Hi semua. Post ini sebenarnya bertujuan untuk meminta pendapat.
Suami aku ni anak sulung, bawah2 ada adik ramai, semua dah besar, semua masih duduk dengan mak bapak, dari yang dah kahwin beranak pinak sampai la yang tengah sambung diploma.
Baca ayat ni saja pun dah tau kan punca masalahnya. Suami aku sorang saja yang duduk asing dari keluarga dia. Bapak dia pernah kena strok, tak boleh kerja berat dah, so ada buat niaga kecil-kecilan gitu, mak suri rumah.
Bila ramai2 duduk serumah ni, macam2 masalah la kan, terutama kewangan. Dulu sebelum kahwin, suami aku memang banyak sponsor itu ini.
Aku dah pesan awal2 sebelum kahwin, kena slow2 kurangkan sponsor adik2 dekat2 nak kahwin ni, biar adik2 slow2 berdikari.
Masalah bermula bila adik lelaki bawah suami aku nak kahwin. Time ni suami aku tengah sambung belajar sambil bekerja, so kami tak kahwin lagi, bagi adik dia kahwin dulu.
Adik ipar dia pulak memang dah lama bercinta, elok la kahwin. kemudian eh eh tak nyabo pulak dia nak kahwin.
Kerja tak sampai setengah tahun lepas grad, dah nak kahwin. Mak mertua aku pun happy sebab tunggu anak sulung dia tak kahwin2, akhirnya ada jugak anak dia nak kahwin.
Plan adik ipar aku ni nak duduk rumah mak ayah lepas kahwin. Mak mertua aku memang suka anak2 dekat dengan dia, kemudian mula la plan nak extend rumah, tambah bilik ada bilik air sekali, aircond bagai.
Mak pak mertua aku pun laju2 renovate rumah, nak sambut menantu sulung ni, kemudian over budget pulak,
So sebagai abang mithali yang bujang lagi, suami aku (time tu pakwe) pun topup la lebih2 tu guna simpanan dia. Bukan sikit ye kalau hal renovate rumah ni, memang 5 angka dia topup.
Padahal suami aku masa tu tengah sambung belajar. kemudian dia tak dapat pun bilik yang ada aircond bilik air bagai, dia dapat bilik lama dinding kayu yang belum renovate hahaha.
Akhirnya rumah tak sempat siap sepenuhnya, adik ipar aku kahwin. Alhamdulillah bunting pelamin mereka.
Adik ipar aku ni pulak jenis santai2 orangnya, tak tahan dengan kerja dia sebagai engineer, dia resign kemudian buat freelance travel agency la, design la, printing la, tolong bisnes kawan2 la, macam2 kerja la dia buat,
Sebab jiwa dia suka buat benda bebas2 gini, tak suka jadi engineer terkongkong. So dia tak ada slip gaji. Kemudian kan wife dia dah pregnant, takkan la nak naik moto ye dak? Jadi mereka decide nak beli kereta.
Macam mana nak beli kereta tanpa slip gaji? Wife dia pun baru start kerja, orang jual kereta mintak pakai penjamin yang ada slip gaji.
Sebagai abang mithali, suami aku pun jadi la penjamin sebab dia paling stable dalam keluarga tu. Settle hal sorang adik.
Adik ipar sorang lagi pulak habis belajar, perempuan, tak ada kerja sebab course dia memang susah sikit dapat kerja.
Kemudian dia pun kerja la kat sebuah butik tak berapa jauh, tak berapa dekat dengan rumah. Gaji tak sampai RM2000 tapi katanya best kerja situ.
Dah kerja butik takkan la muka belacan saja kan? Kena la lawa-lawa tapi takkan nak pakai silky girl, mana class gitu. Dah muka cantik ratus-ratus takkan nak pergi kerja naik bas pulak kan? Jadinya dia ‘pinjam’ kereta baru bapak mertua aku pergi kerja.
Bapak mertua aku pun pakai la kereta saga petak lama dia. Kereta baru tu bapak mertua aku bayar, bapak mertua aku hantar servis. Adik ipar aku isi minyak saja untuk pergi drive thru starbucks, pergi kerja.
Mula2 ingatkan sekejap saja la adik ipar aku tu kerja situ kemudian eh dia enjoy pulak kemudian eh iphone 12?
Kemudian time2 PKP ni masing2 WFH la, blended learning la, so rumah mak pak mertua aku ni sentiasa full house, internet pun kena upgrade sebab ramai nak guna.
Jadinya bil api, letrik, internet, isi peti ais mencanak naik. Bil tertunggak bukan beratus, beribu-riban. Kemudian adik- beradik suami aku pun buat la emergency plan nak split the bills among yang dah kerja dalam rumah tu.
Abang mithali a.k.a suami aku paling concern padahal dia duduk rumah sendiri, tak balik kampung pun sebab tak boleh merentas daerah negeri kan tapi dia consistenly bank in duit kat parent dia dah.
Kemudian adik perempuan aku tu dia bayar RM100+ saja walaupun dia penduduk tetap rumah tu yang bekerja dan paling vogue. Suami aku pun hulur la beratus2 jugak tolong bayarkan bil. Aku mampu tengok je.
Adik sorang lagi dah bekerja jugak. Tu pun belajar lain, kerja bidang lain sebab nak dekat dengan rumah.
Nasib yang tu rajin jugak sponsor sebab habis kerja dia gamers sepenuh masa, jadi dia kena sponsor banyak la duit bil. Adik2 yang belajar pun tak segan silu mintak duit. Siap mintak abang dia bayarkan duit sewa rumah dengan belikan buku rujukan.
Aku risik2 la kat husband kenapa dia tak ambik PTPTN ke, kenapa tak duduk hostel yang universiti sediakan. Rupanya adik dia cakap susah nak mintak PTPTN dengan nak apply hostel.
Ehhhhh aku pun graduate universiti yang sama dengan dia, memang susah pun tapi benda tu boleh diusahakan, tak ada la susah sampai level menangis2 bermandi darah ke apa.
Aku pernah tak dapat hostel, merempat bilik kawan sekejap sementara tunggu rayuan, tak ada pun libatkan duit abang aku time proses tu. Eh menyirap jugak rasa.
Suami aku ni memang kerjanya nampak gah, bawak kereta besar (kereta company saja pun) tapi gajinya tak la banyak mana, tambah pulak kami duduk kawasan yang elit sikit sebab nak dekat dengan office husband, jadinya perbelanjaan kami banyak.
Walaupun kami suami isteri kerja stabil, kalau dah semua orang suami aku nak tanggung, mana nak cukup duit dia.
Cerita pasal kereta ni, sebab husband selalu guna kereta company dia, aku pun ada kereta buruk sendiri, abang mithali ni letak la kat kampung untuk kegunaan adik2.
Seronok la adik2 kat kampung, abang pulak memang pandai jaga kereta, kereta condition tip top, bulan2 abang bayarkan. Sampai time nak service semua buat senyap, hahaha. Check saman, ada pulak saman aktif, dekat area universiti adik bongsu, hahaha.
Kemudian ada sekali tu balik kampung, tengok bontot kereta tu kemek. Siasat2 rupanya kena cium kat traffic light time adik ipar COD barang niaga online dia,
Kemudian nervous tak tau nak buat apa, dia balik, tak report polis, tak boleh claim insuran. Bapak mertua aku la bawak pergi service, bayarkan saman, repairkan kemek. Dah suami aku pulak rasa bersalah, dia bayar balik kat ayah dia. Haa gitulah cyclenya.
Adik bongsu suami aku pulak dengarnya tak nak sambung belajar, dah seronok part time grab food + ambik upah buat design, ada ura2 nak kahwin dengan gadis kampung sebelah, bertambah la lagi penduduk rumah tu nanti.
Aku ni dah nasihat suami aku supaya jangan manjakan sangat adik2 tapi aku pun rasa bersalah, terasa macam aku jahat pulak haha tapi aku nak adik2 dia berdikari.
Aku ni lepas masuk universiti, tak pernah terlintas nak mintak duit kat family, kemudian bila tengok keadaan macam ni, culture shock rasanya.
Aku dah la tak lama lagi bakal bersalin and memang kena berhenti kerja memandangkan shift kerja yang panjang dengan kerja yang melibatkan fisikal yang tak sesuai untuk orang mengandung.
Kalau keadaan berterusan macam ni, aku pun takut nak resign, tapi aku risaukan kandungan aku. Aku pun tak tau nak buat macam mana untuk galakkan adik2 ipar jadi lebih bertanggungjawab.
Family aku lepas habis sekolah memang masing2 automatik berdikari, aku tak boleh fikirkan cara nak ajar orang besar jadi bertanggungjawab.
Aku tak boleh nak cakap directly kat adik2 ipar, aku akak ipar je, tak pasal2 dibenci nanti. Kalau aku halang suami aku bagi duit pun, aku rasa jahat, lagipun apa kata keluarga mertua nanti. Buntu jugak memikirkannya.
Tolong la bagi suggestion ye semua bagi mengatasi masalah aku ni. Dah la tahun ni suami aku tak naik gaji + tak dapat bonus.
Doakan ye suami aku makin murah rezeki, aku pun cepat2 dapat kerja baru yang lebih baik, baby pun lahir senang, sihat, mudah semuanya :)
– Hana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit