Abang Lori Yang Bujang II

Untuk part I, (https://iiumc.com/abang-lori-yang-bujang/).

Baik sambung balik eh…

Saya tahu kalau saya minta berjumpa, mesti dia akan menolak sebab waktu tu dia beritahu saya dia baru keluar hospital (kononnya). Saya nak lawat, tak pula bagi sebab katanya dia tak suka susahkan saya. Jadi saya nangis-nangis buat voice note yang saya ditikam belakang oleh kawan baik saya sendiri… kawan yang paling saya sayang.

Masa ni menyinga abang lori kita… siap cakap kawan tu perangai macam syaitan la, kalau dia masih dia yang dulu, nak je dia pergi tikam-tikam kawan saya… Marah betul abang lori kita ni ye, wak… acah-acah terpaling menjaga pasangan la konon.

Jadi saya cakap saya down sangat, saya perlukan dia. Saya perlukan dia untuk saya luahkan dan tunjukkan segala pengkhianatan kawan saya (sedangkan saya tengah tujukan pada dia). Jadi si dia berjanji untuk berjumpa dengan saya keesokan harinya kerana si dia kononnya ada temu janji untuk rawatan di hospital. Jadi kami berjanji untuk berjumpa pada jam 5.30 petang keesokan harinya.

Tibalah hari yang dinanti… Saya memang tak sabar habis kerja sebab saya nak tahu dari mulut si dia sendiri tentang semua ni… 5.30 petang saya dah sampai di tempat yang dijanjikan. Aku dah sampai, ya, tapi kelibat si dia saya tak nampak lagi.

Saya cuba track lokasi si dia melalui aplikasi mencari jodoh tersebut. Masih tidak bergerak. Masih di rumah. Sedangkan dia inform yang dia di hospital untuk follow-up… Memang %%$$# betul. Saya text si dia, dia reply dah dekat tol. Kalau dekat tol tu dalam 20 minit lagi la… Saya marah juga, kalau dah tahu time balik kerja ni selalu jem, yang keluar dari hospital lewat kenapa.

Untuk makluman, selama 1 tahun berhubungan ni, saya sangat-sangat jarang marah atau tinggikan suara sebab even salah si dia pun, si dia akan twist umpama salah tu dari saya. Bila saya tertinggi suara sikit pun, si dia akan marah saya sebab saya tak hormatkan dia.

Dia selalu pesan, dalam perhubungan walau marah macam mana sekali pun, jangan cakap kasar dan tinggikan suara. So, banyak kali saya call tak pick up, saya text dia cakap dah dekat sampai.

So, dalam 6.15 macam tu, si dia sampai dan park sebelah kereta saya. Saya masuk ke kereta si dia sambil menangis. Dia cakap, “Sudahlah sayang, jangan nangis-nangis, kan abang ada ni.” MELUAT PULAK DENGAR… Then bermula sesi Q&A.

S: Sejujurnya, apa tujuan abang berkawan dan berhubungan dengan sayang?

D: Selama kita berhubungan ni, dah jelas abang terangkan dan abang buktikan untuk apa hubungan ini. Untuk abang nikahi sayang dan hidup sama sampai habis umur kita. Dah banyak kali sayang tanya, jawapan abang masih sama.

S: Kenapa abang tipu sayang?

D: Apa yang abang tipu sayang?

S: Siapa Zahra binti “abang lori”?

D: Kan abang cakap nama ayah dia sama macam abang? (Which is adik ipar abang lori)

S: Siapa pula Kenanga binti Kenangan (bini abang lori)?

D: Uish, siapa tu? Tak pernah kenal pun? Siapa tu?

S: Abang tak duduk kat Bandar A kan, tapi rumah abang kat Bandar B kan?

D: Bila masanya pula abang duduk kat Bandar B? Bila masa pula abang pindah?

S: Jangan tipu la abang, semua sayang dah ada bukti…
(terus send gambar-gambar dia dengan family dia kat WhatsApp dia)

D: Sayang dapat mana gambar ni? Bila dapat ni?

S: Dapat dari Facebook bini abang, Facebook abang, Instagram, TikTok…

D: Sejak bila dapat semua ni? Ada lagi yang sayang ragu-ragu ka?

S: Sayang cari sejak abang berubah ni… Mengaku jelah abang, semua bukti dah ada.

D: Betul ke ni gambar abang? Confirm ke tu abang?

S: Bengong apa… Sah-sah tu baju raya abang masa abang mai beraya kat rumah sayang, sah-sah tu gambar Zahra.

D: Isy… Bukan ni… Ni bukan abang… Abang tak kenal la siapa ni.

S: Abang masih tak mengaku? Baik kalau macam tu sayang call bini abang, sayang ada nombor dia.
(Dia masih tak mengaku.)

Abang lori sangat tenang ye… Suara dia sangat-sangat tenang… Tak ada gelabah ke apa…

(Sepanjang perbualan ini saya curi-curi rakam menggunakan voice recorder.)

Tut tut tut… Bunyi dialling WhatsApp call bini dia… Dah beberapa saat still tak jawab, then dia rampas phone then ended call…

WhatsApp DP saya gambar saya dan abang lori… So, bila saya call, gambar DP WhatsApp tertera la kat phone bini abang lori.

D: Betul la semua tu… Apa sayang tanya tu… Tengok ni, dah libatkan dia pula…

S: Sayang suruh mengaku, abang yang tak nak. Sayang call la dia. Jadi betul abang dah kahwin. Natasha, adik abang yang abang cerita selama ni yang duduk dengan abang sebab suami kerja offshore, is bini abang? Then anak Natasha is anak abang?

D: Ya, abang dah kahwin. Tapi itu yang sayang tahu je, yang sayang tengok dekat socmed. Tapi sebenarnya sayang tak tahu apa-apa. Kebenaran dia, sayang tak tahu pun apa dia. Macam mana hubungan abang dan dia, macam mana perkahwinan ini… Semua tu sayang tak tahu.

As usual, modal suami-suami orang yang curang ni… Perkahwinan tak bahagia la, blablalalalalala… Yang abang lori ni bagitahu, depa berkahwin sebab ibu abang lori suruh…

Jadi, sebagai anak yang taat, dia just ikutkan permintaan ibu. Dan perkahwinan tak bahagia pun. Bini tak anggap dia macam suami pun sebab bini nak bebas. Buat apa pun, tak pernah macam ada suami. Selalu buruk-burukkan suami dan cari kesalahan suami.

Keluarga mertua pun selalu maki-maki dan burukkan abang lori… Banyak lagi la… Bini tak baik la… Syak bini masih ada hubungan dengan ex-bf la… Bini bercinta dengan ex-bf la. Secara kesimpulan nak inform yang rumah tangga tu tak bahagia la… Bini dia tak baik la…

Saya kata, dalam tak bahagia pun, ada juga la anak bersama… Abang lori kata 2 tahun pertama je okay, lepas tu masing-masing hal masing-masing… Depa dah kahwin 6 tahun ya… Anak dah 4 tahun lebih.

Saya cakap, dah tak bahagia dari dulu, kenapa masih je bersama, masih je duduk serumah? Abang lori cakap sebab anak… Dia nak anak bawah jagaan dia sebab isteri dan keluarga isteri abang lori lifestyle dia tak berapa okay… Pffffff alasan, dia juga baik eh…

Waktu ni phone abang lori dah macam konsert dah berbunyi, confirm bini cari… Abang lori pun macam dah gelabah nak gerak pergi kerja cepat-cepat.

Lepas dia bercakap ni, saya kata, “Abang berani sumpah guna Quran? Quran ada je dalam beg tu.” Dengan yakinnya ya, abang lori ambil Quran untuk bersumpah lagi sekali. Tapi saya tepis dan tak benarkan sebab saya tahu abang lori memang berbohong.

Then bini abang lori wasap saya, tanyakan dah lama ke saya dengan suami dia, kenal macam mana, sayang dia ka, cinta dia ka, dah buat bukan2 ke dengan abang lori, bukan apa kalo dah buat benda haram senang kawen ja terus, dah kawen isteri abang lori pun tak marah… saya biarkan… saya tak reply.. sebab saya nak selesaikan dengan abang lori dulu.

Abang lori janji dia akan selesaikan semuanya. dia minta saya tunggu dia selesaikan segalanya… waktu ni sumpah saya jadi blur… macam2 dia janji… siap cakap “lepas ni abang boleh sayang sayang tanpa apa2 bebanan lagi”,..”abang akan kotakan semua janji abang selama ni pada sayang sebaiknya”.

Dia tak nak putuskan hubungan dan mintak saya tunggu dia untuk selesaikan sgalanya. dalam 7.57 mlm tu selesai pertemuan tu…abang lori terus gerak ke tmpat keje dan saya yang dalam keadaan n ting tong gerak duduk ke tepi kedai menung. lama saya termenung.

Sebelum gerak, abang lori minta saya berjanji supaya jangan sesekali contact isteri dia dan jangan buat apa2 pun.. jangan reply or jawab sebarang text or call even dari no tidak dikenali. Sebab abang lori cakap, bini abang lori sejenis suka provoke…biar dia yang selesaikan.. beri peluang utuk dia perbetulkan keadaan..

Lepas 20 minit abang lori call dan tanya balik tak lagi… saya cakap saya belum balik… dia macam risau… maybe dia risau saya coctact bini dia la kot or bini dia contact saya..

Dia tanya ada tak sapa2 call saya cakap tak de… dia suruh saya balik… saya cakap nanti saya balik… saya sebenarnya time tu tak tahu apa perlu saya buat… saya betoi2 kosong.. apa saya nak bgtau orang keliling saya.. apa saya nak bagitau keluarga saya.

Malam tu dia tak balik rumah… bila saya tanya ada tak isteri cari, dia kata dia tak tahu dia tak nak layan lagi… dia hanya nak ada dengan saya (penipu ya kawan2, lepas je jumpa saya tu gelabah member vc bini tunjuk kata tengah keje kat tempat keje dia)… sebab sebelum ni isteri dia tak pernah ambik peduli pun.

Bila saya tanyakan kenapa perlu berbohong, abang lori cakap sebab terkait rasa, jatuh cinta, takut kehilang dan menyebabkan dia menipu. Bila saya nak bertanya lagi, dia cakap dia tak nak bincang kejap benda ni, sebab dia nak tenang2 kejap.

Keesokkan harinya, dalam pukul 11 pagi abang lori wasap saya tnya ada tak saya contact dengan isteri abang lori… Sebab abang lori cakap, isteri abang lori ada forward gambar kami berdua. Saya cakap memang saya tak de contact langsung. Mungkin isteri abang lori ambil dari socmed saya yang saya baru wujudkan awal tahun ni.

Uishhh mengamuk abang lori.. Di marahnya saya gila2.. Saya disalahkan kerana gambar2 tersebut. Abang lori cakap disebabkan gambar2 tersebut dia dihalau, tak dibenarkan jumpa anak… Dia juga salahkan saya kerana gambar2 tersebut dia dibuang keluarga…

Dia maklum isteri dan keluarga isterinya memang tengah menunggu point untuk buang dia dan ambik anak dia. Saya kata.. Masalah buwkn dari saya… Kalo dari awal dia tak menipu, keadaan ni pun tak wujud… Kslo petang tu dia mengaku, sapa pun tak kan tahu kecurangan dia…

As usual, macam sebelum2 ni, sekiranya ada masalah or bergaduh pasti dia akan jadikan sperti dia mangsa…. Bukan pemangsa.. Di tuduh saya sengaja leak kan gambar tersebut.. Sebenarnya dia marah sebab dia dah kantoi dengan bini dia, tak de nye dia kena halau ke apa pun. Elok ja balik tido kat umah.

Saya mintak dia balik rumah, selesaikan semuanya.. Be a man… Mengaku salah… Tapi abang lori marah2 katanya saya tak kenal bini dan family mertua dia. Saya kata dah salah, kena la mengaku.. Takkan nak biar hanging ja semua masalah. (Tanpa pengetahuan saya, memang dia balik ke rumah pun, tapi bukan untuk jelaskan tapi untuk pusing cerita plak kat bini dia. Masih lagi berbohong).

Akhirnya saya buat keputusan untuk keluar dari cerita ni… Saya whatsapp dia yang saya lepaskan dia dari semua janji2 dan sumpah dia.. .Saya mintak dia berubah dan jadi ayah and suami yang baik untuk keluarga dia. Saya juga mintak maaf terpaksa ingkar janji untuk tunggu dia pertahankan saya. Saya nak tinggalkan dia. Saya tak boleh ada dalam hubungan ni…

Hubungan ni terlalu sesak.. Ramai sangat pihak. Dan saya juga tak nampak effort dia untuk cuba selesaikan masalah ni.. Yang saya dapat tahu dia masih pasakkan hubungan ni dengan penipuan lagi..

Lepas satu penipuan ada penipuan lain… Ingatkan bila terbongkar cerita ni, dia dah serik nak menipu, tapi masih lagi menipu lagi…. Dia masih tipu bini dia yang saya cinta dia sebelum dia berkahwin… Buksn hubungan yang sekarang… Mati2 matian dia tak mengaku pada bini dia.

After 2 days, saya dapat call dari nombor bini abang lori, surprisingly yang bercakap adalah abang lori.. “ang kenai aku sapa? Very rude ye nada dia..” Again dia tempik “ang kenai tak aku sapa” sumpah tergamam sekejap…

Lelaki yang dulu konon nak lindungi dan hormati diri ni, boleh berubah macam tu ja depan isteri. “ni bini aku kata kita dok contact lagi… Ada ka kita cntact lagi”… Sekali lagi kena tempik….

Menggigil badan sebab geram and marah… Sangat kurang ajar… Saya cakap “aku kenai, ang jantan paling tak guna and celaka.. Kaki penipu… Aku kenai ang, laki paling lahanat sekali”…

“Aku tak de contact dah dengan ang lepas aku putus dengan ang, lepas semua selesai… Tapi kalo ang contact dengan pempuan lain boleh jadi la sebab aku tengok meriah ja whatsapp ang dok online”.

Dan saya syak memang dia ada perempuan lain. Sebab nombor tu dia hnya gunakan untuk contact saya dan untuk nombor keje, abang lori gunakan nombor lain.

Dalam keadaan riuh dia tempik saya tu, mama datang and rampas phone, bila dia dengar suara mama terus dia ptuskan panggilan. Mama mintak saya call semula.. Then dia pick up tapi mama minta untuk bercakap dengan bini abang lori..

So mama pun ceritakan semuanya pada bini abang lori… Dan abang lori masih tidak mengaku ya kawan2… Dia tak ngaku hubungan kami… Allah… Mama cakap gambar dia datang jmp mama pun ada… Bini abang lori cakap “entah la makcik, masih lagi bersumpah2 tak mengaku”…

Terdengar dari telefon bini abang lori kata pada abang lori “abah sampai dah jumpa mak ayah dia dah abah, kenapa tak mengaku lagi”…

Bini abang lori juga cakap pada saya macam mana awak boleh berkawan dengan abang lori eh, dia bukan berduit or ada duit pun… Saya bukan perempuan mata duitan, saya juga berkerja, jadi itu bukan part penting bagi saya…

Malam tu saya sedih… Sumpah…Tak langsung saya sangka lelaki yang penuh hormat aku sanjung, bertukaq menjadi lelaki yang sangat2 bertopengkan syaitan. Perwatakan dan sifat yang sangat2 360 degree berubah.

Kalau ikutkan banyak yang saya nak ceritakan pada bini abang lori tentang apa yang abang lori tuduh dan fitnah bini abang lori dan keluarga, tapi mama pesan biarlah, jangan sampai kite rosakkan rumahtangga diorang. Kita beritahu apa yang perlu sahaja untuk membuktikan kecurangan abang lori.

Malam tu, saya forward semua bukti perhubungan saya dan abang lori pada si bini… Sebabnya abang lori tak mengaku mati2 tentang kecurangan dia.

Awalnya saya tak berhasrat pun nak pAnjangkan hal ni asalkan saya dpat tahu yang dia dah berkahwin itu sudah cukup. Tak nak libatkan isteri dia sebab tak nak sakitkan hati sapa2. Tapi dek kenapa abang lori masih menafikan perbuatan dia dan sekarang seolah2 saya plak yang jahat and salah, saya decide untuk berikan bukti pada bini abang lori.

Saya juga ada forwardkan voice recording pengakuan yang dia tak mengaku dia dah kahwin dan dia tak kenal sapa isteri dia. Siap detail tarikh jam dan sebagainya… Semuanya yang berkenaan saya forwardkan pada isteri. Bukan tujuan untuk menyakitkan hati sang isteri tapi lebih kepada nak membuktikan perlakuan abang lori.

Saya tak salahkan langsung if bini dia percayakan abang lori, dan tak percayakan saya.. Saya pun 1 tahun juga ditipu… Lagipun itu suami dia… Saya ni orang luar ja…. Tapi demi nak membuktikan saya dan keluarga saya bercakap benar, saya bagi semua bukti yang bini abang lori minta.

Walaupun ada beberapa part yang saya rasa isteri masih dalam state denial dan meragui saya… Saya bagi bukti untuk mengesahkan semuanya… Gambar, voice recording, video, whatsapp conversation, bank transaction (abang lori bank in pada saya) dll lagi untuk buktikan saya berhubungan pada waktu sekarang dan bukan waktu lalu.

Sehingga last conversation saya dengan bini abang lori, bini abang lori maklum yang abang lori masih tidak mengakui kecurangan dia… Dan masih tidak mengaku apa yang terjadi di antara saya dan dia.. Bini abang lori kata yang sebelum ni abang lori pernah terkantoi gambar, surat, barang2 saya dalam beg abang lori.

Saya sempat memohon maaf pada isteri abang lori, sekiranya saya tahu dia dah berkahwin sejak mula saya tak akan berhubungan dengan dia.. Saya juga mintak maaf sekiranya saya dah terambik hak isteri abang lori dan hak anak abang lori…

Sungguh betoi2 saya tak tahu dia dah berkahwin… Sebab tindak tanduk dia tak menunjukkan yang dia sudah berkahwin… Boleh text setiap masa… Boleh vc anytime.. Even di rumah and bilik tido dia pun dia ada vc saya..

Anytime saya minta jumpa abang lori akan datang… And part paling tak boleh brain bila abang lori datang jumpa keluarga saya untuk berbincang berkenaan merisik dan meminang.

Yang pasti nya saya bersyukur Allah dah selamatkan saya walaupun dengan cara yang sakit. Saya bersyukur saya kuat untuk lari dari hubungan yang penuh dengan penipuan. Sekarang saya dalam fasa untuk berdamai dengan takdir.

Tipu la kalo saya kata saya tak sayang, tak rindu dan tak teringat kan abang lori… Sumpah saya rindu dan sayang… Tapi sayangnya hubungan kami tu dia bina atas penipuan. Once cheater always be a cheater. So better saya back off dan juga saya tak akan hancurkan perempuan lain demi kehendak saya.

Tentang dia yang menzalimi saya, menganiayai, menipu dan menyakiti saya, saya serahkan pada Ya Allah Ya Jabbar Ya Qahhar Ya Muntaqim untuk beri balasan kifarah pada dia.. Tidak akan lari seinci pun balasan Allah dengan segala perbuatan dia.

Sehingga hari ini ye, belum ada kata maaf ikhlas dari abang lori tentang apa yang jadi. Dan dia juga tidak pernah hubungi saya lagi, no whatsapp yang abang lori gunakan untuk hubungi saya selama ini juga, dah lama dak online… maybe sebab dah kena warning dengan bini or maybe juga dah malu bila saya dah tahu semua tentang dia selama ini hnya dusta semata2.

Syukur di saat saya rebah ni, terjatuh dan hancur ni, kawan2 yang pernah saya tinggalkan sebab abang lori, masih datang dan beri sokongan. Keluarga pun tak putus2 beri kata semangat dan cuba gembirakan saya.

Sekarang fokus saya untuk happykan diri saya and family saya. Saya nak majukan diri dan tingkatkan lagi hubungan dengan Allah.

Untuk rakan2 sekiranya ada permasalahkan, persoalan, ringankanlah diri buat tahajjud sebab saya dah rasa manisnya tahajjud. Sekejap ja Allah jawab semua doa2 saya. Sekejap je Allah tunjukkan jawapan kepada persoalan saya. Sekejap je Allah angkat doa2 saya…

Betullah doa orang dizalimi memang tiada hijab. Selain tu rakan2 amalkan la selawat jibril 1000x setiap hari, Allah akan mudahkan urusan kita dan hati akan tenang.

**Untuk komen yang kata mesti saya tidak bertudung, maaf puan/tuan, saya bertudung dan yang saya maksudkan dia tegur dari segi pakaian adalah di mana abang lori tegur bila saya selempangkan sebelah tudung saya ke bahu dan sebelah lagi saya tutup dada…

Dia mintak jangan selempang dan jatuhkan kedua-dua belah tudung bawal berkenaan. selain itu dia juga sebolehnya mintak saya berpakain sperti jubah kerana loose.

**Untuk komen tuan/puan selalunya 3 bulan dah boleh tahu penipuan ni kenapa drag sehingga setahun.

Macam saya maklum tiada yang meragukan tentang tindak tunduk dia yang menunjukkan dia beristeri kerana dia masih boleh contact saya dan vc saya waktu malam sehingga awal pagi even berada di rumah. abang lori mula kongkang perlakuan start dari bulan 8 dan sebab tu saya mula siasat.

**Tentang komen tuan yang kata saya desprate berlaki smpai cari laki di apps, untuk pengetahuan tuan, macam saya cakap ini salah satu ikhtiar saya..untuk pengetahuan tuan, ada ikhtiar2 lain juga saya buat. Sebabnya berkenaan soal jodoh ianya perlu diusahakan.

**Maaf korang yang marah sebab kata cerita berbelit. Saya buksn penulis professional, saya first time hantar confession gini…Maaf kalo jenuh awak memikir. Yang marah nama kejap melur la kejap anggerik la… Biasa la bila kena guna nama samaran ni, akk lupa kadang2.. Tapi korang memang comel..

Akhir kata, saya mohon kekawan maya saya semua yang sudi baca cerita saya ni untuk doakan Allah mudahkan urusan saya dan bantu saya untuk ubati kesakitan dan kekecewaan saya. Allah Maha Berkuasa atas sesuatu. Dan semoga kata-kata baik kekawan semua, bebalik semula kepada kekawan semua.

– Anggerik (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. well i tak pasti apps apa yg guna, tapi dulu i penah guna omi and pernah ada lelaki yg dah beristeri tak mengaku dah berkahwin. lama jugak 5 6 bulan pergi makan la, pergi cari baju raya laa, tp kdg mlm hilang. cari kat fb keluar laaa mcm yg u cari tu. lpstu byk la drama nya hahahhaha. takecare yaaa. apps ni mmg 99% tak boleh pakai.

  2. Bijak dia control semua medsos you sebab takut kantoi. Lepas ni kalau belum ada apa2 ikatan jangan ikut sangat ye. Stay strong sis

  3. Ko adalah mangsa krn senang sgt digula gulakan jantan keparat tu.Iya la konon nak cr jodoh.

    Ingatlah dlm apps ni rata2 pemburu wanita.Tak boleh dipkai.
    YG IKHLAS ADA LAH 2%.

    Ckp dorg 90% penipu.Mcm abg lori tu dia menipu dah bila kantoi dia tutup lg dgn lubang penipuan.

    aku tau ko dah terlajak syg kan…sebab itulah jgn mencintai org yg tidak cintakan kita.Sebab end up kita yg kecewa.

    Kalau btl abg lori tu syg bini dia xkn tipu bini.Kalo btl dia syg ko dia xkn tipu ko.Semua dah red flag dan lps kantoi dia gaslight u pulak kan menyalahkan u

    Ciri2 lelaki manipulative.Tkpe benda ni pengajaran yg mendewasakan ko.
    Semoga abg lori mati dlm keadaan hina!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *