Assalamualaikum semua..
Mula2 sekali akk nak minta maaf kat semua..akk tengok ramai lelaki yang sentap..
Conffession pertama tu tak lain tak bukan nak smpaikan kepada adik yang confess mak dia minta hantaran 12k tu. Akk doakan untuk dia,moga mak abah dia ada plan something untung masa depan diaorg berdua.
Confession pertama akak ringkas seringkas ringkasnya…supaya message akk yang tak semua mak abah kejam tu sampai. Kang akk cite mcm mana abg mekanik pikat akk..ngorat akk..korang muntah pulak..ye dok?
Too good to be true?
Tak lah. Ce tgk kat komen..ramai je yang share kisah sendiri..mak abah pulangkan duit hantaran lepas nikah.
Alhamdulillah, abg mekanik akak sekarang dah menjadi better person.. Mana2 mak sedara abg mekanik yang condemn akk dulu. Semua terdiam,dan xsangka abg mekanik leh bukak business sendiri. Siap offer anak2 dorang suh kerja dengan abg mekanik.
Semua bertanya mana abg mekanik dapat modal..masa duit hantaran dipulangkan hanya family akk dan mak abah abg mekanik sahaja yang tahu. Jumlah wang hantaran juga tidak didedahkan pada jemputan,hanya ahli keluarga dan sahabat terdekat yang tahu. Tak de letak cek dlm frame bagai.
Kenduri akk dibuat secara rewang,dulang hantaran semua letak makanan sahaja. Fotographer ada. Kenduri sebelah lelaki buat doa selamat je.Honeymoon tak de sebab duit dah habis ke hantaran akk.
Mula2 rasa geram campur malu kat family abg mekanik. Sbb mak abah akk mintak mahal2 tapi buat kenduri ala kadar je. Tak faham dengan syarat mak abah akk. Rasa mcm kenapa la mak abah minta mahal2,nak claim modal besarkan akk ke ape…hehe
Abg mekanik ada pengalaman sahaja,bab pelajaran dia kurang sikit. Kadang akk tgk dia tulis kat resit customer..battery dah jadi betri,timing belt dan jadi timing bed. Redho je la,dah kami saling melengkapi,dia kurang kat situ,akk kurang kat sini.
Dia tiada sebarang sijil atau apa2 certificate dalam bidang baiki kereta ni. Akk googel sana sini,cari idea macam mana nak bantu abg mekanik. Since mak abah dah bagi modal,tak kan nak bukak business tanpa ilmu? Then akk dapat idea untuk abg mekanik sambung belajar. Since dia xminat belajar,so akk cari something yang berkaitan dengan kemahiran.
So sekarang ni dia tengah buat sijil skm tahap satu dan join seminar yang PUNB jalankan. Selain dari tu dia juga dapat job baiki kenderaan institusi kerajaan. Alhamdulillah rezeki lepas kahwin. Tapi susah jugak sebab gomen ni tak bayar direct pada kita..kena la tggu 3-4 bulan baru dapat lump sum payment.
Walaupun dah ada bengkel sendiri. Abg mekanik tak de la terus jadi kaya. Dia pun makan gaji bulanan jugak. Up siket la gaji,dulu 1k sekarang dah jadi tauke gaji dah jadi 2k. Untung selebihnya simpan untuk modal/asset bengkel.
Abg mekanik,smpai sekarang tak de kereta. Rumah pun duduk di rumah y akk beli..Akk yang tak kasi dia buat loan. Kenapa? Akk tak nak bebankan keluarga kecil kami dengan hutang. Business baru nak bercambah,xkan nak terus galak berhutang kan. Tunggulah abis loan keta akk dulu,pastu baru beli keta dia.
Yang paling best..pagi2 abg mekanik hantar akak g kije. Pastu kereta akk dia guna untuk ke bengkel. Alhamdulillah walaupun terpaksa share kereta, bersusah tapi akk happy je ada orang hantarkan setiap pagi. Gaduh la mcm mana sekalipun.esk paginya mesti terpaksa bercakap jugak..
Mak abah abg mekanik pun dah leh senyum lega. Dulu anak mampu bagi time ada lebihan duit, sekarang alhamdulillah tiap bulan dah consistent leh hulur sikit2 rezeki yang kami dapat.
Abg mekanik kadang2 dok throwback sensorang,dia kata bangga dapat bukak bengkel dengan duit penat lelah sendiri. Sedih tau, dulu tangan dia selalu luka ,kuku hitam sbb main dgn minyak, mata merah sbb dok welding..da abis kije basuh tangan dengan chemical,part yang luka tu bila kena chemical paham2 je la pedihnya mcm mana. Malam nya niaga burger,kena pakai sarung tangan,kang org tgk kuku itam,orang geli pulak nak beli. Masa tengah kumpul duit dulu, dari dok rumah sewa,dia pindah duk tingkat atas bengkel tempat lama dia kerja. Duk situ free,dok rumah sewa kena bayar. Alhamdulillah bos lama abg mekanik pun bnyak bagi support dan job kat abg mekanik.
Maafla kalau ada yang tiba2 telinga bernanah,telinga tumbuh bulu ke bila dengar part II,almaklumla..part I pendek,ada yang beremosi,tak percaya,xleh nak hadam.
Diingatkan confession ni bukan nak cita pasal betapa sawitnyaaa kisah percintaan akk dan abg mekanik. Just nak ckp tak semua mak abah nak jual anak bila mintak hantaran tinggi. Dan ramai je pasangan yang sama mcm situasi akk.
Last sekali,akk doakan moga setiap pasangan yang pasang niat nak kahwin tu..dipermudahkan jodohnya..tak kira la mahal ke..murah ke..xde hantaran langsung ke..nanti dah tua..xde sapa akan ingat dah semua angka2 tu. Jaga suami kita baik2,jangan jaga suami orang. Jauh lagi perjalanan akk dalam alam rumahtangga ni. Moga cabaran.dugaan yang datang dapat dihadapi.
“A Womens loyalty is tested when her man has nothing.,A Man’s loyalty is tested when he has everything”
Ok akk ngidam nak makan laksa utara..maklumlah baru dpt double line,abg mekanik belum tau……
Suri hati mr mekanik
– Suri Hati Mr Mekanik
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit