Hai,
Pertama sekali terima kasih approve admin.
Kedua, abang harap ramai yang sudi baca apa yang abang nak cerita.
Ketiga, kepada gadis gadis pula yang sedang baca, sebut ‘abang’ macam panggil dekat suami ye. Kikiki. Abang gurau saja.
Ok, sebenarnya ini yang pertama. Abang datang kemari ada hajat. Hajat abang tidak lah besar mana, abang cuma mahu adik-adik tenang dan bahagia sahaja.
Wahai adik-adik yang manis dan hensem yang disayangi, Allah dah jadikan adik-adik sangat sempurna tidak kira apa jua keadaan sekalipun. Abang nak adik selalu kata pada diri sendiri “Bahagianya saya harini, saya boleh senyum dan ketawa. Terima Kasih Allah bagi saya kehidupan yang sangat bahagia “.
Adik-adik,
Abang datang kemari bukan nak memarahi adik, abang bukan datang untuk menegur adik, abang hanya nak memuji adik adik sebab dapat jadi orang yang paling bertuah dalam hidup adik.
Abang hanya nak beritahu, hidup itu bahagia. Sebab adik adik hidup untuk diberi pilihan menduduki neraka atau syurga.
Adik adik ada PILIHAN sebab adik ada kehidupan.
Adik-adik,
Abang nak tanya,
Kalau abang dan adik tak hidup bersama di atas dunia ini , adakah adik adik rasa BAHAGIA dan PILIHAN tu ?
Abang yakin adik semua bijak bijak.
Abang yakin adik sebenarnya sudahpun bahagia sebab itu fitrah kehidupan adik adik.
Abang juga yakin adik adik seorang yang MEMILIH untuk BAHAGIA.
Abang seyakin yakin nya sebab adik adik adalah kehidupan abang.
Adik-adik,
Abang kemari ada hajat. Abang nak adik selalu ingat apa abang kata. Adik adik kena faham kehidupan adalah hanya tentang ketenangan dan kebahagiaan.
Abang kemari hanya untuk memesan pada adik adik, itu lah fitrah.
Adik-adik,
Pesanan abang sangat besar dan bermakna, abang sayang adik adik. Adik adik kena faham isi tersirat pesanan abang.
Adik kehidupan abang.
Kehidupan adalah kebahagiaan.
Kenapa ?
Kehidupan kita bermula dengan kebahagian.
Hidup dan bahagia datang selari.
Bayi.
– Abang