Aku anak ketiga..
Setiap kali balik kerja, dan pulang kerumah dalam kepenatan mesti aku akan berasa marah..
Ini adalah kerana apabila melihat abang dan kakak hanya bersenang lenang main game tanpa memikirkan masa depan diorang termasuklah kesusahan yang ibu hadapi.
Aku harap yang membaca ada situasi seperti aku hadapi.
Ibuku seorang yang sangat penyabar dan penyayang. Sejak ayah berhenti kerja disebabkan tekanan hidup. Ibu yang menyara kehidupan keluarga kami.
Aku tak tahu kenapa, banyak persoalan dalam diriku, “Kenapa abang dan kakak aku tak pernah terdetik nak tolong ringgankan beban Ibu. Kenapa mereka pentingkan diri sendiri.”
Nak kata bodoh, tidak. Sebab abang aku asrama penuh straight A dalam peperiksaan, termasuk kakak aku.
Aku anak ketiga sangat berharap ada abang dan kakak seperti kehidupan orang lain. Seperti kehidupan kawan-kawanku dimana abang dan kakak mereka bekerja malah dapat kurangkan beban ibu.
Aku sangat penat, sangat stress apabila pulang dari kerja dengan rumah bersepah, dapur bersepah..
Ibuku hanya boleh mengeluh padaku disebabkan terlalu penat tak cukup rehat sebab ibuku buat kuih untuk sara kehidupan kami.
Hatiku sangat panas, apabila melihat abang dan kakaku hidup bersenang lenang makan, tidur dan main game.
Kenapa ibuku tak marah? Kenapa aku tak keluar dari rumah?
Aku tak suka putuskan silaturrahim. Hatiku takkan tenang bila berjauhan dengan darah daging sendiri lagi-lagi ibuku.
Ibu ku pula bukan jenis yang tidak suka marah. Ibuku jenis yang rela menghadapi semua masalah dirumah sebab fikirkan anak yang dikandung.
Aku anak ketiga, hanya mampu mengalirkan air mata sebab aku hidup dalam keluarga yang bermasalah.
Abang dan kakak ku tak seperti kawan-kawan ku yang lain.
Doa kan aku dan ibu kuat untuk menjalani kehidupan ini.
Doakan agar hati abang ku yang sulung, dan kakak ku yang sulung, pintu hati mereka terbuka untuk membantu kurangkan bebanan ibu bersama denganku anak yang “ketiga”.
Raya tahun ni 2023, adalah raya paling pahit bagiku untuk ku sambut.
– Ketiga itu “aku” (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit