Assalamualaikum. Nama aku Maya dan berumur 26 Tahun. Nak meluah tapi tak tahu pada siapa, jadi sini la yang menjadi pilihan aku. Cerita pasal abang yang aku sayang. Aku anak bongsu and perempuan seorang dari 5 adik beradik yang mempunyai 4 orang abang.
Aku rindu abang long aku yang selalu ambil berat pasal aku, yang selalu belanja aku tampa berkira untuk mengeluarkan duit dia. Meluangkan masa dengan aku mak and adik beradik lain. Selalu juga abang berlanja aku atau adik beradik lain barang2 keperluan kadang2 tak perlu mintak dia sendiri tanya nak ke??
Kita orang satu family selalu berjalan2, contoh weekend kita orang akan jalan2 ke shopping mall or wayang. If abang ada duit lebih dia akan, berlanja kita orang makan nandos, seoul garden apa2 something like that tempat makan yang best and kalau cuti lama kita orang akan travel.
Now abang aku dah kawin, aku happy dia dah kawin. 3 ke 5 bulan tuh still macam okey lagi, tapi bila dah lama2 terasa lain. Aku rasa dia dah tak ambil berat pasal adik beradik, berbual lepak2 juga tapi rase dia tak sama.
Kalau dulu abang selalu hujung minggu balik kampung, sama2 kita orang buat activity hujung minggu. Now ada masa tuh sebulan sekali jek dia balik. Kita orang memang rapat, kadang2 bila jalan dia pegang tangan aku dengan mak. Tapi sekarang tak boleh lagi, jalan sama2 pon dah ada orang jealous.
How can you be so jealous, we are just his mom and sister. Abang nak berjalan dengan mak pon akak ipar dah tarik muka. Dia memang dari dulu bila jalan dengan mak pegang2 tangan and bila2 jek dia nak cium pipi mak depan orang pon dia tak kesah.
Oleh kerana ipar jealous terus takda dah jalan pegang tangan dengan mak, mak terus jalan dengan abang2 yang lain jek. Ada satu hari tuh aku saja pegang tangan abang sambil jalan2. Akak ipar terus tak jadi join kita orang jalan.
Then abang tolak tangan and aku dicakap, “kau la ni tengok akak dah taknak ikot”. Aku rase macam sakit hati putus cinta time tuh. Kau kenapa perlu jeles dengan adik beradik husband kau sendiri.. why?? why?? why??
Abang aku yang pentingkan family dia, hilang macam jek. Dulu abang bersungguh2 nak kami satu family bercuti bersama2. Dia siap tempah hotel syarikat dia untuk kita orang spending time together. After dia kawin takda terus holiday satu family lagi. Dia cuma bercuti dengan wife dia jek and tinggakan kita orang.
Walaupun aku ada abang lagi 3 orang tapi cara layanan dia orang lain tak sama. Bukan aku jek yang rase macam kehilangan abang aku, tapi abang2 aku lagi 3 orang campur mak and abang sekali. Sampai sini saja la, dah meleleh teruk dah air mata aku ni.
– Maya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit