Abang dan Kerja

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Saya K, berumur awal 21 dan seorang student universiti awam. Pertama kali hantar confession.

Saya nak cerita pasal abang saya yang keempat. Adik beradik saya ada 8 orang. Dia ni seorang yang baik dengan semua orang, ibu abah, adik beradik, cikgu sekolah, kawan-kawan. Staf dekat sekolah pun kenal dia sebagai budak baik.

Tapi, rezeki abang saya ni, dia kurang sikit dalam pelajaran antara semua adik beradik kami ni. Tapi takde pun antara kami yang merendah rendah kan dia. Dia dapat 1A dalam SPM pun semua orang bangga sangat dengan dia.

Mungkin kalau orang luar, straight A atau results kebabom baru buat kenduri kesyukuran kan. Tapi keluarga saya tak, apa pun results yang keluar tetap buat kenduri kesyukuran.

Kalau tak buat kenduri pun, masak lepas tu hantar dekat masjid. Abang saya yang keempat ni dapat 1A pun tetap buat. Sebab syukur tu bukan terletak pada gred. Ibu cakap usaha pun kita kena pandang.

Jadi nak dijadikan cerita, lepas habis SPM, dia sambung belajar Diploma dekat satu Universiti awam ni. Alhamdulillah pembelajaran dia dipermudahkan. Setiap sem dia dapat result yang ok. Okay now masuk topik yang nak highlight dalam cerita ni. Abang dan kerja.

Sebenarnya kerja pertama dia part time lepas spm dulu. Pastu kerja kedua dia masa praktikal diploma tu. Hah, actually sebelum start praktikal tu lagi bos dekat tempat praktikal tu kata nanti dah habis belajar continue kerja terus situ.

Kami satu family pun gembiralah, sebab urusan dia dipermudahkan. Terus dapat kerja lepas habis belajar.

Tapi, lepas dia habis praktikal dia tak continue situ pun. Kami semua faham sebenarnya kenapa, sebab sepanjang dia praktikal tu, dia cakap solat terkejar kejar.

Sebab pekerja limited, so terpaksa rushing. Pastu kerja habis pukul 8 setiap hari, abang rasa tak nice maghrib pukul 8. 8 pun bukan 8 tepat.

Bukan dia tak cuba cari masa maghrib awal, tapi pukul 7 sampai 8 pekerja semua kena berkumpul untuk apa entah.

Jadi, lepas dia habis praktikal, dia balik kampung. Kerja jadi guru ganti dekat sekolah pendidikan khas. Kiranya ajar dan bantu mereka yang oku. Dia punya sayang dekat pelajar2 situ, ada seorang pelajar tu masuk wad tak sihat.

Dia yang dekat luar negeri terus selesai urusan cepat2 pastu balik kampung hari yang sama sebab nak lawat pelajar tu.

Gaji kerja dekat situ tak banyak sangat, tapi gaji yang tu dia buat beli barang dapur rumah ni. Hulur dekat ibu abah dengan adik2 lagi.

Kemudian dalam setahun kerja dan sambil2 tu usaha cari kerja ikut kelayakan dia. Dia dapat kerja dekat satu taman tema negeri lain.

Dekat tempat tu pun tak lama, dalam setahun lebih gitu. Dia cakap dia tak boleh kerja tempat macam tu, dia takut. Takut dengan dosa.

Bos dia bukan beragama Islam, pastu sesuka hati asyik buat pesta arak bagai. (Saya tak pukul rata semua yang bukan agama Islam perangai macam tu tau).

Selain tu, solat jumaat pun terpaksa gilir dengan pekerja lain. kalau minggu ni dia, minggu depan orang lain. Minggu satu lagi baru dia balik. Kadang-kadang 2 minggu berturut-turut tak solat jumaat pun pernah. Pastu sebelum dia berhenti dia try cari kerja lain.

2020. Masa ni Covid dekat Malaysia dah start. Dia kata dekat ibu susah nak dapat kerja ikut bidang diploma dia tu musim Covid ni.

Dia cakap nak apply jadi cleaner dulu lah dekat satu pejabat swasta ni sementara dapat kerja lain. Ibu kata takpe, kerja lah apa pun. Asalkan halal.

Sepanjang dia kerja cleaner tu dia kata seronok. Nak solat rasa tenang je.

Teringat dia call tanya saya, kos bawak kucing gi klinik swasta dalam berapa ringgit. Ingatkan kenapa, rupanya ada kucing dekat office tu tak sihat. Pejabat haiwan kerajaan punya tutup sebab cuti apa tak ingat dah.

Dia risau takut kucing tu tak sempat kalau nak tunggu hari lain. Sebak suara dia masa call tu. Tapi tulah, setiap kerja dia ada cabaran dia kan.

Ada satu masa tu, orang atasan dekat office tu tengah meeting. Contoh orang atasan tu nama dia Encik Firdaus ye.

Pastu dah siap meeting, Encik Firdaus ajaklah semua termasuk cleaner makan sekali. Makanan2 lepas meeting tu banyak, memang tak terhabis pun. Encik tu siap suruh semua tapau bawak balik.

Abang saya pun dengan kawan2 joinlah kan, kebetulan dah habis waktu kerja. Tapi dorang makan dekat situ je. Pastu dah settle makan semua baliklah rumah. Malam tu ada sorang akak kerani ni chat dalam group ws perli2 cleaner ni.

Ayat dia lebih kurang gini “Lain kali yang cleaner2 tu tak payah nak menyibuk nak makan sekali. Korang bukan sama taraf ok.” Menangis kami satu family dengar benda tu. Hina sangat ke jadi cleaner saya cakap.

Dalam 5 bulan lepas tu, dia dapat kerja kontrak 6 bulan dekat pejabat kerajaan. Lepas istikharah semua, dia ambik keputusan dia terima offer tu. Dan sekarang 6 bulan tu dah berakhir, abang saya tak bekerja dan masih tak berhenti usaha nak cari kerja lain.

Oh, sementara ni dia jadi dropshipper shopee. Macam tulah cerita dia.. Jujur saya cakap, saya tak rasa abang saya seorang yang pilih kerja. Cuma belum ada rezeki untuk dia.

Semua yang membaca ni doakan abang saya dipermudahkan urusan dan dapat kerja tetap ye. Doakan saya juga mudah urusan lepas habis belajar nanti. Terima kasih semua orang. Jaga diri, Assalamualaikum.

– K (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *