Abang Yang Bertanggungjawab

Assalamualaikum dan hi semua. Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada admin seandainya kisah ini disiarkan.

Saya ingin menceritakan tentang seorang abang yang bagiku sangat bertanggungjawab. Kami hanyalah mempunyai dua saja adik beradik dan dialah yang paling sulung, saya pula anak bongsu.

Arwah ibuku telah genap setahun meninggalkan kami berdua dan abah setelah mengalami penyakit yang tidak bisa diubati setelah kami banyak berusaha untuk mengubatinya.

Oh ya, abangku masih lagi belum tamat pengajiannya dalam ijazah.

Walaupun sepatutnya dia telah tamat bersama rakan rakannya tetapi abang sanggup menangguhkan semester untuk menjaga arwah ibu tatkala aku sedang berusaha menghabiskan pengajian diplomaku di sebuah IPTA.

Dialah yang menghantar arwah ibu untuk ulang alik ke hospital. Sesungguhnya aku bersyukur kerana adanya abangku menemani arwah ibu di rumah sementara ayah bekerja.

Sewaktu arwah ibu sakit, abang jualah yang memasak untuk kami sekeluarga. Dia telah belajar memasak kerana baginya tidak sihat dan sudah jemu untuk makan di luar.

Aku lihat dia sudah semakin bertanggungjawab, sebagai anak dan juga sebagai seorang abang.

Walaupun dahulu abangku begitu nakal namun dia tidak lagi begitu semenjak arwah ibu sakit. Dia juga pernah menyatakan bahwa dia bukanlah anak yang baik, namun bagiku dia telah banyak berubah.

Aku tidak boleh bayang jika aku tidak punya abang. Kerana, bagiku abanglah yang banyak membantu dan juga tanpanya aku pasti kebosanan.

Dia juga jarang meluahkan isi hatinya atau masalahnya kepadaku namun aku tahu, dia menyimpan seribu satu perasaan yang terbuku namun tidak pernah dia meluahkan, mungkin kerana tidak mahu kami kerisauan.

Dan setelah ibu tiada, dia masih juga memasak untuk kami sekeluarga. Aku juga lihat dia juga adalah abang yang sangat utamakan dan menjagaku dan ayah dengan baik.

Tidak lama lagi, abang bakal berkahwin. Meskipun arwah ibu sudah tiada untuk melihatnya mendirikan rumah tangga, namun aku yakin, jika arwah ibu masih ada, dia pasti akan berbangga dengan abang. Dia anak yang baik.

Akhir sekali, mohon doa semua yang membaca semoga arwah ibu ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Dan untuk abang, terima kasih kerana hadir dalam hidupku.

– L, adik yang comel (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *