Abang Tak Berguna

Asalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Nama aku Zamri. Aku hanya 2 beradik iaitu aku dan abang aku.

Disini aku nak luahkan semua cerita tentang abang aku yang tak berguna. Aku tak ada tempat dah nak meluah.

Aku dari kecil dibuli oleh abang sendiri. Beza umur kami hanya 2 tahun.

Dari dulu abang aku selalu palaukan aku. Tak nak bermain dengan aku. Tak nak aku join bila dia tengah bermain dengan kawan dia. Itu aku tak kisah sangat.

Yang aku nak marah abang aku ni suka mencuri. Dari kecik ye, aku simpan duit raya, simpan duit sekolah asyik hilang je. Berapa kali kantoi pun masih lagi mencuri.

Itu cerita di sekolah rendah. Sekolah menengah pulak tunjuk gengster. Masalahnye aku tahu je abang aku ni penakut, selalu jadi anak buah orang je kat sekolah. Tapi bila dengan aku, dengan mak aku dia jadi acah2 baran.

Masa usia sekolah menengah dia pernah bawak keluar pedang nak tetak aku ye. Semua kawan2 dia tak percaya sebab dengan kawan dia tak baran. Dia ni nak tunjuk samseng pada orang yang lemah je.

Limit aku sampai situ, sejak dia keluar pedang nak tetak aku, aku dan start tak bercakap dengan dia. Aku tak ambik tahu hal dia.

Untuk pengetahuan, abang aku ni tak solat. Puasa pun jarang2. Itu benda basic ye dalam agama.

Sejak tu aku dah start tak suka abang aku. Jenazah arwah bapak pun abang tak masuk saf untuk solat. Tak ikut tahlil arwah bapak.

Aku takkan maafkan semua yang berlaku.. Sampai sekarang aku dah start keje, aku tak ambil tahu pasal dia.. Aku malas tengok muka dia.

Dia tinggalkan satu memori yang cukup hitam masa chilhood aku. Aku takkan lupakan.

Mak aku selalu tanya, kenapa jarang balik rumah, aku cakap aku tak nak tengok muka abang aku. Aku benci dan takkan maafkan.

– Zamri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *