapi bukan boyfriend.
Dia just abang yang rapat dengan aku. Umur dia time tu dalam pertengahan 30+ aku pulak awal 20 an. Dia memang bahasakan diri dia abang dan dia panggil aku adik.
Masa belajar selalu dia bagi semangat kat aku. Awal sem memang aku drop sebab aku banyak main dan tak fokus. Aku selalu negatif dengan diri sendiri sampai menjejaskan diri aku. Bila aku contact abang ni aku jadi lebih positif dan bersemangat untuk belajar.
Aku start ada ayat positif tu dari abang. Dulu aku baca al-fatihah akan berperang dengan diri kenapa maksud ayat tu macam tu. Jadi abang cuba bagi kata2 semangat pada aku dan selalu cakap kat aku positifkan diri. Aku dapat rasa perubahan tu sampai sekarang.
Aku tak seteruk dulu. Pernah ada satu sem tu memang aku aim nak dekan nak tunjuk kat abang. Dan aku berjaya buktikan yang aku boleh buat. Dekat meja study tu aku ada la letak gambar dia.
Tapi kalau orang tanya, aku cakap “Tula abang aku” Hahaha. Tak tahu lah apa yang aku fikir. Padahal aku ada saja abang kandung.
Whatsapp dan tanya kabar berlarutan sampai aku 4 sem dah. Abang pula selalu on off. Aku tanya dia kenapa? Abang kata dia kena tukar department dan agak sibuk. Aku pon faham. Sedang aku scroll facebook aku saja la nak stalk abang.
Aku macam speechless sebab abang dah unfriend aku. Time tu aku rasa sangat frust dan aku tanya abang kenapa unfriend. Abang kata taknak aku komen fb padahal aku takpernah komen. Dia kata langkah berjaga-jaga.
Time tu aku tak faham. Abang faham kan aku keadaan dia. Dan aku cuba faham.
Dalam doa aku selalu ada nama dia. Aku tak tahu kenapa abang tu aku rasa sangat penting dalam hidup aku. Kat mana-mana memang aku ingat dia. Aku tidak lah mendoakan dijodohkan dengan dia. Jauh sekali untuk menggantikan isterinya.
Tetapi aku doakan suatu hari nanti adalah pertalian dari aku dengan dia wujud supaya aku boleh berhubung lagi. Ketika ini belum lagi istilah perampas wujud dalam kalangan masyarakat kita.
Jadi pada masa tu aku tak pernah terfikir langsung tentang hubungan ini ada ciri-ciri itu. Aku pulak innocent sangat time tu baru kenal dunia. Abang pula tidak menunjukkan dia miang ke apa. Nampak sangat natural dan ikhlas.
Di akhir sem juga aku mencari tempat intern. Aku memang aim nak intern company abang aku tu. Alhamdulillah aku dapat. Aku bagitahu abang lepas beberapa hari aku dah duduk situ.
Company ni agak besar aku di tingkat 54 dan dia di tingkat 3. Disini pertama kali aku berjumpa dengan abang. Sebelum jumpa aku rasa sumpah berdebar gila. Rasa macam nak jumpa pakwe.
Pertemuan kali pertama di starbuck. Aku dahla tak pernah minum tempat mahal tu. Yela student marhaen. Abang dari jauh nampak hensem, muda dan fit. Bila mula2 nak cakap aku jadi gagap hahahaha.
Bermula dari situ aku kerap lunch dengan abang memandangkan aku selalu sorang-sorang dan abang pon memang jenis suka makan sorang.
Waktu intern aku agak tidak best sebab aku jadi tak effective tiada kerja sangat dan aku agak culture shock dengan bahasa diguna pakai of course bahasa Inggeris.
Sedangkan aku belajar fully melayu dan arab. Bukan tak faham langsung cuma nak menyusun ayat menulis dengan bercakap tidak sama.
Aku bisa menulis tidak bisa bercakap gitu. Aku rasa amat la kecil dunia ini. Disitu aku luahkan pada abang yang aku tak boleh nak adapted sangat dengan tempat tu.
Abang la jadi tempat aku luah. Abang siap offer lagi nak cakap dengan abang cuba bahasa Inggeris. Aku agak terharu disitu. Waktu paling bahagia ketika intern ialah waktu lunch sahaja sebab dapat jumpa abang. Selebihnya nightmare sebab kekurangan aku ni di tempat intern.
Bila terlalu kerap jumpa abang kata dia takut orang mengata sebab kawan-kawan dia kenal wife dia. Time tu aku cakap kat abang, abang boleh tak bagitahu isteri abang yang abang makan dengan saya. Atleast kawan2 abang jadi penyampai akak dah tahu dulu.
Esoknya dia cakap, “abang dah bagitau kakak dah” sambil tersenyum. Aku lega. Lunch seperti biasa
Waktu last intern aku masuk department abang aku nak letak hadiah. Aku tak tahu mana keberanian aku dapat time tu sebab aku tak boleh sesuka hati masuk department orang lain tanpa kebenaran. Aku tekan loceng pintu. Ada orang buka. Time tu abang cuti.
Aku cakap kat staff tu mana meja abang? Aku sebutlah nama abang time tu. Aku tahu nama singkat saja. Kebetulan nama tu ada dua.
Hahaha jem. Dia kata mana satu. Time tu aku kelentong tak tahu nama penuh sebab saya anak saudara dia saja. Hahahah.
Lepas tu staff tu pon tunjuk la meja 2 orang yang bernama sama. Nasib baik aku boleh cam meja dia sebab ada gambar anak dia.
Dalam hadiah tu aku bagi sekali hadiah untuk wife die aku tulis untuk kakak sekali. Aku beli hadiah cikai2 saja time tu. Tapi rasa lawak pulak bila fikir sekarang ada ke patut aku bagi hadiah tu.
Time tu birthday abang. Tiap kali birthday kitorang tak lupa untuk wish masing-masing. Cuma kali ni ke aku bagi hadiah terakhir. Mungkin terakhir untuk bertemu abang lagi. Sedih juga.
Sehingga aku habis intern aku, dapat offer interview kat tempat ini juga disebabkan dia aku kira. Sebab aku pernah bagi abang resume aku untu dia hantar HR. Tapi aku tak berjaya pon lepas intrview itu sebab bapak susah gila. Interview dia banyak tapisan.
Setiap sesi ada penyingkiran macam rancangan realiti TV. Mana tak susah nya sebab offer jawatan tu bagi aku agak top level jugak. Aku dah la ada kekurangan dalam Bahasa kedua ni. Aku redha sahaja. Apapun aku sangat berterima kasih dengan abang.
Lepas dari itu, kitaorang contact jarang-jarang sekali. Bila aku hampir dewasa, Aku mula faham aku tidak boleh lebih had. Walaupon tiada perasaan selain dia seorang abang, perlu la jaga perasaan wife dia. Lama-lama masing2 membawa haluan masing2.
Sebelum pkp kami pernah berbuka puasa bersama ketika itu telahpon 3 tahun tidak bersua. Abang hensem macam biasa. Kami bertanya kabar satu sama lain. Aku sangat gembira abang masih ingat aku. Dia kata aku makin cantik dulu kanak-kanak saja.
Aku pon sekarang dah kerja tempat lain dan makin sibuk dengan dunia kerja. Cuma kadang-kadang aku teringat la kisah ni. Aku just teringat sahaja kebaikannya. Dan aku pon tidak lah mencari dia lagi.
Abang hadir sedikit sebanyak menolong kehidupan aku kian dewasa. Sekarang aku 30 an dah. Tiba-tiba saja nak mengimbau kisah lalu. Kepada abang, semoga abang dimurahkan rezeki selalu. Aamiin.
– Adik Aishah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit