Assalamualaikum warga IIUM Confession.. saya anak bongsu daripada 5 orang adik beradik. Saya ada 3 orang abang dan seorang kakak.
Orang kata dalam ramai-ramai adik beradik, mesti akan ada seorang yang “spoil”. Ya, memang terjadi dalam keluarga saya.
Abang saya yang nombor 3 , sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak (perkahwinan pertama, 2 orang anak, perkahwinan ke-2, seorang anak). Abang saya seorang yang baik sebenarnya, suka tolong orang.
Tapi ada satu sikap yang kami adik beradik lain sangat tak gemar dengan dia ialah, dia suka berhutang wang.
Dengan kami adik beradik dah beribu-ribu dia pinjam, kalau dah setiap bulan kami kena bagi pada dia RM 50-RM 100-RM200. Dan kami tak pernah minta semula duit yang kami bagi pinjam tu.
Tapi sekarang dia dah block kami sebab dia kata kami suka ganggu rumahtangga dia. Dah setahun lebih abang cuma berhubung dengan mak seorang sahaja.
Mak saya suri rumah. Memang duit mak adalah duit kami adik beradik bagi pada mak setiap bulan. Abang saya selalu call mak saya, minta duit.
Boleh dikatakan setiap minggu minta duit. Bukan setiap bulan ya, SETIAP MINGGU! Macam-macam alasan dia, nak beli susu anak, anak sakit, gaji lambat, nak bayar saman.
Lagi saya abang saya jenis suka kumpul bil. bil letrik, bil telepon. bila dah beratus-ratus, ribu tertunggak, baru dia gelabah cari duit sana sini.
Mak saya kadang-kadang ada juga meniaga jual pekasam, tapi berapa sangatlah pendapatan jual pekasam kampung saja.
Duit hasil jualan semua abang saya minta pinjam. Barang kemas mak saya pon habis mak saya gadai untuk dia.
Saya ingat lagi tahun 2019, saya balik kampung berpantang di kampung. Setiap hari akan ada nombor tak dikenali call handphone mak saya, dia kata dia ah long, dia cari abang saya sebab abang saya pinjam duit ah long.
Bayangkanlah saya dalam pantang kat kampung, kami semua dalam ketakutan. Siang malam kena kacau akibat perbuatan abang saya.
Tapi itulah seorang ibu tetap terus sayangkan anak dia walau seburuk mana pon anaknya itu. Mak saya masih dan sentiasa bagi duit kat abang saya, walaupun dah banyak kali mak halang mak & abah pon dah marah.
Abang saya selalu jadi punca mak & abah gaduh. Mak marah kami adik beradik. Mak selalu fikir kami semua ni jahat sebab tak nak tolong abang saya.
Kami bukan tak mahu tolong tapi sampai bila dia nak berhutang sana sini dan sentiasa susahkan keluarga kami.
Mak saya dah tua umur 68 tahun, abah 71 tahun. Saya nak tengok mak abah hidup tenang tanpa sebarang masalah anak-anak lagi dah.
Lagipun abang saya dah berkeluarga, ada anak bini, sihat tubuh badan boleh berkerja.
Kami adik beradik lain & abah sampai dah tak tahu nak buat macam mana lagi dah.
– Tasya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit