Hi, dah lama aku pendam benda ni. Aku ada 5 adik-beradik, 2 orang abang, aku, then 2 orang adik.
Cerita aku ni pasal abang aku yang sulung, yang suka buat hutang guna nama orang lain dan tak nak bayar.
Ceritanya jadi masa tahun 2013, tak silap masa tu aku masuk kolej belajar. Masa tu aku ada lesen L motor sementara abang aku tu tak ada lesen apa pun. Tapi disebabkan hidup dekat KL dan dia perlukan motor untuk ke sana ke sini.
Dia pun decide untuk beli motor tapi sebab dia tak ada lesen, dia pun guna nama aku untuk beli motor. Time tu dia cuma beli motor secondhand sahaja yang harga dalam 3k++ macam tu.
So after 2 bulan dia beli motor, bapak aku pun beli motor baru dan macam mana entah depa deal dua. Bapak aku setuju untuk tukar.
Bayangkan bapak aku bayar motor yang dia beli sampai habis (abang aku guna masa tu). Motor yang abang aku beli, hantar ke kampung untuk bapak aku guna tu, dia tak bayar langsung ya.
Rupanya tulah taktik dia sebenarnya sebab katanya tak mampu nak bayar. Patutlah beria ajak bapak aku tukar motor pada waktu tu.
Fast forward, aku pun dah habis study dan bekerja. Satu hari aku check CITOS ada tunggakan motor tu bila check. Mula-mula aku dah beritahu dekat abang aku pasal tunggakan tu.
Dia akan bayar, tapi akhirnya tak bayar pun. Beberapa tahun lepas tu masa aku tengah kerja, aku dapat panggilan dari peguam katanya aku kena bayar tunggakan motor tu; kalau tak bayar kena naik court lah apa lah.
Dengan duit simpanan aku yang ada masa tu, semua aku guna untuk bayar tunggakan motor tu, dan aku dapat bayar separuh sahaja sebab simpanan aku banyak tu je.
Lepas tu, aku bayar RM500 setiap bulan sampailah habis semua tunggakan tu.
Bila dah habis bayar, aku beritahu la abang aku kata dah langsai hutang tu semua. Guess what, dia senyap je dan tak ada apa-apa tindakan kata nak bayar semula hutang aku tu.
Bayangkan dari harga motor 3k++ masa beli tu naik interest sampai kena bayar dekat 9k tau sebab dah bertahun-tahun tertunggak gitu. Kalau aku buat senyap je, nama aku yang rosak yang buruk.
Sekarang dia ada masalah duit pula, dan nak pinjam duit aku.
Aku sebenarnya bukanlah orang yang ‘petty’ sangat. Aku pun nak tolong adik-beradik masa depa susah. Tapi masa aku susah, dia tak tolong aku. Hutang tak bayar.
Aku paling benci orang yang tak jujur. Aku takut bila aku kasi pinjam duit nanti, dia tak bayar semula.
Yelah, nak simpan duit bukannya senang. Kita kerja ikat perut simpan duit tapi bila depa pinjam tak nak bayar. Jadi macam nak bagi pinjam pun was-was.
Jadi apa pandangan semua untuk kes saya ni?
– Melati (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
bagi jek la abang tu pinjam.
kalau dia nak pinjam 100,kau bagi 1000.
jangan berkira dengan adik beradik.
bila dia tak bayar,boleh tulis confession kat sini lagi.
🤦
bagi jek la abang tu pinjam.
kalau dia nak pinjam 100,kau bagi 1000.
jangan berkira dengan adik beradik.
dah tentu2 dia takkan bayar punya,
boleh tulis confession kat sini lagi.
😂
Rasanya Melati sendiri dah tau kan apa patut dibuat dalam kes ni..mudah sesangat…JANGAN SESEKALI BAGI ABANG AWAK PINJAM APA PUN…sorry yea saya guna capital letters….sebab dari rekod dia yang awak citer tadi,dah sahih ,terang lagi bersuluh yang si abang awak ni tidak bertanggungjawab… percayalah cakap saya ni…jangan bagi dia pinjam..dia nak duit saja dan tak dak komitmen untuk bayar. Memang la kena saling tolong menolong antara adik beradik tapi kalau si tukang pinjam ni bermasalah,lebih baik jangan…demi kesihatan mental emosi awak juga di masa depan.