Assalamualaikum. Aku nak cerita sikit tentang abang sulung aku yang dipanggil Along.
Kami adik-beradik dah buntu dengan sikap dia terutama sekali kakak aku, Angah.
Sikit sebanyak tentang latar belakang keluarga aku, mak ayah kami dah bercerai dan masing2 dah berkahwin lain.
Dulu mereka tinggal menyewa di kampung ni dan bila bercerai mereka pindah keluar.
Yang tinggal hanya Angah sebab dia berkahwin dengan orang kampung yang sama. Suaminya bekerja membantu ibunya di kedai makan.
Adik-beradik yang lain pun semua dah keluar dari kampung untuk bekerja dan ikut suami masing2.
Along ni dulu macam lelaki normal. Ada kerja, ada awek. Dia selalu juga ambik adik2 balik sekolah.
Lepas habis sekolah dia keluar kampung dan bekerja. Sekali sekala balik kampung. Dia masih bujang ye nasib baik tak kahwin.
Masalah bermula bila dia pindah balik kampung. Dia duduk di rumah nenek untuk membantu nenek membela lembu lepas arwah atok meninggal.
Tapi sikap dia yang pengotor, tak mahu tolong nenek membuatkan nenek marah.
Nenek pula suka menyuruh, kalau boleh nenek suruh apa shj Along kena buat. Along pulak mengharapkan upah.
Akhirnya Along melarikan diri ke rumah Angah.
Di rumah Angah, Along cuma makan dan tidur. Mandi sangat la jarang kadang2 3-4 hari tak mandi. Sudah la tak kerja, makan minum ditanggung suami Angah.
Angah pula suri rumah, baru sahaja melahirkan anak pula tu. Tinggal pula di rumah kecil 2 bilik.
Angah cuma buat kerja sambilan buat kuih letak di kantin sekolah. Untung jualan pun berapa la sangat.
Along bila bangun tidur, mesti nak makan. Kadang2, bahan untuk Angah buat kuih tu dia selamba makan tanpa minta izin.
Makan pula tak habis dibiarkan sahaja atas meja dekat luar rumah. Lepas makan, terus dia tidur.
Kalau dia makan depan anak2 Angah pun, takde dia nak pelawa. Sangat pentingkan diri.
Along juga kerap minta2 duit dari adik-beradik dia. Dia bukan kira adik2 dia ni semua suami masing2 tanggung.
Dengan mak pun dia minta duit. Bila dapat duit, duit tu cepat habis dan takde pun dihulur pada Angah.
Kalau Angah baru balik dari rumah mak mertua dia, Along tanpa segan silu tanya ada bawak makanan tak. Depan2 suami Angah ye. Yang dia tau, dia nak makan.
Angah pulak yang naik segan dengan suami sendiri sebab sikap Along tu. Suami Angah hanya berdiam diri cuma reaksi muka tu kita tau dia tak selesa dengan adanya Along kat rumah tu.
Dah la bila minta tolong buang sampah pun Along tak buat. Rokok suami Angah pun dia rembat!
Banyak lagi kisah yang menyakitkan hati yang Angah kena hadap bila Along tinggal dekat rumah dia.
Angah selalu luahkan rasa stress dekat kami adik-beradik. Tapi kami semua perempuan. Semua berkahwin ikut suami masing2.
Yang kami harapkan abang sulung untuk membantu kami bila kami memerlukan, dia pun tak boleh diharap.
Mak ayah kami pun, apa la usaha mereka boleh buat?
Along dah jadi buluh, tak boleh nak dilentur lagi. Mereka pun dengan cara hidup masing2. Kami adik-beradik ni la yang banyak fikirkan hal Along.
Puas Angah minta mak nasihatkan Along tapi mak pun berdiam diri.
Bila kami nasihatkan Along, macam curah air dekat daun keladi. Angah banyak kali nasihatkan Along, eh Angah pulak yang kena marah.
Jadi apa perlu kami adik2 ni buat? Kami sangat kesiankan Angah yang perlu menanggung Along.
– Adik stress (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Wahai adik,
Pesan pada angah, angah dan suami perlu tegas. Jika dapat, biar along duduk rumah lain.
Minta along urus diri sendiri.
Makan minum juga.
Along dah tentu dah besar.
Perlu cari duit sendiri untuk Sara hidup sendiri.
Untuk adik² along, jangan beri duit selalu pada along. Jika kesian juga, bagi ikut turn, sebulan sorang je beri.
Hidup ni keras. Lagi² zaman ekonomi meleset ni. Utamakan keluarga kecil masing2 dahulu. Along nampaknye dah dimanjakan Oleh orang sekeliling semuanya. Jika dia marah, marah dia semula walaupun dia along. Belajar untuk katakan ‘TIDAK’ pada along.
Sekian semoga dipermudahkan urusan semua nya.