ABANG vs MAK CIK- MAK CIK SEKARANG
Perhatian!!!!
Confession ini bukan untuk menghentam mak cik- mak cik di Malaysia, tapi menghentam sikap SESETENGAH mereka. Kita tiada hak membenci mereka, kerana kita juga manusia. tapi bencilah yang buruk sahaja. bencilah sikap-sikap yang buruk. dan cubalah untuk menghindarkan diri daripadanya.
Ceritanya begini…….
Aku dilahirkan dalam keluarga yang besar, 11 orang. Hidup kami alhamdulillah cukup walaupun tak semewah orang lain. Kami pernah makan nasi dengan sos. Kami pernah ke sekolah dengan minyak masak dilumurkan di kepala untuk kelihatan kemas. Biar rambut tak terlalu kering. Kami pernah mandi bersabunkan limau nipis di belakang rumah sebab tak mampu . Ayah melakukan pelbagai pekerjaan tambahan. Tapi sekarang, setelah 4 orang berkerja, hidup kami perlahan- lahan berubah. Itu sedikit sebanyak tentang keluarga kami. Walaupun miskin harta, tapi keluarga kami kaya dengan kasih sayang. Cuma aku nak kongsikan perihal abang. Apa yang abang buat dan apa yang mak cik- mak cik selalu tak puas hati. Abang tak seperti orang lain.
Abang anak lelaki kedua. Walaupun dengan duit PTPTN, masih belum mencukupi untuk menampung kehidupan sebagai pelajar dan juga anak.
1. Pernah abang berkerja dengan katering sebagai wang tambahan pada cuti semester. Satu hari, pernah aku menghadiri majlis yang kenduri yang kebetulan abang aku sedang berkerja sebagai pelayan katering. Kenduri tersebut merupakan kenduri keluarga jauh. Jadi sementara abang berkerja, aku banyak berbual- bual dengannya. Tiba – tiba ada mak cik menegur, aku masih ingat.
“Sembang- sembang juga, buat kerja tu biar sungguh- sungguh. Itulah, dulu tak nak belajar. Kerja malas “. Aku tersentap, aku tahu kami melakukan kesalahan tapi siapa kata abang aku tidak belajar?
2. Abang aku tamat graduasi di Universiti dalam bidang seni bina. Kami tunggu surat graduasi, ayah dah mula bimbang. Adakah abang gagal? Hari berlalu, sampailah suatu hari jiran di kampungku bertandang.
“Tak ke Kolumpo ke, yang si ******* sama satu universiti dengan anak aku tu. Anak aku kata konvo. ”
Mak aku hanya diam. Mak aku pun tak tahu apa yang ingin dijawab. Takut lebih- lebih nanti silapnya boleh bergaduh.Mak cik tu dengan yakinnya bercakap” Entah- entah belum habis lagi kot, sangkut la tu. Tu lah, kau bagi sangat dia kerja. Pelajaran ke mana, kerja ke mana. Hidup tak senang- senang jugak. ”
Belum aku sempat menjawab, mak aku mencubit. Biasalah, aku darah muda. Lagipun dah lama aku pendam ja dengan mak cik ni. Walaupun hakikatnya aku tak tahu apa yang nak dijawab waktu tu. haha. Lepas tu, aku tak puas hati. Aku telefon kakak aku. Kenapa abang tak pergi konvo. Kakak aku hairan, dia pun sama seperti kami. Hairan. Jadi kakak menelefon pihak universiti. Rupa – rupanya transkrip ijazahnya ada. Cuma pemilik nama yang menjawab tidak hadir. Keputusannya juga cemerlang, kepujian kelas kedua pertama. Abah hairan. Puas kami bertanya, kenapa tak pergi konvo? Akhirnya, abang bersuara. Lebih baik simpan duit untuk konvo Ateh(abang yang ketiga) di Sarawak hujung . Setakat konvo di Selangor, bila-bila kita boleh pergi. Aku tersentuh. Besar pengorbanan. Tapi itu hari kebahagiaan dia. Kenapa dia tak pergi seorang? Prinsipnya mudah. ‘Semua tak pergi, tak perlu pergi’.
3)Abang berkemahiran. Jadi sementara menunggu kerja, dia banyak tolong keluarga. Abang mula bina rumah untuk nenek yang tinggal berdua dengan mak cik aku. Dengan duit KWSP mak ngah, abang buat rumah nenek. Aku tanya, kenapa abang sibuk buat rumah nenek. Kan takda gaji, kenapa tak siapkan rumah kita dulu. tapi mak jawab mudah. “Dah lama nenek duduk dalam rumah lama, biar dia merasa duduk dalam rumah yang cantik. Selesa.” Aku lagi la tersentuh, kalau ikutkan dia dah dapat tawaran kerja di Penang. Tapi dia nak siapkan rumah nenek aku, rumah aku sebelum dia tinggalkan rumah aku untuk berkerja. Waktu aku tolong mengemas rumah nenek, ada jirannya yang jauh bertandang. Jadi aku terus masuk buat air untuk tetamu, dari dapur aku dengar perbualan mak cik tu. “Siapa budak muda yang buat rumah tu?”. “Anak *****(nama abah aku).” Oh, kesian la muda- muda buat kerja berat. Kalau ada ijazah boleh duduk dalam air-cond. sekarang takda keluarga boleh nak kerja macam ni, nanti esok lusa nak bagi anak bini makan apa”. Aku be like, -_-‘. kalau abang aku dah kerja dia boleh jadi macam-macam. jadi arkitek berjaya. Dekorasi rumah dia pandai. Baiki kereta dia pandai. Yang penting dia berpendidikan.Teringat aku satu ahli falsafah cakap, pendidikan hanya berjaya bila kita menyumbang sesuatu untuk masyarakat.
Untuk anda yang di luar sana , yang punyai sikap seperti mak cik- mak cik ini, tak kiralah anda kak cik, abang cik, adik cik walaupun tok cik sekalipun. Jika anda tidak tahu, lebih baik diam. Simpan kutukan dalam hati. Simpan sindiran anda. Anda tidak mengenali orang, anda bukan dia. Jadi anda tidak berhak untuk bercakap tentangnya.
-Adik
– Adik
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit