Aku seorang yang berusia hujung 20an. Telah lama aku pendam perkara ini. Aku buntu kerana aku tidak nampak jalan penyelesaian. Setiap hari aku berdoa agar perkara ini boleh pulih. Aku impikan keluarga yang harmoni seperti orang lain.
Aku merupakan anak bongsu dari 2 adik beradik. Jarak umur antara aku dan abang aku adalah 8 tahun. Untuk pengetahuan semua, dari zaman aku kanak kanak aku tak pernah merasakan kasih sayang seorang abang. Semua perkara aku uruskan sendiri.
Semasa aku di sekolah rendah, dia sudah di sekolah menengah. Aku ke kelas mengaji, kelas tambahan, kokurikulum dan lain lain aktiviti sekolah, semua aku pergi sendiri. Kadangkala berbasikal kadangkala berjalan kaki. Kadang kadang aku cemburu dengan kawan kawan. Mereka dihantar dan dijemput oleh abang mereka.
Sebelum aku terlupa, ibu dan ayah aku bekerja. Alhamdulillah segala keperluan aku mencukupi. Bila hujung minggu, aku lah yang akan ke pasar membeli sarapan. Dia??? Tidur saja. Begitulah rutin aku. Barang barang dia aku tak boleh sentuh. Barang barang aku?? Sesuka hati je kalau dia nak guna tanpa beritahu aku.
Walaupun aku masih kanak kanak pada masa tu, tapi apa yang aku boleh perkatakan, cara didikan ibubapa aku berbeza untuk kami berdua. Aku dididik untuk uruskan hal hal di rumah sebagai contoh beli barang barang dapur, bayar bil dan sebagainya. Dia??? Hanya tidur tak kira waktu asar ke maghrib ke.
Yang aku hairan, kenapa dia tak ditegur. Kalau aku nak ponteng kelas mengaji Al Quran sehari pun aku akan dimarahi. Dia?? Tak pergi mengaji pun takpe. Lepastu terus berhenti. Aku pun pelik.
Aku pendekkan cerita, selepas dia habis spm, dia tinggal dengan nenek aku. Aku rasa happy sangat sebab dia tidak lagi tinggal serumah dengan aku. Pada masa ini juga ibu dan ayah aku terpaksa pjj.
Bila aku di sekolah menengah, aku lah yang ambil tangungjawab di rumah. Segala bil2 serta barang dapur aku uruskan. Ayah aku setiap bulan tidak pernah culas bagi nafkah. Dia?? Seingat aku tak pernah call ibu dan ayah untuk bertanya khabar. Aku yakin ibu dan ayah aku terasa. Cuma sekali saja dia call ibu untuk belikan motor.
Aku ingat lagi, setelah aku habis spm aku dapat peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Oleh kerana ayah bertugas di ibukota, aku dan ibu diutara, aku putuskan untuk pergi dan memandu seorang diri.
Aku tegaskan pada ibu dan ayah yang aku boleh uruskan hal ini. Segala dokumen dan persiapan aku buat sendiri. Dia?? Jangan kata nak hantar, nak bertanya apa sekali pun tak.
Sepanjang aku menuntut, dia tak pernah sekali pun bertanya khabar aku apatah lagi nak hulur duit belanja, tapi alhamdulillah aku survive. Perkara yang aku tak bole lupakan, dia call aku lepaskan kemarahan dia pada aku disebabkan dia ditegur ditempat kerja. Aku rasa masa tu perkara ni sangat lah menyakitkan hati.
Disaat aku tengah struggle study week untuk exam, dia call bercakap maki hamun aku melepaskan geram. Aku call ayah aku mengadu supaya tegur dia, tapi ayah aku jawab, nak buat macam mana sebab memang macam tu perangainya. Jawapan itu amatlah menyakitkan hati aku.
Disebabkan ibu tinggal seorang diri, boleh kata setiap minggu aku balik jenguh ibu aku di kampung. Alhamdulillah semua baik baik saja.
Habis saja pengajian aku putuskan untuk tinggal bersama ibu dan cari saja peluang kerja berdekatan. Tapi aku terus diuji, tiba tiba aku dapat panggilan telefon dari dia. Dia call katanya nak balik dan duduk semula di kampung.
Aku tak boleh nak gambarkan perasaan aku masa tu. Bagi aku memang ini bencana. Aku mengadu pada ibu, ibu cakap dia tak boleh nak kata ‘tidak boleh’. Aku sedih dan kecewa.
Tujuan dia nak tinggal semula di kampung sebab kononnya nak jaga ibu. Dalam hati aku’puihhhhhhh’, sepanjang aku belajar tak pernah plak dia call ibu ke apa yang memang seorang diri di rumah.
Akhirnya sampai lah permulaan hari malang aku, dia balik bersama barang barang dia ke kampung. Sejak hari itu aku banyak memerap di bilik. Tengok muka dia pun boleh hilangkan mood aku.
Untuk pengetahuan semua aku dan ibu jenis gemar bersosial. Sebelum sebelum ini kami selalu jemput rakan rakan untuk menjamu selera dirumah. Bila dia dah mula tinggal sekali, semuanya berubah. Dia tak suka kami menjemput sesiapa ke rumah disebabkan akan mengganggu tidur dia. Dia plak suka tidur diruang tamu.
Pernah sekali kawan kawan ibu datang, kebetulan dia tengah tidur. Dia melepaskan marah dan protes depan kawan kawan ibu. Ibu jadi malu dan sejak itu, tidak lagi jemput rakan rakan ke rumah. Open house raya bagai tidak lagi dibuat seperti rutin sebelum sebelum ini.
Jika pagi Syawal orang lain bersiap sedia untuk ke masjid, dia pula hanya sambung tidur didepan ruang tamu. Nak berbaju melayu jauh sekali.
Untuk pengetahuan semua, sepanjang aku hidup, sekali pun aku tak pernah tengok dia bersalam apatah lagi bermaaf maafan. Ibu cakap sekali pun ibu tak pernah dapat duit raya dari dia.
Dia bukan sahaja jenis kedekut duit, tenaga dan masa dia pun kedekut dan berkira. Sepanjang dia tinggal disini, sekali pun dia tak pernah keluarkan duit bayar bil atau beli barang barang rumah.
Kalau aku beli apa apa letak dalam peti sejuk, dia lah tukang menghabiskan. Tak fikir itu barang sapa. Aku memang tak halalkan apa-apa barang aku yang dia makan.
Dari hari ke hari perasaan benci aku makin tebal dan tepu. Aku selalu berdoa supaya perasaan benci ini pergi jauh jauh, supaya aku tak rasa sakit. Tapi malang sekali perkara perkara yang ‘irritating dan annoying’ terus berlaku sampai disaat aku menulis ini.
Dia bersifat seperti tuan dan raja dirumah, kipas berhabuk ke, rumah kotor ke apa, memang tidak dipedulikan. Pernah sekali aku dan ibu pergi bercuti lebih 10 hari.
Balik dari percutian dan setibanya dirumah, aku dan ibu terkejut tengok sinki berulat. Rupa rupanya, segala sisa makanan, pinggan mangkuk disinki, semua tak dibasuh. Semua tinggal dalam sinki tu.
Aku cakap dekat ibu, 1st time aku jumpa orang macam ni, sepanjang aku berkawan dan belajar tak pernah jumpa manusia macam ni.
Ok lah semua, terlalu banyak sebenarnya yang aku nak tulis, nanti aku sambung lagi.
Terima kasih semua ya. Doakan aku kuat dan jadi anak yang soleh ya..
– Zamir (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Salah ibu dan ayah juga sebab terlalu manjakan anak, sekarang hadap lar natijah nya.
your brother is the result of a failed product that your parents wont admit and because they have realized that, they trained you to be more responsible hence ”cara didikan kitorang lain”, yups, in other words, it all will circle back to your parents. sekarang boleh harapkan miracle je la jadi kot2 abang awak dapat hidayah petunjuk.
dik, dr ciri2 yg adik cerita tu. abang tu mcm ada masalah mental. dia hidup dlm dunia dia. bawak pergi KK untuk ujian DASS, tak pon boleh je buat ujian tu online.
Ini adalah satu contoh org yg ‘narsisistik’.. saya pernah jumpa n dduk sekali (serumah) dgn org spt ini.. dia x bole ditegur, panas baran, rase diri dia je yg betul, klau ada apa2 masalah yg timbul, dia akn cari salah org lain, w/pon dia yg bersalah.., n klau ada apa2 perkara yg ‘trigger’ dia, dia akan besarkan perkara tu, sampai klau bole 1 dunia tahu, n org mesti dengar ckp dia n dia xperlu dengar ckp org, bab mkanan x tinggal kat org lain n main amk je brg2 org tu toksah ckp lah.. org mcm ni mmg ‘sakit’, tp dia xkan mengaku dia sakit.. klaw org yg teraniaya tu angkat tgn n berdoa, mmg ‘makbul’ agaknya, tp org x sampai hati mcm dia, klau ye pon Allah nk ‘ajar’ dia sesuatu, bkn nya dia insaf, malah tunjuk lagi ‘engkar’ dgn Allah, dgn cara x solat, hisap rokok or vape x henti, w/pon fatwa kata apa pon.. kdg2 aq nk doa je agar Allah bgi sesuatu agar dia sedar, tp nt mmg dia akn tuduh org lain penyebab dia jadi mcm tu.. klau org nasihatkn dia utk jd baik, dia akn kta, “mak ayah dia lah yg menjadikan dia macam tu,”.. dan yg lbh dahsyat, dia kata, “klaw mak bapak dia dpt masuk syurga pon, n dia ke neraka, dia akn make sure akn ‘heret’ mrk sama ke neraka, sbb jadikan dia begini..” subhanallah, aq mmg xpenah jumpa org yg lbh toxic dari ni.., klaw dia dpt pasangan ke nt, aq ucap ‘takziah’ lah kpd sesiapa yg ‘malang’ tu.., unless la dia akan ‘berubah’ utk jadi lebih baik, mcmne pon aq doakn lah hidayah n taufiq tu dtg sebelom dia mninggal n sempat bertaubat serta memohon maaf kpd org2 yg dia pernah sakiti.. apa nk dikatakn lagi, semoga Allah akn mgubahnya ke arah yg lbh baik.. insha Allah.. saya doakn abg adik yg confess ni pon akn jadi baik.. macamana pon dia tetap darah dgg awak n tetap ank ibubapa n ahli kpd kluarga awak.. wallahu a’lam
Rasulullah SAW bersabda “setiap anak yg dilahirkan umpama kain putih, ibu bapa yang bertanggungjawab mencorakkan mereka menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi – HR Bukhari 1385” so dalam hal ni kedua ibu bapa dan abang awak yg bersalah dan awak menjadi mangsa. Abg awk dah jadi buluh, mmg susah nk lenturkan unless dia sedar diri utk perbaiki semua kesalahan. Saya doakan awk cpt dpt jodoh yg baik, keluar dr rumah tu dan hidup bahagia dgn family awk sendiri. Nnt didik anak-anak awk ikut sunnah supaya mereka dpt berbakti kpd ibu ayah dan menjadi ladang pahala utk tarik awk masuk syurga