Aku beranikan diri untuk kongsi kan kisah aku supaya menjadi iktibar buat sahabat-sahabat di luar sana. Nama aku Miss Anggerik. Aku berumur 37 tahun dan menetap di kota syurga makanan PENANG. So aku just direct ke cerita yang aku nak sampaikan.
Akhir tahun 2022 aku ada berkenaan dengan seorang lelaki di applikasi mencari jodoh. Ini adalah ikhtiar aku dalam mencari jodoh. Lelaki ini aku gelarkan sebagai “Abang Lori”.
Bila sahaja dia menyapa salam perkenalan, pertanyaan pertama aku adakah dia suami orang, tunangan orang, atau pasangan sesiapa kerana aku tidak berminat untuk mengganggu perhubungan.
Dan dia maklum yang dia belum pernah berkahwin, bukan milik sesiapa dan juga bukan suami sesiapa. Jadi perkenalan berlaku dengan lancar dan dia seringkali menegur aku dalam bab berpakaian dan urusan agama. Part ni betoi2 buat aku tertarik. Sebab ilmu agama yang dia ada.
Perkenalan di applikasi tersebut bersambung di whatsapp. Aku diberitahu yang dia bekerja sebagai planner di sebuah syarikat transportation dan kadang2 juga sekiranya perlu dia akan menggantikan driver lori yang bercuti.
Part kerja aku tak pernah pandang, asalkan dia ikhlas, jujur dan baik akhlaknya. Hari demi hari, perkenalan membawa kepada hubungan serius.
Aku ada bagitau dia, aku tak nak berkawan lama-lama, sekiranya benar-benar ikhlas dan serius untuk jadikan aku isteri, aku minta dia berjumpa dengan keluarga aku untuk ke level seterusnya which is berkahwin.
Dan si dia datang berjumpa keluarga untuk mendapatkan kebenaran untuk menghantar rombongan merisik dan meminang.
Jadi mula la perhubungan kami more ke arah merancang perkahwinan dan bekeluarga. Biasa dalam perhubungan ada ups and downs. Gaduh baik gaduh baik.
Setiap hari kami akan berhubungan melalu whatsapp dan juga video call dari pagi sehingga ke awal pagi keesokkan harinya. Even bekerja pun si dia akan video call. Kadang2 tenggelam tu biasa disebabkan kerja. Tiada apa yang mencurigakan tentang dia.
Sepanjang perhubungan juga ada “adik” si dia yang seringkali whatsapp pada saya untuk menyokong hubungan saya dan abangnya. Oh ye saya diberitahu si dia yang dia anak yatim piatu dan mempunyai 3 adik perempuan Natasha, Shamimi dan Alia serta anak sedara Zahra.
Untuk makluman si dia bagitahu yang dia tinggal dengan adik nya Natasha dan juga anak sedaranya kerana suami Natasha bekerja offshore. Jadi adiknye tinggal dengan si dia.
Si dia kurang gemar untuk berkongsi kisah hidupnya kerana si dia maklum hidupnya tak indah. Seringkali dilayan seperti anjing oleh orang sekeliling dan hidupnya kosong dan sunyi. Hatinya mati sehingga Allah titipkan rasa untuk mengenali saya.
After 2 bulan, rombongan dari pihak si dia atau sebarang panggilan untuk berbincang berkenaan merisik atau meminang tidak kunjung tiba. Si dia datang ke rumah dan terangkan yang pihak si dia tengah kelam kabut kerana paklong si dia dimasukkan di hospital dan keadaan tenat.
Disebabkan si dia yatim piatu jadi urusan ini diserahkan kepada maklong beliau. Mama bagitau sekiranya tak dapat datang, cukup sekadar pihak si dia call mama untuk maklum yang mereka juga maklum tentang hubungan ini.
Mama tak nak just si dia je bercakap tapi perlu ada penglibatan keluarga juga. Si dia maklum dia akan cuba minta makcik si dia untuk hubungi mama sekiranya maklong tak dapat berikan masa untuk hubungi mama.
Kalau ikutkan sepanjang perkenalan 1 tahun ni 4 kali dia mohon penangguhan untuk merisik dan meminang disebabkan masalah di pihak dia.
Saya juga ada juga bertanyakan dengan si dia, tapi bila sahaja pertanyaan berkenaan ini, pasti akan berakhir dengan si dia kata saya seperti tidak memahami keadaan dia.
Sepanjang perhubungan, si dia isolate kan saya dari dunia saya. Saya tidak berbenarkan untuk ada apa2 sosial media, saya tidak dibenarkan untuk contact kawan-kawan saya, saya juga menghadapi kesukaran untuk bekerja di pejabat (saya wfh), saya juga tidak dapat ke mana-mana tanpa persetujuan dari si dia.
Hidup saya hanya untuk dia. Sekiranya saya perlu bekerja di pejabat, pasti si dia akan merajuk, terasa hati dan akan menyebabkan dia bad mood dengan saya. Bila saya cuba berbincang dengan si dia, si dia akan cakap, kalau dia boleh tinggalkan dunia dia untuk saya kenapa saya tidak boleh.
Untuk pengetahuan si dia sebelum berkenalan dengan saya adalah seorang yang suka bergaduh, pukul orang, dan juga race kereta. Jadi semasa dengan saya, si dia minta saya untuk ubah dah kawal dia supaya tidak kembali ke aktiviti seperti dulu lagi. Katanya ingin jadi manusia.
Saya cuba turuti, sekiranya ada masa saya longgarkan sedikit dah beri masa untuk dia bersama-sama kawan dia waktu dia tengah stress ke, dia akan cakap saya tak bersungguh nak bantu untuk bentuk dia.
Pada bulan ke 8 perhubungan, si dia makin berubah, si dia rajin tenggelam.. kalau sebelum ni, si dia yang rajin tegur saya if saya reply text lambat or tak jawab phone, sekarang si dia plak yang rajin lopong… bila saya tanya dia akan cakap dia tak sihat, tertido sebab makan ubat.
Dia ada bagitau saya yang dia buat rawatan di klinik panel dan jugak hospital. Baik saya terima reason tersebut yang dia tak sihat. Bersungguh saya support dia untuk sembuh dan berikan artikel berkaitan penyakit beliau.
Sejak dari bulan 8 tu, seingat saya hanya 3 kali dia video call saya. Itu pun di dalam kereta. Pernah sekali bila dia cakap dia di hospital untuk dapatkan rawatan, saya ke hospital tu tanpa inform dia,
Tapi bila sampai tiada kelibat si dia, then bila saya tanyakan, dia maklum dia kena patah semula ke klinik panel si dia kerana ada dokumen yang tidak lengkap.
Saya berkeras untuk si dia berikan lokasi melalui whatsapp tetapi si dia minta saya untuk tunggu kerana si dia yang akan datang temui saya. 3 jam dia sidai saya. Bila dia datang, memang saya lepaskan semua kemarahan saya. Kenapa perhubungan ni jadi macam ni. Tak normal bagi 1-1 perhubungan sekiranya pasangan tak call tak video call.
Kenapa sekarang banyak helah dan alasan. Tapi si dia cakap saya tak paham keadaan si dia. Dia bukan culas dan hubungan ni tetapi dia sakit. Dan sakitnya agak kronik. Saya cuba hubungi adik si dia tetapi tak berjaya.
Hati saya rasa ada sesuatu yang si dia sembunyi yang menyebabkan dia berubah. Pertama sekali saya cuba dapatkan nombor kad pengenalan si dia, Alhamdulillah Allah banyak bantu dalam saya mencari kebenaran ni. Dalam tahajjud saya minta Allah tunjukan lah semua kebeneran walaupun saya akan sakit.
Akhirnya perkhabaran yang tak pernah saya sangka si dia sebenarnya SUDAH BERKAHWIN DAN MEMPUNYAI SEORANG ANAK. Allah mudahkan carian saya sebab ada dalam satu maklumat yang saya dapat terkait dengan nama seorang perempuan iaitu Kenangan.
Saya cuba buat carian nama Kenanga di FB menggunakan FB kawan saya (sebab socmed saya semua sudah di delete), dan tertera beberapa gambar keluarga bahagia beliau pada hari raya yang lepas.
Allah… terkesima… sedangkan semasa perhubungan kami, beberapa kali saya bertanyakan sama ada betul ke dia tak pernah berkahwin atau tidak mempunyai pasangan?
Dan setiap kali pertanyaan saya, beliau akan jawab dengan nama Allah dan arwah ibunya beliau tidak pernah berkahwin dan juga bukan milik sesiapa. Saya juga pernah tanya betul ke anak sedara tu anak sedara tah2 anak sendiri.
Dan masih dengan nama Allah dan nama arwah ibunya juga dia bersumpah yang itu anak sedara dia dan bukan anak dia. Saya kumpul semua bukti untuk saya berdepan dengan dia. Saya tak suka masalah di selesaikan dalam telefon. Saya nak face to face dengan si dia. Biar puas.
Sebelum saya face to face dengan si dia, saya buka semula applikasi mencari jodoh yang kami mula2 kenal dulu.
Untuk pengetahuan semua, bila si dia minta saya deleta semua akaun sosial media saya, saya minta dia juga buat benda yang sama… tapi saya dimaklumkan yang si dia tidak mempunyai akaun-akaun sosial media… jadi saya minta si dia delete akaun-akaun apps dia si dia ada… dia maklum dia dah delete.
Tapi bila saya cuba buat cari malam tersebut menggunakan akaun fake, pap!!!!! profile si dia masih wujud dan gambar pun gambar baru ye kawan2. Apa lagi saya cuba pasang perangkap… saya add si dia… tak sampai 5 minit, si dia tegur… binawe betoi…
Masih sama soalan pertama saya, awak suami orang tak? dah kahwin tak? boyfriend/pakwe sape2 tak? Jawapan si dia SEMUANYA TAK dan berharap tahun 2024 boleh dapat pasangan dan tujuan cari pasangan sebab sorang2 mak ayah dah tak ada dan adik2 dah kahwin.
Hati panas nyahhhhhh!!!!! saja pancing lagi sembang2 and cuba ajak dia keluar lunch, si dia setuju wehhhhhh….ajak dating ye… Allah.
Saya pun cuba whatsapp si dia cakap saya dapat mimpi buruk yang dia curang belakang saya. Si dia cakap kan mimpi, saya kata memang macam real si dia text dengan perempuan lain berkenalan, mengaku tak de pasangan dan siap nak berdating lagi. Si dia nafikan dan marah saya kerana terikut sangat mimpi tu.
Saya cakap kalau betul berani tak bersumpah dengan nama Allah yang si dia tak de text mana2 perempuan selain saya. Dan tanpa ragu eh “Demi Allah dan nama arwah ibu abang tak de text or contact mana2 perempuan lain untuk tujuan berkenalan atau curang”.
Korang tengok berapa berani nya dia guna nama Allah untuk selamatkan diri. So sejak dari malam tu, selama berhubungan 1 tahun ni, segala sumpah janji dia atas nama Allah dan arwah ibunya bagi aku sebenarnya tak ada makna… sebab even menipu dia masih menggunakan nama Allah dan nama arwah ibu…
– Melur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit