Abang Motosikal Kesayangan Memberi Ku Trauma Seumur Hidup

Assalamualaikum. Saya kenalkan diri dengan nama Timun Jepun. Dah tentu lah nama samaran kan… Perempuan, lahir pada tahun 80an dan membesar di tahun 90an…

Siapa yang membesar ditahun tersebut, tahu lah betapa indahnya zaman kanak2 kita kan… Zaman tanpa gajet. Ke sana ke sini dengan bebas… Hutan mana tak dijelajahi, sungai mana tak direnangi… Pokok mana yang tak pernah dipanjat… Indah zaman tu…

Tapi di situlah bermulanya trauma yang menghantui saya hingga sekarang. Walaupun sudah di usia 40an, sudah berkahwin & mempunyai anak

Saya macam kanak-kanak lain di zaman itu. Walaupun baru darjah 2, tapi aktif bermain, tak lekat dirumah. Zaman itu tiada kebimbangan pada kes jenayah. Keluar pagi, balik senja. Balik rumah sekejap-sekejap sahaja sekadar makan atau teguk air menghilangkan dahaga…

Kalau tak buas ke sungai berkubang, masuk hutan nipah cari ikan laga atau mengagau ikan, kami berkumpul main guli, rounders, gasing @ main getah… Salah sebuah rumah kawan pastinya jadi tempat berkumpul kami ramai2. Kami dalam 8-12 orang macam tu…

Dalam kami riang ria bermain, ada seorang lelaki dewasa dalam kampung kami tu. Usia dalam 30an macam tu. Memiliki sebiji motorsikal ex5. Semua ibubapa kami kenal dia.

Dia selalu ada ditempat kami bermain tu… Tak ada yang pelik. Dia cuma memerhati sambil duduk diatas motosikalnya sambil tersenyum-senyum. Baik orangnya. Selalu belanja kami aiskrim & coklat…

Tak lama lepas tu, dia ada ajak kami semua ronda naik motosikalnya… Seronok lah kami! Ada orang nak bawa ronda kampung petang-petangkan…

Jadi dalam ramai-ramai tu, bergilir-gilir lah kami ikut giliran naik motor. Sapa cepat dia dulu. 12 orang bukan sikit. Kadang ada yang tak sempat ronda sebab dah senja… Sekali naik, 2 orang. Berebut-rebut lah nak dapat giliran awal.

Berbulan jugak aktiviti macam tu berjalan. Kami memang seronok lah nak tunggu petang & sangat-sangat ternanti-nanti Abang Motor tu… Kalau dia tak datang, kami pergi cari kat rumah.

Kalangan kami, sapa ja tak sayang dia. Berebut-rebut nak peluk dia tiap kali dia datang. Berebut-rebut panjat motosikal dia. Time tu kami betul2 tak pernah ada pengetahuan bab sentuhan selamat & sentuhan tidak selamat. Baru darjah 2. Di zaman 90an pulak tu.

Yang kami ingat, mak & ayah pesan, kalau ada orang jahat, lari laju-laju dan jerit kuat-kuat… Itu tindakan bila jumpa ‘orang jahat’ katanya…

Kami tak pernah lagi jumpa ‘orang jahat’ yang mak & abah kami maksudkan… Yang selalu ada, yang baik dan selalu belikan kami makanan. Yang selalu bawa kami pusing2 ronda kampung naik motosikal.

Hari berganti hari, Abang motosikal dah buat aturan baru. Dia kata dia yang akan pilih sapa yang akan ronda dulu… Jadi saya terpilih jadi orang pertama! Yeay! Gembira bukan kepalang. Tak perlu lagi nak berebut2.

Abang Motosikal kata, dia pilih saya sebab saya comel macam orang Jepun. Kulit putih, rambut perang & mata sepet. Bangga tak kira lah time tu dengan kawan2.

Selepas tu, time ronda, dia dah tak bawa 2 orang macam selalu. Dia bawa saya sorang ja… Yang buat lagi seronok, time ronda tu dia akan berhenti kedai makan. Belanja makan nasi goreng & air milo. Time tu, menu macam tu, kira A+ lahhh!

Dalam perjalanan ronda2 tu, dia selalu pesan suruh peluk kuat-kuat. Budak tak tahu apa-apa time tu, peluk lah kuat-kuat takut jatuh…

Selepas turn saya, dia tetap ada bawa budak lain ronda. Cumanya tak ada lah singgah kedai makan. Ronda2 macam biasa sahaja… kiranya sayalah yang paling special time tu…

Masa berlalu, kami semua makin sayang kat dia. Saya dah tentu-tentu lah. Sebab selalu jadi keutamaan kan… Mulalah rasa cemburu bila Abang Motosikal tu ada lebihkan kawan saya yang lain. Kalau boleh, nak Abang tu bawa saya sorang ja ronda…

Darjah 2, umur 8 tahun time tu, tapi dah ada rasa macam tu. Allahuakbar! Tak tahu nak rasa macamana bila teringat balik.

1 hari, Abang motosikal bagitahu, dia nak ajar kami bawa motosikal. Lagi bersorak gembira lah kami! Pastinya saya yang jadi pelajar pertamanya… sambil belajar motor, sambil pusing kampung macam biasalah. Kiranya saya di depan sambil kendali motosikal, dia di duduk belakang.

Tapi dalam masa sama, dia turut pegang handle motor tu sama-sama dengan saya… boleh bayangkan tak situasinya kedudukan tu? Macam ayah kita ajar kita naik basikal time kecil2 dulu tu…

Tapi tak lama lepas tu, Abang motosikal tu jarang dah nak datang bawa kami ronda macam selalu. Kena kami yang panggil dia kat rumah. Tapi syaratnya, kena urut dia dulu baru dia akan bawa ronda…

Jadi dia akan baring meniarap atas tilam & ada la yang urutkan dia. Kami ramai, jadi kami bergilir2 urutkan… Punyalah nak pergi ronda.

Dia tinggal dengan family. Ada mak ayah, abang & kakak. Tapi biliknya ada tingkap kecil yang membolehkan kami masuk ke biliknya dari luar tanpa perlu masuk dari pintu utama… Jadi keluarganya memang tak tahu kami budak-budak ni selalu masuk ke biliknya…

Selesai sesi mengurut, dia akan tepati janji lah bawa kami ronda. Saya pulak dah makin cekap kendali motosikal. Dia dah tak perlu pegangkan handle motosikal untuk saya… Dia tak pegang handle motosikal jadi dia pegang apa?

Dia di posisi belakang dan dia meletakkan tangannya pada kedua belah payudara saya dan tepuk2 macam main kompang tu, sambil menyanyi-nyanyi… boleh bayangkan tak tengah bawa motosikal, ada orang peluk dari belakang & main2 dengan payudara.

Sekali sekali ditekan2 pada bahagian puting tu. Saya tak selesa! Tapi saya tak mampu nak tepis sebab saya tengah pegang handle motosikal. Saya budak baru belajar, jadi nak lepas sebelah tangan pun saya tak boleh sebab jadi melelong-lelong… Makin galak lah dia berkompang di payudara saya.

Bermula dari kejadian haritu, saya dah rasa lain… Saya rasa otak budak saya dah mampu asingkan perkara baik & tidak baik walaupun tanpa panduan orang dewasa… Saya tak ceritakan pada ibubapa sebab malu.

Selain itu, semasa ‘latihan’ kendali motosikal, saya selalu rasa ada benda keras yang kena pada bahagian belakang punggung saya… Tapi saya tak tahu benda apa… dan saya abaikan sahaja…

Kejadian pegang payudara tu, hanya sekali saya kena. Kawan2 lain saya tak tahu lah macamana sebab kami tak pernah meluah antara satu sama lain… Budak sangat lagi kan time tu. Tapi kami seolah-olah serentak mula menjauhi dia.

Dia datang ajak ronda, semua dah tak layan… Saya hanya diam dan tunduk ketakutan kalau dia datang. Saya takut dia paksa saya…

Saya mula sedar yang perlakuan lelaki tu adalah gangguan seksual ketika saya darjah 5. Time tu saya dah minat membaca. Baca surat khabar & novel-novel jenayah… Jadi banyak yang saya tahu. Saya elakkan dari bertembung dengan lelaki tersebut…

Ada lagi budak2 kecil dari usia kami yang dia selalu bawa ronda-ronda tapi time tu, saya tak pernah terfikir nak ceritakan pada sesiapa… Senyapkan macam tu ja…maafkan akak wahai adik-adik.

Bila meningkat dewasa, barulah lah saya sedar yang saya sebenarnya terjebak dengan ‘child grooming’! Keyakinan & kepercayaan dibina melalui kasih sayang & perhatian, kemudian perlahan2 di ambil kesempatan demi puaskan nafsu seorang lelaki dewasa tanpa kami sedar.

Allahu Rabbi. Trauma, & malu pada diri sendiri Allah ja tahu bila teringat semua kejadian2 tersebut… Rasa jijik dengan diri sendiri.

Tapi saat tu, saya hanya budak kecil yang tak tahu apa2 selain nak seronok & happy… Time dah sedar tu, mula lah tersimpan dendam dalam hati. Setiap kali teringat lelaki tu, saya akan menyumpah dia! Saya doa dia dapat balasan atas trauma yang dia berikan…

Lelaki tu handsome? Muka jambu? Muka manis? Tak!!! Badannya besar macam orang afrika. Kulit gelap berjambang. Muka bengis macam watak pembunuh dalam filem. Tak tahulah macamna saya & kawan-kawan boleh jatuh sayang padanya…

Bukan body shaming, tapi gambaran fizikal macamtu selalunya budak-budak akan takut untuk dekati. Tetapi dia pandai ambil hati budak-budak. Jadi sampai sekarang, kaki saya akan menggigil kalau terjumpa orang yang ada ciri fizikal sama dengan lelaki berkenaan… saya terbayangkan dia!

Menginjak waktu, saya bertemu jodoh dan berkahwin. Selepas berkahwin tu lah baru saya ingat balik & sedar, apakah ‘benda keras’ yang selalu saya rasa time belajar motosikal dulu…

Ya, benda keras tu ada lah zakar lelaki berkenaan. Zakar yang mengeras yang sengaja digesel-geselkan dibahagian belakang punggung saya ketika di atas motosikal.

Jujur saya akui, pada awal perkahwinan, hubungan suami isteri kami tidak berjalan lancar kerana trauma saya tu. Setiap kali nak bersama, kejadian tu muncul umpama cerita layar didepan saya… Saya usaha lawan. Tapi bukan mudah. Saya terseksa. Saya rahsiakan dari suami. Cukup lah saya malu dengan diri sendiri.

Bila muncul kes viral yang gempar baru-baru ini, dengar awareness yang di sampaikan banyak pihak, saya menagis setiap hari kenangkan kesilapan saya dulu…

Memang saya kecil lagi time tu, tapi saya tak boleh elak dari rasa bersalah pada diri sendiri… Baca pula ramai yang tiada kesedaran tentang akta perlindungan kanak-kanak, lagi bertambah sedih saya…

Selain tu, saya sangat-sangat bersyukur sebab Allah masih panjangkan umur saya… Imbas detik-detik kejadian dulu, saya pernah dibawa jauh ke dalam hutan kelapa sawit… Katanya untuk ronda-ronda jalan baru. Lelaki berkenaan jugak pernah hentikan 2 kali motosikal di tengah hutan tu sambil diam membatu… seolah memikirkan sesuatu.

Ya Allah! takut menggigil saya bila saya terimbas balik situasi tu. Kalau kata dia nak rogol & bunuh saya, kemudian sorokkan saya dalam hutan tu, siapa pun tak tahu. Menangis-nangis saya ucap syukur pada Allah sebab jauhkan dari perkara demikian… Kalau tidak, hantu lah yang menaip harini…

Awal tahun tadi saya dapat berita lelaki berkenaan meninggal dunia akibat barah otak. Hati saya puas! Tanpa sedar saya cakap, “aku takkan maafkan kau!”

Jadi sekarang saya ada 4 orang anak. 2 lelaki & 2 perempuan… Memang saya bagi betul-betul didikan bab gangguan seksual pada anak-anak. Saya taknak anak saya lalui benda tu. Nauzubillahiminzalik.

Saya trauma sampaikan saya berhenti kerja & besarkan anak-anak sendiri. Takut nak lepaskan ke tangan orang lain atau pengasuh. Anak-anak perempuan saya, hanya saya yang cebok & mandikan…

Dengan kes yang berlaku & heboh diperkatakan sekarang, barulah kita sedar & nampak betapa ramai nya yang tak pernah cakna dengan akta perlindungan kanak-kanak. Malah sangat ramai yang tak tahu apa itu child grooming, apa itu pedofilia.

Gangguan seksual fizikal dan gangguan seksual bukan fizikal pun ramai tak tahu apa dan bagaimana… Sekarang lah masanya yang tepat untuk pihak berkaitan perlu memperluaskan kesedaran bab ini di pelbagai platform…

Dalam kes ‘child grooming, pada PERINGKAT AWAL, mangsa tidak akan ada kesan trauma kerana pemangsa adalah ‘KESAYANGAN’ mangsa. Sehinggalah mangsa sedar dia di jadikan mangsa seksual dan pada peringkat seterusnya itulah trauma tu akan muncul… seperti apa yang saya rasakan…Tempohnya bukan sekejap.

Seingat saya, hampir 2 tahun proses itu perlahan-lahan berlaku… Kemudian meninggalkan kesan trauma seumur hidup.

Jangan biar anak-anak anda lalui kisah yang pernah saya lalui dulu. Please, sebab tak mudah untuk padam dalam ingatan.

Peranan kita ibubapa lah yang perlu memberi pengetahuan & kesedaran berkaitan isu tersebut. Kita lah hero & heroin kepada anak-anak kita dalam memastikan keselamatan & kesejahteraan anak-anak kita.

Sekarang sangat ramai individu – individu yang sebarkan kesedaran bab/isu perlindungan kanak-kanak. Follow dan ambil lah sedikit sebanyak sebagai ilmu untuk dijadikan panduan…

Semoga anak-anak kita di masa depan, mendapat persekitaran pembesaran yang semakin baik, selamat & selalu dilindungi…

Jangan kata ini cerita rekaan & cerpen pulak ya. Penat saya menaip nii sambil mengalir airmata… Harap ada yang buka mata & mengambil serius hal berkaitan ini… Bye, Assalamualaikum

– Timun Jepun (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *